Saturday, May 24, 2014

Ujian Bagi Seorang Anak

Pagi2 dalam perjalanan pergi ke tempat kerja, sy selalu ternampak seorg ayah memboncengkan 2 anak kecilnya utk ke sekolah. Motornya sungguh usang. Pernah sy mengekori motor itu sehingga sampai disebuah sekolah rendah. Diturunkan anak2 kecilnya yg comel bertudung dihadapan pagar sekolah lalu mencium pipi kedua anaknya. Hati terusik mengenangkan kasih ibu dan ayah.

Kadang2 juga dalam perjalanan pergi kerja, sy akan terserempak dgn seorg lelaki penjual ice cream menaiki motorsikal 3 rodanya yg menyebabkan deretan kereta yg panjang dibelakangnya. Sipenjual aiskrim tetap sabar walaupun ada pemandu kurang sabar yg membunyikan hon dek kerana slownya motorsikal roda tiganya bersama muatan aiskrim. Lewat cermin sisi kereta sy dpt melihat seorg lelaki tua penjual aiskrim. "Semoga Allah mempermudahkan urusanmu pakcik. Semoga mendapat limpahan rezeki yg halal pd hari ini buat keluargamu. Bantulah pakcik itu utk mencari rezekiMu ya Allah," doa tulus dr hati. Hati terusik mengenangkan kasih ibu dan ayah.

Sungguh sy tidak malu mengaku sy lahir dari keluarga yg miskin. Ya, sy lahir dari keluarga yg miskin. Ibu dan ayah sy bukannya org kaya. Ibu tidak bekerja, ayah kerja kerani biasa shj. Sy akui jalan kehidupan utk org seperti kami terpaksa melalui ranjau dan duri. Gaji ayah tidak cukup utk menyara keluarga. Maka ibu turun padang utk membantu ayah mencari duit utk menyara keluarga. Ibu menjadi penjaja kuih yg membawa bakul ke sana ke mari. Bakul yg sarat berisi makanan. Berhujan dan berpanas. Sy dan adik juga pernah membantu ibu berjualan mee goreng di sekolah.

Satu peristiwa yg tak dapat dilupakan, ibu dan ayah terpaksa mencari duit dibarang bawah katil sehingga di bawah almari semata2 utk mengumpul duit RM 1 utk membeli panadol buat anak yg sakit. Ya, hidup kami sesukar itu... Tapi kami tidak pernah meminta2. Kami meminta hanya dr Allah. Ayah kerap solat di masjid walaupun terpaksa berjalan kaki kerana kami tidak punya kenderaan.

Sungguh, kesusahan hidup membawa anak2 ibu dan ayah menjadi org2 yg berjaya. Berkat pertolongan Allah, berkat doa dan titik peluh ibu dan ayah membawa kami semua masuk ke university menjadi doktor,dan engineer2. Bila dah start bekerja, kami hadiahkan rumah buat ibu dan ayah utk tempat berteduh.

Sy lihat mereka semakin tua. Sudah ternampak garisan2 dan kedutan2 di wajah. Mereka tidak sekuat dahulu. Sy tidak tahu bila mereka akan dipanggil Allah. Memikirkannya membuatkn hati sebak dan menitis air mata. Sy terfikir, sudahkah budi terbalas? Apa lagi yg belum sy buat utk ibu dan ayah? Menjadi anak yg soleh? Itulah ujian terbesar buat diri sy.

Jika sy benar2 menyayangi ibu dan ayah, sewajarnya sy menjadi anak yg solehah. Logiknya begitu! Betapa bodohnya saya yg selama ini berfikir bahawa pemberian material adalah segala2nya. Betapa bodohnya sy kerana tidak membantu ibu dan ayah sendiri dengan menjadi anak yg solehah. Sy lalai! Pada ketika ini, sy bukanlah org yg dpt memenuhi 3 perkara yg disebut dlm hadis Rasulullah saw:

"Apabila seseorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Riwayat Muslim)

Ya Allah, itulah ujian terbesar buatku... Untuk menjadi anak yg soleh! Sy fikir sy sudah berikan segala2nya buat ibu dan ayah, tetapi sebenarnya ianya belum pun terlaksana. Ya Allah... Ampuni hambaMu ini.

"... Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya, memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Isra' 17:23-24)

Friday, May 23, 2014

23 May 2014 - Sanah Helwah


It's 23/05/2014 - Sanah Helwah. Selamat Hari Lahir kpd insan yg lahir pd tanggal ini. Hanya doa yg termampu utk sy kirimkan lewat Allah swt sbg hadiah hari lahir.
Semoga umur sentiasa diberkati Allah dan dipermudahkan urusan dunia serta akhirat. Smg Allah melindungimu dgn sebaik2 perlindungan walau di mana shj kamu berada. Smg bahagia dan sentiasa beroleh kebaikan dgn setiap jalan yg dipilih. Amin...



Tuesday, May 20, 2014

Pesakit Ajar Doktor Berbohong

Ya Allah... Semenjak hamba ditempatkan di Unit Pesakit Luar (Out Patient Clinic) buat sementara waktu, hamba terasa begitu 'tertekan' dengan karenah pesakit yg banyak ragam. Hamba lagi rela berhadapan dgn kes2 REDZONE atau kes Trauma di A&E berbanding melayan karenah pesakit di OPD. Baru semangat hamba kerja dgn 'adrenaline rush'!

