Sudah lama tidak berkunjung ke sesawang kepunyaan hamba. Bukan kerana hamba tak sudi tetapi masa tidak mengizinkan. Begitu juga komen2 yg tak berbalas.
Dikesempatan ini izinkan hamba berkongsi cerita sekitar dua tahun hamba meng- 'hilang dari radar'. Dulu hamba seorang 'hamba Allah' dan sekarang ni pun masih mengekalkan title sebagai 'hamba Allah'. Title yg takkan berubah sampai bila2. Hihihi...
Anyway, lepas graduated from Otago University kesayangan pada akhir 2010, hamba terus menyambung tugas sebagai doktor pelatih di Hospital Tawau. Banyak kenangan pahit, manis, masam, masin, payau dan segala jenis rasa yg tak terungkap oleh kata2 dan deria rasa lidah. Yg paling menyimpan kenangan adalah 'Secret Recipe' moment yg berjaya menembusi benteng pertahanan hati hamba. Goalllll!!! 1-1
Sekarang ni hamba sudah upgrade... Dari segi gaji dan juga pangkat (UPGRADE lah sangat!). Masih lagi mengekalkan title seorg doktor... Bukan doktor pelatih tapi TERLATIH!
"With great power, comes great responsibility!"
(Spiderman mode activated)
Thank you Uncle Ben!
Sekarang ni hamba bertugas sebagai seorg Medical Officer di sebuah hospital kecil di pinggiran bandar Kota Kinabalu. Sudah setahun menjadi district MO. Bukan hamba pinta datang ke sini. Bukan hamba pinta untuk dicampakkan ke sini. Tapi sudah Allah menetapkan takdir hamba untuk berkhidmat di sini. Nak tak nak hamba rela dalam terpaksa. Hamba masih mencari-gali hikmah disebalik ketentuan Allah. (Btw hamba juga pernah apply sbg pegawai perubatan di company mencari gali petroleum yg tidak jauh dari sini!)
Walaupun hamba seorg doktor, hamba juga seorg manusia biasa. Ada masanya kami sakit. Kalau doktor sakit jumpa siapa? (Soalan cepu emas daripada pesakit2) Kalau kami sakit kami makan ubat dan tawakkal. Kalau kami sakit dan tidak sembuh kami buat blood test sendiri. Kalau masih lagi menjadi misteri, kami jumpa doktor (pakar!). Kalau doktor pakar tidak dapat mencari punca sakit hamba... Maka hamba berikhtiar, berdoa dan tawakkal. Dari Allah datangnya penyakit itu dan dari Allah juga datangnya penyembuh. Eh! Sudah keluar tajuk la.
Sekarang ni hamba ingin melebarkan 'sayap' hamba untuk mengejar cita2 hamba. Ujian datang silih berganti menjadikan hamba semakin dewasa dan matang. Kita tunggu dan lihat dalam masa terdekat ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan hamba. I am doctor for Ummah!
Jadikan masa silam sebagai masa yang kita tidak perlu lagi bersedih ke atasnya,
Semuanya sudah berlalu pergi, seiring bergantinya waktu,
Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi, meraih prestasi dan mengoptimumkan potensi.
(Thank you Fadlan al-Ikhwani)
No comments:
Post a Comment