Sunday, March 21, 2010

Cintailah Cinta





(Sekadar gambar hiasan... tiada kaitan dgn mana2 pihak! Kuang3x...)


P/S:  Khas buat kamu yg dalam hatinya ada CINTA...


Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja... tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu... Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal...

Buat adik2 dan sahabat2 tersayang...

Ramai antara kita terperangkap dan terjerat dengan perasaan sendiri... ya memang susah nak membuang cinta... sebab tu ada orang kata, jgn sengaja nak cuba2, sbb bila dah bercinta, apatah lagi cinta yg melanggar syarak, sangat susah nak kikis benda tu kecuali utk org2 yg Allah berikan kekuatan... sbb syaitan akn cuba sedaya upaya utk mengindahkan percintaan itu dan cuba utk menyucuk hati kita agar menyetujui perbuatan yg kita buat tu...

Sebab tu Allah ada cakap kat kita dalam surah ke 2 ayat 165 (bukak Quran dan baca lg best sket):
"Dan di antara manusia ada org2 yg menyembah tandingan2 selain Allah, mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah. Adapun org2 yg beriman sgt cintakan Allah."

Hati manusia ni, kalau tak cinta pada Allah, dia akan cinta pada selain Allah... dan kdg2 kita tak perasan dan leka yg cinta kita kepada benda selain Allah itu melebihi cinta kita pada Allah ...menyembah tandingan2 Allah selain Allah sebab menyintai tandingan2 itu macam kita menyintai Allah...

Bayangkan kalau Allah tanya kita di akhirat, adakah kita menyembah Dia atau selainNya? Jika syarat menyembah itu adalah dengan menyintai... bayangkan kita mengikut hawa nafsu kita lebih berbanding dgn perintah Allah... astaghfirullah

Sbb kalau org yg cintakan Allah, dia takkan buat maksiat... Dia takut bila dia ajak kaum lain jantina keluar utk buat apa2 je, Allah akan murka dia, dan dia tidak tergolong dikalangan org2 yg beriman... lucutlah pahala2 yg Allah berikan kepada dia... selama dia buat baik...

Dan dia sangat faham ayat hijab yg Allah turunkan pada dia 33:53... dan dia sangat akur yg dia perlu menundukkan pandangan setiap kali berada di hadapan sesiapa sahaja (An-Nur: 30-31)... kerana  dari pandangan matalah, akan berlakunya pelbagai bentuk zina yg lain...

Kita tak perlu cemburu jika ada kawan kita yg larut dgn percintaan... mereka sebenarnya terperangkap dlm penjara cinta... mereka dibelenggu perasaan yg tak mampu mereka keluar dari itu... kita perlu ambil usaha utk membantu mereka, bawa mereka utk kenal Allah... kenal CINTA ALLAH... kerana cinta manusia itu sering mengundah-gulanakan hati dan kebahagiaannya cuma sementara. Jika kahwin adalah matlamat utama, itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan hakiki kerana bagi seorang mukmin itu, kebahagiaan yg paling membahagiakan adalah apabila dia mendapat redha TuhanNya... dan itulah mengatasi segala2nya... (Al-Anfal: 02)

Sayang...
Jiwa pemuda yg sepatutnya berkibar bak SINGA di padang pasir menjadi kuncup kerana terjerat dgn percintaan...

Sayang...
Jiwa pemudi yg sepatutnya disirami dgn kesopanan dan kesolehan di dada menjadi kotor dek cinta yg ternoda...

Sepatutnya kita mengimpikan perkahwinan yg barakah... perkahwinan yg barakah itu hanya boleh didapati apabila detik2 awal pertemuan turut diberkati, menurut syarak, bebas dari nafsu syahwat...

Bayangkan... jika langkah kita yg silap dari sekarang.... akan meng'effect' anak2 kita, cucu cicit kita da keturunan kita... wal iyazubillah...

Bukan tak de cara nak approach teman hidup... jika dah sedia utk berumah tangga boleh sahaja melalui org tengah yg lebih mengenali insan tersebut...