Ya Allah... Baru 2 minggu hamba kerja di OPD... Tapi hamba rasakan cukup sengsaranya melayan karenah2 pesakit (yang tak sakit!). Tak membantu sangat untuk perkembangan otak hamba. Huhuhu... Hampir 40% pesakit yg datang utk meminta MC (medical certificate). 

Ya Allah... Jumaat lepas hamba terkena dgn seorg 'pesakit' yg dtg ke Unit Pesakit Luar. Hati terdetik tatkala melihat pesakit ini masuk ke bilik hamba. "Eh cantiknya mak cik ni. Vogue giler. Make up mcm nak gi org kawin jer. Fuhhh siap pakai tudung fareeda lg. Lipstick mak aihh merah menyala ni," monolog hamba yg tak didengari oleh mak cik tu. Hamba pun cuba bertanya apa masalah mak cik ni. Kata makcik ni dia pening2 dah dua hari dan langsung tak boleh bangun. Katanya nak kerja pun tak larat. Bila hamba cek, okey ni. Vital sign pun normal ni. Bila nak offer buat blood investigation patient refused. Katanya cukuplah nak berehat kat rumah dan minta MC utk hari tu. Hamba cuba jg terangkan sakit2 mcm ni tak perlu MC n lepas makan ubat should be okay. Wahhh, tapi mak cik tetap berkeras nak jugak MC. Hamba bagi la MC sehari utk hr Jumaat tu. Mak cik pun keluar dr bilik hamba. Nak jadikan ceritanya, hamba pula tgh perut meragam so terpaksa cari jamban atau toilet bagi melepaskan hajat yg tak boleh ditahan2. Alangkah sakitnya hati hamba apabila nampak mak cik td keluar ke carpark dgn hilai ketawanya dgn membernya... Dan paling menyakitkan hati hamba ni prescription yg hamba bg utk ambil ubat pening2 tu dicampakkan ke dlm tong sampah!!!! Ya Allah... Hamba ditipu. Patut la dress up cantik macam nak pg kenduri org kawin. Pelik betullllllll org pening yg tak boleh bergerakkkkkk boleh pula dress up dan bermakeup bagai yg tak macam org sakit. Ya Allah, parahnyaaaa parahnya org2 skrg. Diberi kerja nak ponteng... Duit kerja tu halal ke tak tu kalau ponteng kerja? Berkat ke tak tu? 

Hari ini pula datang seorg pesakit ke bilik hamba. Bila cek2, pesakit cuma menghidap selsema biasa sahaja atau URTI dlm bahasa mediknya. Request nak cuti 2 hari sbb jauh kerja and tak larat (btw, he's a teacher). Hamba cuba terangkan dgn baik bahawa sakit2 mcm ni tak layak utk dapat MC. Cikgu tu boleh minta pula utk hamba tukar diagnosis lain supaya dia dpt cuti 2 hari. Hamba terkejut! "Maksud Encik, Encik nak sy berbohong ka? Berbohong supaya Encik boleh dpt MC?," hamba cuba bertanya pesakit tersebut. Pesakit tu terdiam, mungkin terasa dgn statement tak boleh blah hamba. Last sekali hamba cuma minta maaf dan bertegas tak nak issue MC. Parah bila cikgu ajar kita utk menipu dan buat dosa. Parah bila ada pendidik seperti ini yg mendidik anak2 kita di sekolah. Btw, pesakit tersebut keluar dr bilik hamba dan menendang pintu klinik hamba gara2 tidak diberi MC. Ya Allah... Spoiled betul mood kerja dgn pesakit2 mcm ni. 

Ni cumalah sedikit dr kisah2 sekitar pesakit yg request nak minta MC. Semakin hari semakin parah. Hari yg paling ramai minta MC adlh Isnin n Jumaat. Ketahuilah wahai pesakit2, MC ITU HAK DOKTOR! Bukan hak pesakit. Pesakit boleh bertanya samada pesakit layak utk mendapat MC, tetapi pemberian MC adlh atas budi bicara doktor yg merawat anda. Jgn pula anda sampai menggunakan KEKERASAN terhadap doktor, silap2 boleh masuk penjara gara2 nak MC. 

Ya Allah, jauhkanlah kami dari sifat pemalas dan suka ponteng kerja. 

Ya Allah, hamba rindu lampu merah REDZONE di Kecemasan dan Trauma. Hamba rindu pada 'adrenaline rush' A&E'! Hamba mahu kembali bekerja di A&E secepat mungkin.

Bersabarlah wahai doktor!

Monday, May 19, 2014

Housemenship & Penempatan Part 2

Alhamdulillah, tercapai jg hasrat nak tulis entry mengenai housemenship & penempatan part 2. Selepas kali terakhir entry mengenai housemenship, terlalu banyak email2 masuk bertalu2 kedalam inbox yahoo hamba... Tp soalan2 drpd adik2 tak sempat hamba nak reply. Tak punya masa sebenarnya. Gomen neh minna!

Entry kali ni khas buat adik2 yg dah nak menamatkan pengajian ditahun akhir perubatan... Dlm erti kata lain, our future HOs. Anyway, adik2 sayang... Meh sini nak habaq. Ramai yg 'tahu' kerja HO tu mcm mana... 'Tahu' daripada dengar cerita2 kawan atau senior2 la kan. Tapi ingat tak sama 'tahu' dengan 'mengalami' sendiri kehidupan sbg HO tu. Hihihi... Adik2 ingat belajar nak jadi doktor tu sangat susah kan, tetapi bila dah jadi doktor tu lagi banyak cabarannya berbanding study nak lepas atau lulus exam kat medical school. (Ohhhh hamba sendiri pernah mengalaminyaaa!) Adik2, ni akak bukan nak bg takut... Tp bersedialah terima REALITI!

