Thursday, May 8, 2014

Mengorat Cara Islamik ke

Attention girls! Kalau ada lelaki bersiul panggil perempuan, please jgn toleh kiri, toleh kanan or toleh belakang. Kita bukan anjing (atau yg sewaktu dgnnya) utk dipanggil mcm tu sekali!



Wahai kaum lelaki! Tahukah kamu bahawa perbuatan kamu itu teramat MENJELEKKAN di mata kami? I repeat MENJELEKKAN! Ya sangat MENJELEKKAN. Pantang nampak perempuan cantik, syahwat tak boleh kawal dan terus bertukar menjadi serigala. Suka ke kalau ada org lelaki kat tepi jalan bersiul mengorat mak kamu, adik kamu, tunang/isteri kamu? Wahai lelaki, mana kamu tahu perempuan yg kamu ngorat tu single? Siapa tahu dia isteri org, mak org, or tunangan org. Tak ke naya kalau diorang pula jatuh hati kat kamu (girls please don't be!) sehingga merosakkn rumah tangga org, merosakkan hubungan org lain. Naudzubillah...

Ada yg nak nampak lebih "Islamik" sikit, taktik mengorat diubah sikit dgn memasukkan unsur2 Islam. "Hi. Assalammualaikum. Kalau tak jawab berdosa", sambil si lelaki tersenyum macam kerang busuk. Dlm keadaan mcm ni tak payah jawab pun tak apa! Tak wajib dan tak berdosa pun. Niat bagi salam pun dah menyimpang dan ada agenda lain. 

Girls please jgn ambil lelaki spt ini jadi suami kamu! Dia tidak layak utk mengimami kamu. Percayalah kalau dia berani buat mcm ni kat kamu, dia jg berani buat kat perempuan lain. 

Tidak dinafikan jg ada segelintir perempuan suka diperlakukan seperti itu oleh lelaki. Rasa macam COMEL jerrr, macam HOT jerrr! Rasa macam WOW ramainya org minat kat I! Haaa, yg perempuan mcm ni mungkin 'wiring' terputus kat mana2... 

Lelaki kalau dah minat sangat kat perempuan tu tak perlu la nak bersiul bagai. Islam dah ajar cara yg gentleman lagi macho dan terhormat utk 'mengorat'. Untuk org perempuan pula, tengok2 juga pakaian kita pd hari tu... Kot2 tudung terselak ke, tudung bertingat2 tu terlalu jarang ke, baju terlampau ketat ke atau mungkin make up terlampau tebal sehingga lelaki tersilap ingatkan serigala betina lalu lelaki tak tahan lalu 'tersiul'.

Wahai lelaki, hentikanlah siulan anda dan cara mengorat anda! Kami tidak suka dikacau2 lelaki. Hentikanlah! Kalau benar2 suka, jumpa ibu bapa kami... Itu adlh ciri lelaki sejati dan macho! Okay girls, lepas ni kalau ada lelaki bersiul jgn toleh kiri kanan belakang! Kita bukan anjing atau tikus betina atau yg sewaktu dgnnya. Pilih lelaki yg baik agama dan akhlaknya utk dijadikan suami! 



Sekian sahaja entry pd malam ni bagi melepaskan geram. 
Esok kursus haji n haruslah tuan puteri beradu lebih awal...

No comments:

Post a Comment