"Wonder Glow. Dare to Glow"
Macam2 produk kecantikan tumbuh macam cendawan. Tak cukup iklan kat TV, skrg ni produk kecantikan dijual secara online mmg tak terkira banyaknya. Sasaran utama haruslah golongan wanita. Almaklumlah, fitrah kaum wanita utk kelihatan cantik menawan. Nak putih, nak gebu, nak flawless , nak glowing (kalau blh ade produk glow in the dark pun nak guna jg!), nak skin ibarat HD etc etc. Mungkin kalau ada lotion 360 yg boleh mencantikkn kulit ibarat camera 360 pun laku gak ni mcm pisang goreng.
Anyway, tak salah pun nak kelihatan cantik. Tak salah nak meraikan fitrah yg Allah bagi. Cuma jgn fitrah jadi fitnah sudah lah.
Kadang2 seronok juga tgk rakan2 sekerja yg punya 'masa' utk ber'make-up'. Cantik. Berseni. Berwarna warni. Glowing. Mengancam mata macam mata kucing. Seriously nampak mmg cantik. Kadang2 terfikir jg macam manalah diorang ni blendkan color eyeshadow to jd 'smokey eye'. Kalau hamba yg buat gamaknya jadilah 'panda eye' or 'racoon eye'! Mungkin nak bersolek mcm tu kene bertenggek depan cermin at least 30 minutes. Dengan kerjaya hamba sbg doktor ni (lebih2 lg di Jabatan Kecemasan dan Trauma) tak punya masa utk bersolek spt itu. Ala kadar sahaja asalkan tak kelihatan selekeh.
Sedikit nasihat buat hamba sendiri dan kaum wanita, ingin kelihatan cantik itu fitrah kita tp jgn jadikan sbg fitnah pula. Jgn pula jadikan alasan bermakeup tak nak solat sebab nanti susah nak apply makeup tu balik. Kalau dah susah nak solat, baik tak payah pakai make up tu tebal2. Sebab nanti yg Allah hisab dulu adlh solat kita, bukannya berapa tebal pakai make up. Kalau nak juga pakai make up tebal2, jgn pula solat tu kita korbankan semata2 nak kelihatan cantik di depan manusia, semata2 nak menarik perhatian manusia... Tp perhatian Allah diabaikan. Naudzubillah...
Adik2, kakak2, dan makcik2 jom kita gapai redha Allah dahulu bukan redha manusia. Jom tarik perhatian Allah dahulu bukan perhatian manusia. Jom cantik di 'mata' Allah dahulu bukan di mata manusia. Jom cantikkan dalaman kita dulu sblm cantikkn luaran kita.
Say NO FILTER, NO MAKE UP...
No comments:
Post a Comment