Btw, mengenai survival tips masa HO-ship tu nanti kita buat entry lain lah ye. Entry kali ni nak cakap psl penempatan.

Di mana tempat adik2 buat HO-ship sedikit sebanyak memainkn peranan penting bila adik2 nanti dh jadi MO... Ye la, at least kalau tercampak kat DISTRICT hospital, adik2 tahu basic procedures! Tak de la oncall sensorang2 nanti nak kene panggil senior MO pulak sbb tak reti nak INTUBATE! Atau tak de la oncall sensorang nanti tak tau nak defib patient! (Hmmmmppp!)

HO-ship ni adlh masa di mana kita nak belajar! Ye belajar! Belajar, belajar, belajar! HO tu baru doktor latihan siswazah... Bukan doktor TERLATIH tau. Jadi masa ni la nak belajar jd seorg doktor terlatih! So utk jadi doktor terlatih ni adik2 kena cari tempat yg boleh bagi peluang kat adik2 utk BELAJAR! Belajar bukan stakat dgr CME or bedside teaching je... Belajar di sini termasuklah peluang utk melakukan procedures e.g. CVP insertion, IJC insertion, peritoneal dialysis, RSI (rapid sequence intubation), chest tube insertion, lumbar puncture, fast scan, antenatal scan, c-ser under supervision etc etc. So peluang2 mcm ni adik2 takkan berapa nak dapat kat hospital2 besar yg 'keramaian' or 'kemeriahan' HO. Pelik jer bunyi kalau satu department HO nye shj boleh mencecah 100 org per dept. So kalau dah ramai camtu nak buat procedure pun kene berebut2 lah. Ntah, tak boleh imagine dgn HO seramai tu...

Senang cerita, masa kat induksi tu nanti cuba tanya hospital mana kat M'sia ni kekurangan HO. Selalunya of course la kat Sabah and Sarawak. Hehehe... Lagi kurang HO lagi bagus in term of chances utk buat procedure2. Akak ingat lg masa 1st posting medical 2 bulan pertama dah buat peritoneal dialysis, IJC insertion, long line/short line insertion, chest tube insertion, intubation. By the end of my medical posting dapat anugerah 'queen of IJC insertion'. Hohoho... Second posting pulak ortho, MO bagi peluang buat tendon repair under supervision, refashioning (HO buat sendiri jerrr!), rays amputation, I&D, SSG pernah buat tp under supervision etc etc. Then 3rd posting O&G, dapat peluang buat C-Sec (elective) under MO supervision. Surgical posting dapat buat appendicectomy. A&E lagi lah banyak buat procedure (posting A&E memang superbbb!).

Skill2 ni sgt berguna bila adik2 tercampak kat district hosp nanti. So far akak tgk doktor2 yg buat HO-ship kat Sabah/Sarawak bila kena campak kat district diorang boleh survive! Hehehe... Bukan org cakap temberang lebih... Tapi melalui observation sepanjang jd MO kat district. Antara sebab adlh kurang pendedahan kat basic procedures or TAK PERNAH BUAT kot sepanjang jd HO. Yes, INTUBATION adlh BASIC procedure! 

So adik2, lepas ni kalau nak cari tempat nak buat HO-ship, carilah tpt yg kekurangan HO. Moh le kite ke Sabah/Sarawak. Ni cuma advise shj dr pengalaman akak. Boleh ambil, boleh juga ditolak. Best buat kat hospital2 yg kurang HO ni. Bertuah dpt buat byk procedures. Tiap2 hospital tu ada dia punya pros n cons. Terpulang pd adik2 utk menilainya.

Ok tu je nak bgtau... Semoga jadi bakal2 MO yg boleh buat BASIC PROCEDURES! Chaiyok2!

Saturday, May 17, 2014

No FILTER, No MAKEUP

"Garnier. Kerana dirimu begitu berharga"
"Wonder Glow. Dare to Glow"

Macam2 produk kecantikan tumbuh macam cendawan. Tak cukup iklan kat TV, skrg ni produk kecantikan dijual secara online mmg tak terkira banyaknya. Sasaran utama haruslah golongan wanita. Almaklumlah, fitrah kaum wanita utk kelihatan cantik menawan. Nak putih, nak gebu, nak flawless , nak glowing (kalau blh ade produk glow in the dark pun nak guna jg!), nak skin ibarat HD etc etc. Mungkin kalau ada lotion 360 yg boleh mencantikkn kulit ibarat camera 360 pun laku gak ni mcm pisang goreng.

Anyway, tak salah pun nak kelihatan cantik. Tak salah nak meraikan fitrah yg Allah bagi. Cuma jgn fitrah jadi fitnah sudah lah. 