Takut terlepas jodoh? bukankah Allah telah meyakinkan kita...
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yg jahat adalah utk lelaki-lelaki yg jahat, dan lelaki-lelaki yg jahat untuk perempuan-perempuan yg jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yg baik utk lelaki-lelaki yg baik, dan lelaki-lelaki yg baik untuk perempuan-perempuan yg baik. Mereka (yg baik) itu  adalah bersih dari (tuduhan buruk) yg dikatakan oleh org2 (yg jahat); mereka (yg baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yg mulia." (An-Nur: 26)

Bukankah Allah itu ada utk kita letakkan segala puncak pengharapan...??

Memang susah nak mengawal hawa nafsu... tambah2 lagi dizaman muda seperti kita, hidup dinegara orang putih, maksiat berlaku didepan mata merata2... kehendak hati sentiasa bergejolak... kerana itu Rasulullah sarankan utk mereka yg mampu utk berkahwin, jika tidak mampu... berpuasalah... kerana berpuasa itu dapat menurunkan kehendak hawa nafsu...

Ikat hati kita dgn Allah, kerana mereka yg bersama Allah takkan pernah rasa kesepian dan keseorangan... dan sebaik2 bekal adalah taqwa... (Al-A'raf: 201) sebab syaitan akan goda dan masuk hati kita ditempat yg paling kita lemah sekali...

Marilah kita sama2 menjaga hati kita...

Bersabarlah wahai pemuda sekalian, tahanlah pandangan mata anda...

Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda utk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja... tahanlah pintu itu dari mereka yg bukan menjadi hakmu... Jagalah pintu itu, sehinggalah yg hak itu dapat menjadi milikmu secara halal...

****

Okedoke! Itu shj kalam utk hari ini... sekadar meluahkan rensa hati yg galau melihat sahabat2 dan adik2 yg dicintai bergelumang di dalam kancah yg serupa... Apatah lagi cinta itu dijelmakan dalam bentuk perbuatan, dating, etc etc

Sahabat2 dan adik2 sekalian, nasihatkan aku juga dikala aku terlupa (Al-Asr: 1-3)... jika kau menyintai nasihat, maka nasihatkanlah aku setiap masa...

Friday, March 12, 2010

Mencari Kembali Kekuatan Yang Hilang


On call on call on call... amat memenatkan, kekadang hampir mengerah segala tenaga dan kudrat yg ada. Kesibukan  dan keletihan yg kadang2 melekakan dan menjauhkan aku dari tanggungjawab2 yg lain yang lebih aula' atau prioriti. Sehingga satu tahap apabila alarm clock mobile phone ku berbunyi (petanda bermulanya hari yg busy)... aku berperang diantara tanggungjawabku dengan rasa malasku dan rasa letih yg masih bersisa. Sehingga keadaan itu menyebabkan aku bertanya diri ini, 'apakah aku sanggup untuk meneruskan career ini? apakah aku sanggup punya lifestyle seperti ini?'... pemikiran2 yg melemahkan semangat dan merapuhkan benteng2 kekuatan yg ku bina selama ini.

Aku beristighfar... beristighfar tatkala pemikiran2 yg tak dijemput bertandang mengetuk pintu mujahadah yg binaanya masih belum benar2 utuh.Tatkala itu juga aku membetulkan niat. Aku harus belajar untuk mengikhlaskan diri dlm pekerjaan yg membutuhkan nilai kesabaran yang tinggi. Kalau masih belum ikhlas... harus berusaha utk belajar istikhlas. Life is not always what we want it to be...

Ya Allah wahai yg memudahkan segala yg sukar, wahai penguat segala yg lemah... Mudah bagimu memudahkan segala yg susah. Ya Allah aku memohon kepadaMu dengan semua asma' yg menjadi milikMu. Ya Allah Engkau telah memilih aku untuk berada dijalan ini, dan aku selalu meminta kepadaMu untuk sentiasa thabat dan tetap dijalan ini, maka aku minta kepadaMu agar diberi kekuatan, kesabaran dan terus mujahadah dijalan ini. Ya Allah berilah aku kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran utk menyambung risalah suci dan mulia ini. Jgn jadikan aku pengkhianat yg memutuskan mata rantai kesinambungan ini dgn sikap malas ku dan mendambakan kerehatan dan enggan berda'wah kerana cintakan dunia. Ya Allah bantulah aku untuk merawat kembali sayap mujahadahku yg patah agar aku bisa terbang utk meneruskan tanggungjawabku yg tergendala.

-Sekadar luahan perasaan setelah lama tak mengupdate-