Kisah minggu lepas...
Seorang gadis mengakhiri nyawanya dengan terjun dari tingkat enam bangunan gara2 putus cinta.
Kisah semalam...
"Doctor! We have ptn who was found unconscious at home with an empy glass next to her. Brought in to A&E uncounscious, hypersalivation, incontinence of urine and bowel, diaphoresis and miosis. GCS 3/15. Nonreactive and pin point pupils. Bradycardia..."
Yes, typical of organophosphate poisoning.
Kisah hari ini...
"Doktor sila datang ke kecemasan. Ada kes OSCC (one stop crisis centre) utk doktor. Kes rogol slps keluar dgn lelaki yg hanya dekenalinya melalui laman facebook."
********
Ya Allah, apa mahu jadi dgn umat sekarang. Gara2 putus cinta sanggup membunuh diri. Gara2 cinta sanggup keluar dgn org yg baru dikenali melalui lama facebook dan berakhir dgn kes rogol. Semuanya gara2 cinta. Apa definisi cinta mereka ni?
Cinta itu menguatkan, bukan melemahkan. Cinta itu meletakkan kita pada darjat yg tinggi, bukan pada satu darjat yg hina. Sepatutnya begitulah cinta. Sy bukan doktor cinta, tp sy juga Allah anugerahkan hati. Maka, utk mencintai dan dicintai itu satu fitrah. Tapi bagaimana fitrah itu disalurkan yg paling penting. Cinta itu suci, asalnya cinta dari Syurga. Manusia yg mula2 jatuh cinta pun Nabi Adam a.s. semasa di syurga. Sedangkan Nabi lagikan jatuh cinta, inikan kita manusia biasa. Kita tidak menolak fitrah, tp cara kita mengendalikan fitrah cinta kita itu yang penting. (Saya ulangi lagi, sy bukan doktor cinta! Sy cuma doktor biasa yg cuba utk menjaga cintanya.)
Putus cinta atau cinta ditolak rasanya seperti apa ya? Hanya org yg pernah mengalami shj yg tahu. Tak mampu utk diungkapkan dgn kata2. Apa tidaknya impian dan harapan yg dibina bersama tiba2 hancur dalam sekelip mata sahaja. Janji ditabur manis, harapan menggunung tinggi, cinta separuh mati (tp dlm kes ni cinta sampai mati). Bagi manusia yg pendek akalnya, berakhirnya cinta maka berakhirlah segala2nya. Maka jadilah mcm kes di atas, kaulah cinta pertamaku, dan kaulah cinta terakhirku, organiphosphate menjadi saksi cinta suciku pada mu kekasih. Ataupun, bangunan enam tingkat ini menjadi saksi cintaku bersemadi di sini kekasihku. Naudzubillah...
Sekadar renungan kita bersama. Nabi Adam a.s. dan Hawa mula bercinta di syurga, di uji dgn satu larangan, tersalah dan kemudiannya tercampak ke dunia dan terpisahlah cinta keduanya sekian lama. Mereka berdua rasa bersalah dan terus2an bertaubat kembali kepada Allah. Dan kemudian apabila cinta yg tercemar itu kembali bersinar, cinta mereka berdua bertemu semula di Arafah.
Dlm bercinta, tanpa sedar mungkin kita telah membelakangkan Allah. Kita rasa cinta kita cukup suci. Tp bgmana cinta itu suci kalau cinta Allah datang kemudian (dalam erti kata lain, cinta Allah tidak didahulukan). Cinta kita sesama manusia itu hanyalah alat bukan matlamat. Cinta sesama manusia hanyalah alat utk mendapatkn cinta Allah (matlamat). Jadi cinta Allah itu adlh dasar/foundation kpd cinta sesama manusia. Utk mendapatkn cinta manusia, raihlah cinta Allah terlebih dahulu agar kita bercinta kerana Allah.
Nasihat buat adik2 di luar sana tu, mari kita muhasabah cinta (peringatan buat sy jg). Jgn terlalu bermain dgn perasaan sedih saat cinta ditolak atau putus cinta (Syaitan amat suka dgn org yg bermain2 dgn perasaan!). Ingatlah, sesuatu yg teramat kita cintai itu belum tentu baik utk kita mengikut ilmu Allah. Terima ketentuan Allah dgn lapang dada. Kita org Islam, kita mengaku org beriman jadi terimalah takdir dr Allah. Pasti Allah akan menggantikan dgn sesuatu yg lebih baik mengikut ilmuNya, jika bukan di dunia pasti di syurga kelak.
Adik2 sayang, hati yg pernah dilukakan, kadang2 boleh menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Kecewa dgn manusia boleh menjadi wasilah ketabahan jiwa. Hidup adlh satu pelajaran yg indah kalau saja kita mahu melihat dgn mata hati. Raja'na ilallah (kembali kpd Allah).
Cinta dilahirkn di tpt yg baik, dianugerahkn olh Allah Yang Maha Baik, dinikmati kali pertama olh org yg baik (Nabi Adam) dn diwariskn utk org2 yg baik sahaja. Sy sayang adik2 semua, sy tdk ingin melihat katil 'red zone' di A&E sy terlantar adik2 yg ingin membunuh diri gara2 cinta.
"No one will be with you forever in this life. The door will always be swinging open and closed. Love the people who enter. Let go of the people who leave. Don't hang on." - Yasmin Mogahed
Mari bercinta hingga ke syurga...
No comments:
Post a Comment