Kadang2 seronok juga tgk rakan2 sekerja yg punya 'masa' utk ber'make-up'. Cantik. Berseni. Berwarna warni. Glowing. Mengancam mata macam mata kucing. Seriously nampak mmg cantik. Kadang2 terfikir jg macam manalah diorang ni blendkan color eyeshadow to jd 'smokey eye'. Kalau hamba yg buat gamaknya jadilah 'panda eye' or 'racoon eye'! Mungkin nak bersolek mcm tu kene bertenggek depan cermin at least 30 minutes. Dengan kerjaya hamba sbg doktor ni (lebih2 lg di Jabatan Kecemasan dan Trauma) tak punya masa utk bersolek spt itu. Ala kadar sahaja asalkan tak kelihatan selekeh.

Sedikit nasihat buat hamba sendiri dan kaum wanita, ingin kelihatan cantik itu fitrah kita tp jgn jadikan sbg fitnah pula. Jgn pula jadikan alasan bermakeup tak nak solat sebab nanti susah nak apply makeup tu balik. Kalau dah susah nak solat, baik tak payah pakai make up tu tebal2. Sebab nanti yg Allah hisab dulu adlh solat kita, bukannya berapa tebal pakai make up. Kalau nak juga pakai make up tebal2, jgn pula solat tu kita korbankan semata2 nak kelihatan cantik di depan manusia, semata2 nak menarik perhatian manusia... Tp perhatian Allah diabaikan. Naudzubillah...

Adik2, kakak2, dan makcik2 jom kita gapai redha Allah dahulu bukan redha manusia. Jom tarik perhatian Allah dahulu bukan perhatian manusia. Jom cantik di 'mata' Allah dahulu bukan di mata manusia. Jom cantikkan dalaman kita dulu sblm cantikkn luaran kita. 

Say NO FILTER, NO MAKE UP... 


Tuesday, May 13, 2014

'Organophosphate' Tanda Cinta Suciku Padamu Kekasih

Kisah minggu lepas...

Seorang gadis mengakhiri nyawanya dengan terjun dari tingkat enam bangunan gara2 putus cinta.

Kisah semalam...

"Doctor! We have ptn who was found unconscious at home with an empy glass next to her. Brought in to A&E uncounscious, hypersalivation, incontinence of urine and bowel, diaphoresis and miosis. GCS 3/15. Nonreactive and pin point pupils. Bradycardia..." 
Yes, typical of organophosphate poisoning.


Kisah hari ini...

"Doktor sila datang ke kecemasan. Ada kes OSCC (one stop crisis centre) utk doktor. Kes rogol slps keluar dgn lelaki yg hanya dekenalinya melalui laman facebook."

********

Ya Allah, apa mahu jadi dgn umat sekarang. Gara2 putus cinta sanggup membunuh diri. Gara2 cinta sanggup keluar dgn org yg baru dikenali melalui lama facebook dan berakhir dgn kes rogol. Semuanya gara2 cinta. Apa definisi cinta mereka ni? 

Cinta itu menguatkan, bukan melemahkan. Cinta itu meletakkan kita pada darjat yg tinggi, bukan pada satu darjat yg hina. Sepatutnya begitulah cinta. Sy bukan doktor cinta, tp sy juga Allah anugerahkan hati. Maka, utk mencintai dan dicintai itu satu fitrah. Tapi bagaimana fitrah itu disalurkan yg paling penting. Cinta itu suci, asalnya cinta dari Syurga. Manusia yg mula2 jatuh cinta pun Nabi Adam a.s. semasa di syurga. Sedangkan Nabi lagikan jatuh cinta, inikan kita manusia biasa. Kita tidak menolak fitrah, tp cara kita mengendalikan fitrah cinta kita itu yang penting. (Saya ulangi lagi, sy bukan doktor cinta! Sy cuma doktor biasa yg cuba utk menjaga cintanya.)

Putus cinta atau cinta ditolak rasanya seperti apa ya? Hanya org yg pernah mengalami shj yg tahu. Tak mampu utk diungkapkan dgn kata2. Apa tidaknya impian dan harapan yg dibina bersama tiba2 hancur dalam sekelip mata sahaja. Janji ditabur manis, harapan menggunung tinggi, cinta separuh mati (tp dlm kes ni cinta sampai mati). Bagi manusia yg pendek akalnya, berakhirnya cinta maka berakhirlah segala2nya. Maka jadilah mcm kes di atas, kaulah cinta pertamaku, dan kaulah cinta terakhirku, organiphosphate menjadi saksi cinta suciku pada mu kekasih. Ataupun, bangunan enam tingkat ini menjadi saksi cintaku bersemadi di sini kekasihku. Naudzubillah...

Sekadar renungan kita bersama. Nabi Adam a.s. dan Hawa mula bercinta di syurga, di uji dgn satu larangan, tersalah dan kemudiannya tercampak ke dunia dan terpisahlah cinta keduanya sekian lama. Mereka berdua rasa bersalah dan terus2an bertaubat kembali kepada Allah. Dan kemudian apabila cinta yg tercemar itu kembali bersinar, cinta mereka berdua bertemu semula di Arafah. 

Dlm bercinta, tanpa sedar mungkin kita telah membelakangkan Allah. Kita rasa cinta kita cukup suci. Tp bgmana cinta itu suci kalau cinta Allah datang kemudian (dalam erti kata lain, cinta Allah tidak didahulukan). Cinta kita sesama manusia itu hanyalah alat bukan matlamat. Cinta sesama manusia hanyalah alat utk mendapatkn cinta Allah (matlamat). Jadi cinta Allah itu adlh dasar/foundation kpd cinta sesama manusia. Utk mendapatkn cinta manusia, raihlah cinta Allah terlebih dahulu agar kita bercinta kerana Allah.

