Ya Allah... Baru 2 minggu hamba kerja di OPD... Tapi hamba rasakan cukup sengsaranya melayan karenah2 pesakit (yang tak sakit!). Tak membantu sangat untuk perkembangan otak hamba. Huhuhu... Hampir 40% pesakit yg datang utk meminta MC (medical certificate).
Ya Allah... Jumaat lepas hamba terkena dgn seorg 'pesakit' yg dtg ke Unit Pesakit Luar. Hati terdetik tatkala melihat pesakit ini masuk ke bilik hamba. "Eh cantiknya mak cik ni. Vogue giler. Make up mcm nak gi org kawin jer. Fuhhh siap pakai tudung fareeda lg. Lipstick mak aihh merah menyala ni," monolog hamba yg tak didengari oleh mak cik tu. Hamba pun cuba bertanya apa masalah mak cik ni. Kata makcik ni dia pening2 dah dua hari dan langsung tak boleh bangun. Katanya nak kerja pun tak larat. Bila hamba cek, okey ni. Vital sign pun normal ni. Bila nak offer buat blood investigation patient refused. Katanya cukuplah nak berehat kat rumah dan minta MC utk hari tu. Hamba cuba jg terangkan sakit2 mcm ni tak perlu MC n lepas makan ubat should be okay. Wahhh, tapi mak cik tetap berkeras nak jugak MC. Hamba bagi la MC sehari utk hr Jumaat tu. Mak cik pun keluar dr bilik hamba. Nak jadikan ceritanya, hamba pula tgh perut meragam so terpaksa cari jamban atau toilet bagi melepaskan hajat yg tak boleh ditahan2. Alangkah sakitnya hati hamba apabila nampak mak cik td keluar ke carpark dgn hilai ketawanya dgn membernya... Dan paling menyakitkan hati hamba ni prescription yg hamba bg utk ambil ubat pening2 tu dicampakkan ke dlm tong sampah!!!! Ya Allah... Hamba ditipu. Patut la dress up cantik macam nak pg kenduri org kawin. Pelik betullllllll org pening yg tak boleh bergerakkkkkk boleh pula dress up dan bermakeup bagai yg tak macam org sakit. Ya Allah, parahnyaaaa parahnya org2 skrg. Diberi kerja nak ponteng... Duit kerja tu halal ke tak tu kalau ponteng kerja? Berkat ke tak tu?
Hari ini pula datang seorg pesakit ke bilik hamba. Bila cek2, pesakit cuma menghidap selsema biasa sahaja atau URTI dlm bahasa mediknya. Request nak cuti 2 hari sbb jauh kerja and tak larat (btw, he's a teacher). Hamba cuba terangkan dgn baik bahawa sakit2 mcm ni tak layak utk dapat MC. Cikgu tu boleh minta pula utk hamba tukar diagnosis lain supaya dia dpt cuti 2 hari. Hamba terkejut! "Maksud Encik, Encik nak sy berbohong ka? Berbohong supaya Encik boleh dpt MC?," hamba cuba bertanya pesakit tersebut. Pesakit tu terdiam, mungkin terasa dgn statement tak boleh blah hamba. Last sekali hamba cuma minta maaf dan bertegas tak nak issue MC. Parah bila cikgu ajar kita utk menipu dan buat dosa. Parah bila ada pendidik seperti ini yg mendidik anak2 kita di sekolah. Btw, pesakit tersebut keluar dr bilik hamba dan menendang pintu klinik hamba gara2 tidak diberi MC. Ya Allah... Spoiled betul mood kerja dgn pesakit2 mcm ni.
Ni cumalah sedikit dr kisah2 sekitar pesakit yg request nak minta MC. Semakin hari semakin parah. Hari yg paling ramai minta MC adlh Isnin n Jumaat. Ketahuilah wahai pesakit2, MC ITU HAK DOKTOR! Bukan hak pesakit. Pesakit boleh bertanya samada pesakit layak utk mendapat MC, tetapi pemberian MC adlh atas budi bicara doktor yg merawat anda. Jgn pula anda sampai menggunakan KEKERASAN terhadap doktor, silap2 boleh masuk penjara gara2 nak MC.
Ya Allah, jauhkanlah kami dari sifat pemalas dan suka ponteng kerja.
Ya Allah, hamba rindu lampu merah REDZONE di Kecemasan dan Trauma. Hamba rindu pada 'adrenaline rush' A&E'! Hamba mahu kembali bekerja di A&E secepat mungkin.
Bersabarlah wahai doktor!
No comments:
Post a Comment