Pagi2 dalam perjalanan pergi ke tempat kerja, sy selalu ternampak seorg ayah memboncengkan 2 anak kecilnya utk ke sekolah. Motornya sungguh usang. Pernah sy mengekori motor itu sehingga sampai disebuah sekolah rendah. Diturunkan anak2 kecilnya yg comel bertudung dihadapan pagar sekolah lalu mencium pipi kedua anaknya. Hati terusik mengenangkan kasih ibu dan ayah.
Kadang2 juga dalam perjalanan pergi kerja, sy akan terserempak dgn seorg lelaki penjual ice cream menaiki motorsikal 3 rodanya yg menyebabkan deretan kereta yg panjang dibelakangnya. Sipenjual aiskrim tetap sabar walaupun ada pemandu kurang sabar yg membunyikan hon dek kerana slownya motorsikal roda tiganya bersama muatan aiskrim. Lewat cermin sisi kereta sy dpt melihat seorg lelaki tua penjual aiskrim. "Semoga Allah mempermudahkan urusanmu pakcik. Semoga mendapat limpahan rezeki yg halal pd hari ini buat keluargamu. Bantulah pakcik itu utk mencari rezekiMu ya Allah," doa tulus dr hati. Hati terusik mengenangkan kasih ibu dan ayah.
Sungguh sy tidak malu mengaku sy lahir dari keluarga yg miskin. Ya, sy lahir dari keluarga yg miskin. Ibu dan ayah sy bukannya org kaya. Ibu tidak bekerja, ayah kerja kerani biasa shj. Sy akui jalan kehidupan utk org seperti kami terpaksa melalui ranjau dan duri. Gaji ayah tidak cukup utk menyara keluarga. Maka ibu turun padang utk membantu ayah mencari duit utk menyara keluarga. Ibu menjadi penjaja kuih yg membawa bakul ke sana ke mari. Bakul yg sarat berisi makanan. Berhujan dan berpanas. Sy dan adik juga pernah membantu ibu berjualan mee goreng di sekolah.
Satu peristiwa yg tak dapat dilupakan, ibu dan ayah terpaksa mencari duit dibarang bawah katil sehingga di bawah almari semata2 utk mengumpul duit RM 1 utk membeli panadol buat anak yg sakit. Ya, hidup kami sesukar itu... Tapi kami tidak pernah meminta2. Kami meminta hanya dr Allah. Ayah kerap solat di masjid walaupun terpaksa berjalan kaki kerana kami tidak punya kenderaan.
Sungguh, kesusahan hidup membawa anak2 ibu dan ayah menjadi org2 yg berjaya. Berkat pertolongan Allah, berkat doa dan titik peluh ibu dan ayah membawa kami semua masuk ke university menjadi doktor,dan engineer2. Bila dah start bekerja, kami hadiahkan rumah buat ibu dan ayah utk tempat berteduh.
Sy lihat mereka semakin tua. Sudah ternampak garisan2 dan kedutan2 di wajah. Mereka tidak sekuat dahulu. Sy tidak tahu bila mereka akan dipanggil Allah. Memikirkannya membuatkn hati sebak dan menitis air mata. Sy terfikir, sudahkah budi terbalas? Apa lagi yg belum sy buat utk ibu dan ayah? Menjadi anak yg soleh? Itulah ujian terbesar buat diri sy.
Jika sy benar2 menyayangi ibu dan ayah, sewajarnya sy menjadi anak yg solehah. Logiknya begitu! Betapa bodohnya saya yg selama ini berfikir bahawa pemberian material adalah segala2nya. Betapa bodohnya sy kerana tidak membantu ibu dan ayah sendiri dengan menjadi anak yg solehah. Sy lalai! Pada ketika ini, sy bukanlah org yg dpt memenuhi 3 perkara yg disebut dlm hadis Rasulullah saw:
"Apabila seseorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Riwayat Muslim)
Ya Allah, itulah ujian terbesar buatku... Untuk menjadi anak yg soleh! Sy fikir sy sudah berikan segala2nya buat ibu dan ayah, tetapi sebenarnya ianya belum pun terlaksana. Ya Allah... Ampuni hambaMu ini.
"... Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya, memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Isra' 17:23-24)
No comments:
Post a Comment