Monday, May 19, 2014

Housemenship & Penempatan Part 2

Alhamdulillah, tercapai jg hasrat nak tulis entry mengenai housemenship & penempatan part 2. Selepas kali terakhir entry mengenai housemenship, terlalu banyak email2 masuk bertalu2 kedalam inbox yahoo hamba... Tp soalan2 drpd adik2 tak sempat hamba nak reply. Tak punya masa sebenarnya. Gomen neh minna!

Entry kali ni khas buat adik2 yg dah nak menamatkan pengajian ditahun akhir perubatan... Dlm erti kata lain, our future HOs. Anyway, adik2 sayang... Meh sini nak habaq. Ramai yg 'tahu' kerja HO tu mcm mana... 'Tahu' daripada dengar cerita2 kawan atau senior2 la kan. Tapi ingat tak sama 'tahu' dengan 'mengalami' sendiri kehidupan sbg HO tu. Hihihi... Adik2 ingat belajar nak jadi doktor tu sangat susah kan, tetapi bila dah jadi doktor tu lagi banyak cabarannya berbanding study nak lepas atau lulus exam kat medical school. (Ohhhh hamba sendiri pernah mengalaminyaaa!) Adik2, ni akak bukan nak bg takut... Tp bersedialah terima REALITI!

Btw, mengenai survival tips masa HO-ship tu nanti kita buat entry lain lah ye. Entry kali ni nak cakap psl penempatan.

Di mana tempat adik2 buat HO-ship sedikit sebanyak memainkn peranan penting bila adik2 nanti dh jadi MO... Ye la, at least kalau tercampak kat DISTRICT hospital, adik2 tahu basic procedures! Tak de la oncall sensorang2 nanti nak kene panggil senior MO pulak sbb tak reti nak INTUBATE! Atau tak de la oncall sensorang nanti tak tau nak defib patient! (Hmmmmppp!)

HO-ship ni adlh masa di mana kita nak belajar! Ye belajar! Belajar, belajar, belajar! HO tu baru doktor latihan siswazah... Bukan doktor TERLATIH tau. Jadi masa ni la nak belajar jd seorg doktor terlatih! So utk jadi doktor terlatih ni adik2 kena cari tempat yg boleh bagi peluang kat adik2 utk BELAJAR! Belajar bukan stakat dgr CME or bedside teaching je... Belajar di sini termasuklah peluang utk melakukan procedures e.g. CVP insertion, IJC insertion, peritoneal dialysis, RSI (rapid sequence intubation), chest tube insertion, lumbar puncture, fast scan, antenatal scan, c-ser under supervision etc etc. So peluang2 mcm ni adik2 takkan berapa nak dapat kat hospital2 besar yg 'keramaian' or 'kemeriahan' HO. Pelik jer bunyi kalau satu department HO nye shj boleh mencecah 100 org per dept. So kalau dah ramai camtu nak buat procedure pun kene berebut2 lah. Ntah, tak boleh imagine dgn HO seramai tu...

Senang cerita, masa kat induksi tu nanti cuba tanya hospital mana kat M'sia ni kekurangan HO. Selalunya of course la kat Sabah and Sarawak. Hehehe... Lagi kurang HO lagi bagus in term of chances utk buat procedure2. Akak ingat lg masa 1st posting medical 2 bulan pertama dah buat peritoneal dialysis, IJC insertion, long line/short line insertion, chest tube insertion, intubation. By the end of my medical posting dapat anugerah 'queen of IJC insertion'. Hohoho... Second posting pulak ortho, MO bagi peluang buat tendon repair under supervision, refashioning (HO buat sendiri jerrr!), rays amputation, I&D, SSG pernah buat tp under supervision etc etc. Then 3rd posting O&G, dapat peluang buat C-Sec (elective) under MO supervision. Surgical posting dapat buat appendicectomy. A&E lagi lah banyak buat procedure (posting A&E memang superbbb!).

Skill2 ni sgt berguna bila adik2 tercampak kat district hosp nanti. So far akak tgk doktor2 yg buat HO-ship kat Sabah/Sarawak bila kena campak kat district diorang boleh survive! Hehehe... Bukan org cakap temberang lebih... Tapi melalui observation sepanjang jd MO kat district. Antara sebab adlh kurang pendedahan kat basic procedures or TAK PERNAH BUAT kot sepanjang jd HO. Yes, INTUBATION adlh BASIC procedure! 

So adik2, lepas ni kalau nak cari tempat nak buat HO-ship, carilah tpt yg kekurangan HO. Moh le kite ke Sabah/Sarawak. Ni cuma advise shj dr pengalaman akak. Boleh ambil, boleh juga ditolak. Best buat kat hospital2 yg kurang HO ni. Bertuah dpt buat byk procedures. Tiap2 hospital tu ada dia punya pros n cons. Terpulang pd adik2 utk menilainya.

Ok tu je nak bgtau... Semoga jadi bakal2 MO yg boleh buat BASIC PROCEDURES! Chaiyok2!

No comments:

Post a Comment