Nasihat buat adik2 di luar sana tu, mari kita muhasabah cinta (peringatan buat sy jg). Jgn terlalu bermain dgn perasaan sedih saat cinta ditolak atau putus cinta (Syaitan amat suka dgn org yg bermain2 dgn perasaan!). Ingatlah, sesuatu yg teramat kita cintai itu belum tentu baik utk kita mengikut ilmu Allah. Terima ketentuan Allah dgn lapang dada. Kita org Islam, kita mengaku org beriman jadi terimalah takdir dr Allah. Pasti Allah akan menggantikan dgn sesuatu yg lebih baik mengikut ilmuNya, jika bukan di dunia pasti di syurga kelak. 



Adik2 sayang, hati yg pernah dilukakan, kadang2 boleh menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Kecewa dgn manusia boleh menjadi wasilah ketabahan jiwa. Hidup adlh satu pelajaran yg indah kalau saja kita mahu melihat dgn mata hati. Raja'na ilallah (kembali kpd Allah).

Cinta dilahirkn di tpt yg baik, dianugerahkn olh Allah Yang Maha Baik, dinikmati kali pertama olh org yg baik (Nabi Adam) dn diwariskn utk org2 yg baik sahaja. Sy sayang adik2 semua, sy tdk ingin melihat katil 'red zone' di A&E sy terlantar adik2 yg ingin membunuh diri gara2 cinta.

"No one will be with you forever in this life. The door will always be swinging open and closed. Love the people who enter. Let go of the people who leave. Don't hang on." - Yasmin Mogahed



Mari bercinta hingga ke syurga...

Sunday, May 11, 2014

Terima Kasih kerana rosakkan saya

Terima Kasih’ kerana rosakkan saya

Saya gadis bertudung labuh
Muka saya putih pucat , bibir saya kelihatan suram 
Saya memakai kaca mata
saya tak memakai make-up
bagi saya cantik itu tidak penting 
yg penting kelihatan depan Allah , Tuhan kita

Terima kasih kerana rosakan saya 
Saya seorang pendiam , kurang cakap sebab di tuntut dalam agama 
Berfikir tentang kebesaran Nya 
Waktu2 lapang saya , saya habiskan baca Al-Quran , 
smartphone di tangan bila perlu sahaja 
saya suka berkebun dan tanam bunga , saya senyum lihat bunga saya

Terima kasih rosakan saya
Saya jarang tgk cermin , 
Sebab bila saya tgk cermin 
Msti ada bisikan kata ‘ awak cantik , awak cerah , awak paling cantik’
Saya tak layan sebab saya tau ianya bisikan syaitan
Saya ignore , saya kekal dgn tudung labuh hitam saya

Saya tidak mengambil gmbar saya , saya tidak post gmabar saya dalam pesbuk
Atau media social yg lain , saya tidak harap manis depan manusia 
Tapi manis depan Allah SWT

Terima kasih rosakan saya
Saya suka menulis post Islamic agar berdakwah di facebook
Saya bermunajat agar tidak terlibat dalam maksiat
Saya senyum di samping Al-Quran dan tasbih di tepi saya
Saya gembira ada kawan sehaluan saya

Terima kasih rosakan saya
Saya duduk di tepi dewan kuliah ,terlihat awak memandang saya 
Pandangan awak terus ke mata saya 
Saya tak selesa , saya beredar dari situ
Saya istighfar kepada Allah

Setiap hari awk memandang saya 
Saya berasa malu , awak pandang saya
Saya Tarik hand-sock saya , tutup mulut saya 
Saya segan bila awak tenung saya ,

Terima kasih rosakan saya 
Saya teringat kat awak, tiada lelaki pernah begitu dgn saya 
Saya ternanti2 bila lagi awak tenung saya
Kadang2 saya tersedar semua ini salah
Allah marahkan saya
Tapi pandangan mata awak mendominasi saya

Terima kasih rosakan saya 
Biasanya saya menghabiskan masa membaca Al-Quran seperti biasa
Berusrah , dan membaca hadis 
Menelefon mak saya
Tapi….
Suatu malam , 
Ada nombor tidak dikenali whatsapp saya 
Saya tengok gmbr dia , gmbar dia 
Saya tersenyum lebar. Awak cakap ‘Asalamulaikum “
Saya jawab ‘ waalaikumsalam”
Awak tnya esok kelas start kul brapa
Saya jawab kul 10 …..
Awak kata nak berkawan dengan saya 
Saya kata insha Allah boleh…..
Dan berterusann…………………………………………….

Terima kerana rosakan saya
Tiap malam saya tunggu awak whatsap saya
Saya tunggu
Dan awak memang akan whatsapp saya 
Saya gembira awak gembira

masa kosong saya 
tidak lagi dengan Al-Quran
kini smartphone di tangan saya 
tapi…. Dlam tu ada awak , awak temankan saya 
kita hari2 texting , tu x ? saya suka

Terima kasih kerana rosakan saya 
Saya suka awak pandang saya , 
Dan awak kata saya senyum manis , 
Saya tengok cermin , ermm memang betul la yg awak kata 
Saya tengok cermin , 
Saya kata dengan diri saya , awak suka muka saya

Terima kasih rosakan saya 
Hari tu , saya tak pakai tudung labuh hitam
Saya pakai tudung labuh pink 
Then awak whatsapp , awak kata saya manis dengan tudung pink tu 
Saya senyum , awak kata ‘saya suka awak’
Saya jugaaa

Terima kasih kerana rosakan saya 
Saya tukar dp whatsapp saya , dgn gmbar saya
Gmbar saya tidak memakai tudung labuh , tapi tudung bawal 
Awak kata , saya lebih manis
Saya suka bila awak cakap macam tu

Kawan2 saya tahu psal kita
Mereka kata saya dah maju
Malah mereka mengalakan saya 
Saya tersenyum bila mereka kata awak suka saya 
Hehe, saya suka

Terima kasih kerana rosakan saya 
Saya terkejut bila kawan saya bgi saya chocolate 
Dia kata dari awak , saya gembira 
Saya tak sampai hati nak makan 
Saya pun bagi awak Big Apple dan awak kata awak suka

Terima kasih rosakan saya
Hari ni saya pergi kuliah 
Tidak tudung labuh , saya pakai tudung bawal 
Yg awak kata saya lebih mainis
Saya tidak pakai kaca mata 
Saya pakai contact 
Seperti saya harap , awak kata saya lebih manis, saya gembira

Terima kasih rosakan saya 
Tiap2 malam kita sembang 
Awak bgtau masalah awak
Saya bgitau masalah saya
Saya ada awak
Awak ada saya

Tetapiiiiii
Tiba2 awak jarang dah whatsapp saya 
Saya tunggu , awak tak wahtsapp 
Saya whatsapp , awak tak balas
Saya sedih

Terima kasih rosakan saya 
Saya dapat tahu awak ada ‘kawan’ baru utk whatsapp with
Awak tinggalkan saya 
Saya rasa macam kena tipu 
Tapi mcmna nak marah 
Kita just kawan

Saya sedih , setiap masa saya fikirkan awak 
Awak tak pandang saya lagii
Awak tak fikirkan saya lagi 
Saya kecewa

Saya pandang cermin , saya buka tdung 
Saya memakai lipstick merah 
Agar awak pandang saya
Saya pergi dewan kuliah berpakaian begitu 
Tapi awak tak pandang saya lagi 
Awak sibuk dengan si Dia

Terima kasih rosakan 
Saya cari orang lain, saya berlipstick merah 
Saya cari orang lain
Untuk cemburukan awak, tapi awak tiada respond
Awak tak kisah

Saya tekad 
Saya berkepit dengan orang baru saya 
Saya senyum dengan lipstick merah saya
Tapi awak tidak kisah ,sebenarnya saya taknak dia 
Saya nak awak

Saya tekad upload gambar
Saya bercium dengan orang baru saya 
Tapi awak tidak kisah
Awak…..

Saya menangis…….
Menangiss…..
Berfikir dua kali , saya .. saya menangis…
Bukan sebab awak , sebab saya dah lain
Saya hilang diri saya yg dulu , saya berdoa agar Allah bagi saya hidayah 
Saya…. Allah help me
Astaghfirullah

**********

Sy copy and paste dr someone. Source unknown. Sy sgt sedih bila baca luahan hati hamba Allah ni. Pasti sangat sakit melaluinya. Sakit kerana ditinggalkan org yg kita sayang. Tapi lagi sakit apabila Allah yang tinggalkan kita dan bila Allah dah tak pandang kita dan sedih bila Allah dah 'delete' kita dari list org2 yg Dia peduli.

Org yg sgt2 kita sayang pd hari ini, mungkin akan jadi org yg sgt2 kita benci pd hr esok. Org yg sgt2 kita percayai pd hr ini, mungkin akan jadi org yg sgt2 kita dendami pd hr esok. Sgt2 cinta boleh jd sgt2 derita. Sgt2  percaya boleh jd sgt2 kecewa. Sandarkn rasa sgt2 cinta dan sgt2 percaya itu kpd Allah spy pengakhirannya tidak terlalu mengecewakan dan menyedihkan.

Hati kita dan org yg kita cinta dua2 pun milik Allah. Allah jg yg satukan dan Allah jg yg pisahkan. Kalau Allah satukan, tiada siapa yg blh pisahkan. Dan kalau Allah pisahkan, tiada siapa yg blh tautkan. Jgn kita byk merayu cinta dan kasih drpd org yg kita cinta, dan kita lupa merayu dan meminta drpd Allah. Dahulukan cinta Allah, cinta manusia pasti datang selepasNya. 

Kita selalu rasa sedih bila kekasih kita lupakan kita atau kurang ingat kita. Tapi kita tak pernah rasa  sedih bila kita tak mampu ingat dan hadirkan Allah dlm solat kita. Ya Allah ampuni hamba yg berlumuran dosa. Ampuni hamba yg selalu melupakan Mu. Ya Allah permudahkan hamba utk mengingatiMu, permudahkan hamba utk mensyukuri nikmatMu dan permudahkan hamba utk memperbaiki ibadahku kpdMu.

Thursday, May 8, 2014

Mengorat Cara Islamik ke

Attention girls! Kalau ada lelaki bersiul panggil perempuan, please jgn toleh kiri, toleh kanan or toleh belakang. Kita bukan anjing (atau yg sewaktu dgnnya) utk dipanggil mcm tu sekali!



Wahai kaum lelaki! Tahukah kamu bahawa perbuatan kamu itu teramat MENJELEKKAN di mata kami? I repeat MENJELEKKAN! Ya sangat MENJELEKKAN. Pantang nampak perempuan cantik, syahwat tak boleh kawal dan terus bertukar menjadi serigala. Suka ke kalau ada org lelaki kat tepi jalan bersiul mengorat mak kamu, adik kamu, tunang/isteri kamu? Wahai lelaki, mana kamu tahu perempuan yg kamu ngorat tu single? Siapa tahu dia isteri org, mak org, or tunangan org. Tak ke naya kalau diorang pula jatuh hati kat kamu (girls please don't be!) sehingga merosakkn rumah tangga org, merosakkan hubungan org lain. Naudzubillah...

Ada yg nak nampak lebih "Islamik" sikit, taktik mengorat diubah sikit dgn memasukkan unsur2 Islam. "Hi. Assalammualaikum. Kalau tak jawab berdosa", sambil si lelaki tersenyum macam kerang busuk. Dlm keadaan mcm ni tak payah jawab pun tak apa! Tak wajib dan tak berdosa pun. Niat bagi salam pun dah menyimpang dan ada agenda lain. 

Girls please jgn ambil lelaki spt ini jadi suami kamu! Dia tidak layak utk mengimami kamu. Percayalah kalau dia berani buat mcm ni kat kamu, dia jg berani buat kat perempuan lain. 

Tidak dinafikan jg ada segelintir perempuan suka diperlakukan seperti itu oleh lelaki. Rasa macam COMEL jerrr, macam HOT jerrr! Rasa macam WOW ramainya org minat kat I! Haaa, yg perempuan mcm ni mungkin 'wiring' terputus kat mana2... 

Lelaki kalau dah minat sangat kat perempuan tu tak perlu la nak bersiul bagai. Islam dah ajar cara yg gentleman lagi macho dan terhormat utk 'mengorat'. Untuk org perempuan pula, tengok2 juga pakaian kita pd hari tu... Kot2 tudung terselak ke, tudung bertingat2 tu terlalu jarang ke, baju terlampau ketat ke atau mungkin make up terlampau tebal sehingga lelaki tersilap ingatkan serigala betina lalu lelaki tak tahan lalu 'tersiul'.

Wahai lelaki, hentikanlah siulan anda dan cara mengorat anda! Kami tidak suka dikacau2 lelaki. Hentikanlah! Kalau benar2 suka, jumpa ibu bapa kami... Itu adlh ciri lelaki sejati dan macho! Okay girls, lepas ni kalau ada lelaki bersiul jgn toleh kiri kanan belakang! Kita bukan anjing atau tikus betina atau yg sewaktu dgnnya. Pilih lelaki yg baik agama dan akhlaknya utk dijadikan suami! 



Sekian sahaja entry pd malam ni bagi melepaskan geram. 
Esok kursus haji n haruslah tuan puteri beradu lebih awal...

Tuesday, May 6, 2014

Ujian part 1

Duduk di balcony bilik sambil menatap indah langit ciptaan Ilahi. Langit malam cerah di taburi bintang mengurangkan tekanan perasaan hamba. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar! Tidaklah Allah menciptakan semua ini sia2. 

Ujian datang silih berganti. Satu2 hadir tanpa diundang. Hamba rasakan hidup ini seperti gelanggang ujian. Sejauh mana kita mampu sabar dgn ujian Allah, sejauh mana kita masih boleh bersyukur dgn ujian Allah itu yg akan menentukan siapa kita.

Benar, kita tidak meminta ujian datang. Tapi bagi hamba2Allah yg beriman, yg percaya qada dan qadarnya, 'skrip' ujian ini sudah pun ditentukan sebelum kita lahir ke dunia. Hamba lah insan terpilih itu. Antara ramai2 manusia, Allah pilih hamba untuk menerima ujian ini. Suka atau tidak, hamba harus jalani ujian ini. Yg membezakannya adalah cara kita berdepan dgn ujian. Bagaimana cara kita 'berinteraksi' dengan takdir Allah itulah yg menentukan siapa sebenarnya diri kita! Husnuzzhon (bersangka baik) dgn Allah... Jgn biarkn racun suuzzhon (bersangka buruk) merajai jiwa. 

Ada manusia saat diuji dia semakin jauh dr Allah. Ada manusia bila diuji makin dekat dirinya dgn Allah. Itulah sabar di sisi Allah! Mungkin sebelum ini kita banyak melakukan dosa, terlalu jauh daripada Allah. Maka Allah turunkan ujian bg menyedarkan kita dan membawa kita kembali mengingati Allah. Bagi hamba yg beriman, ujian adlh penghapus dosa buat meninggikan darjat. 

Bersyukurlah saat diuji. Itu petanda Allah masih sayang pada hamba yg dhaif ini. Allah mengambil kembali sesuatu yg disukai/dicintai oleh hambaNya kerana berkemungkinan sesuatu yg kita cintai/sayangi itu memberi mudharat kepada diri kita, agama kita dan kehidupan kita. Barangkali Allah menarik balik sesuatu yg di 'pinjam'kanNya kerana Allah ingin menggantikan dgn sesuatu yg lebih baik mengikut ilmuNya. Dan Allah mengurniakan kita sakit sebagai tanda umur kita semakin pendek. Terlalu banyak 'kebarangkalian'. Tinggal saja kita menggali hikmah disebalik ujian.

Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu disaat susah dan senang, bantulah aku untuk mensyukuri nikmatMu, dan bantulah aku untuk memperbaiki ibadahku kepadaMu.

Langit tak selalu cerah 
Awan pula tak selalu mendung

Selepas malam
Pasti datangnya siang
Selepas ujian
Pasti adanya nikmat menanti
Selepas musibah 
InsyaAllah turunlah rahmat.


"Wahai manusia. Kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji." 
(Fatir: 15) 

*ayat ini hamba rasakan seperti Allah tujukan khas buat hamba di saat hamba membaca surat cintaNya. Ayat ini begitu dekat dgn hamba di saat ujian silih berganti.


Sunday, May 4, 2014

'Hijrahku'


Sebentar tadi survey2 'ongkos' pakej umrah.... Teringin buat umrah pada 10 malam terakhir Ramadhan. Cuti pun dah minta in advance utk 10 malam terakhir Ramadhan. Mula2 hamba apply cuti tu tak terfikir pun nak buat umrah di bulan Ramadhan. Tapi entah mengapa lepas sembang2 dgn mama tadi hati hamba bagai dipanggil2 pula. Rezeki dlm akaun bank pun ada ni... Luruskan niat. Semoga Allah permudahkan untuk 'berhijrah'.

Hey passport dah expired heyyyy!!!



Tiba-tiba Jatuh Cinta


 
 

Foto ini tiada kaitan dengan entry hamba pada kali ini. Tiada juga kaitan dgn yg hidup atau yg mati atau yg 'hidup segan, mati tak mahu'. Sekadar melepaskan 'kerinduan' pada makanan yang bertamu dlm hati hamba (zasssss! Melodi hot.fm)

TIBA-TIBA JATUH CINTA
(Pahrol Mohamad Juoi melalui Cinta Kerana Allah)

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Bukan sekali
Tetapi berkali-kali
Padamu kekasih...
Aku asyik

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Ketika kau fahami
Sewaktu kau merasai
Padamu isteri...
Aku terpesona

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Bukan pada wajah
Pun bukan pada tingkah
Hanya pada bicara hatimu
Aku rindu

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Terasa mesra dan serasi
Apabila kau dan aku
Menjadi satu...
Kerana yang SATU.







Saturday, May 3, 2014

Sembang Santai

Bismillah.

Sudah lama tidak berkunjung ke sesawang kepunyaan hamba. Bukan kerana hamba tak sudi tetapi masa tidak mengizinkan. Begitu juga komen2 yg tak berbalas.

Dikesempatan ini izinkan hamba berkongsi cerita sekitar dua tahun hamba meng- 'hilang dari radar'. Dulu hamba seorang 'hamba Allah' dan sekarang ni pun masih mengekalkan title sebagai 'hamba Allah'. Title yg takkan berubah sampai bila2. Hihihi...

Anyway, lepas graduated from Otago University kesayangan pada akhir 2010, hamba terus menyambung tugas sebagai doktor pelatih di Hospital Tawau. Banyak kenangan pahit, manis, masam, masin, payau dan segala jenis rasa yg tak terungkap oleh kata2 dan deria rasa lidah. Yg paling menyimpan kenangan adalah 'Secret Recipe' moment yg berjaya menembusi benteng pertahanan hati hamba. Goalllll!!! 1-1



Sekarang ni hamba sudah upgrade... Dari segi gaji dan juga pangkat (UPGRADE lah sangat!). Masih lagi mengekalkan title seorg doktor... Bukan doktor pelatih tapi TERLATIH!

"With great power, comes great responsibility!" 
(Spiderman mode activated)  
Thank you Uncle Ben!


Sekarang ni hamba bertugas sebagai seorg Medical Officer di sebuah hospital kecil di pinggiran bandar Kota Kinabalu. Sudah setahun menjadi district MO. Bukan hamba pinta datang ke sini. Bukan hamba pinta untuk dicampakkan ke sini. Tapi sudah Allah menetapkan takdir hamba untuk berkhidmat di sini. Nak tak nak hamba rela dalam terpaksa. Hamba masih mencari-gali hikmah disebalik ketentuan Allah. (Btw hamba juga pernah apply sbg pegawai perubatan di company mencari gali petroleum yg tidak jauh dari sini!)

Walaupun hamba seorg doktor, hamba juga seorg manusia biasa. Ada masanya kami sakit. Kalau doktor sakit jumpa siapa? (Soalan cepu emas daripada pesakit2) Kalau kami sakit kami makan ubat dan tawakkal. Kalau kami sakit dan tidak sembuh kami buat blood test sendiri. Kalau masih lagi menjadi misteri, kami jumpa doktor (pakar!). Kalau doktor pakar tidak dapat mencari punca sakit hamba... Maka hamba berikhtiar, berdoa dan tawakkal. Dari Allah datangnya penyakit itu dan dari Allah juga datangnya penyembuh. Eh! Sudah keluar tajuk la.



Sekarang ni hamba ingin melebarkan 'sayap' hamba untuk mengejar cita2 hamba. Ujian datang silih berganti menjadikan hamba semakin dewasa dan matang. Kita tunggu dan lihat dalam masa terdekat ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan hamba. I am doctor for Ummah!

Jadikan masa silam sebagai masa yang kita tidak perlu lagi bersedih ke atasnya,
Semuanya sudah berlalu pergi, seiring bergantinya waktu,
Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi, meraih prestasi dan mengoptimumkan potensi.
(Thank you Fadlan al-Ikhwani)