Monday, December 21, 2009

Nikmat Tuhanmu Yg Manakah Yg Kamu Dustakan?





Aku duduk dibirai katil seorang pesakit dibilik bernombor 6. Biarlah ku namakan pesakit ini sebagai M. Disisi M seorang lelaki yg umurnya barangkali mencecah angka 80 tapi ku lihat masih sihat walaupun pendengarannya kurang baik, dan juga seorang wanita (anak M) dlm umur 40an.

M seorang wanita berumur 79 tahun, berambut putih paras telinga, bertubuh kecil dan kurus. Wanita ini terbaring di atas katil, kelihatan murung, penat dan ada garis2 putus asa pada wajah tuanya. Sesekali ku lihat dia menitiskan air mata. Sebelum aku bertemu dgn wanita ini aku telah membaca referral letter daripada GPnya. Sedikit sebanyak aku mendapat idea penyebab kemurungannya itu.

"How are you my dear?" Tanyaku sebagai pembuka bicara pagi itu. Aku tahu jawapan kepada pertanyaan itu.

Dia memandangku dgn sorotan mata yg sayu. "Hopeless. I cried all day... everyday" Air mata gugur dari kelopak mata tuanya. Hatiku tersentuh mendengar ucapannya.

"I can't do anything with my dead leg! The other half of my body against me!" Sambungnya lagi. Anak perempuannya menyambung cerita ibunya yg tersekat2 dek esakan tangisannya itu. Dua tahun lepas wanita ini kena stroke. Bahagian kiri tubuhnya tidak mampu bergerak lagi (Left hemiparesis). Seolah2 bahagian kiri tubuhnya tidak lagi mahu mengikut kata tuannya. Seolah2 bahagian itu mati semenjak 2 tahun lepas. Selepas daripada itu, ibunya mengalami gejala kemurungan (depression) kerana ibunya tidak mampu lagi berjalan sendiri, tak mampu memasak utk suaminya yg tercinta, tidak dapat melukis dan handcrafting seperti sebelumnya. Hanya mengharapkan ihsan suami dan anaknya. Ke tandas sahaja perlukan bantuan. Hari berganti hari, gejala kemurungan ibunya semakin teruk. Sehingga tahap tidak mahu menjamah makanan lg.

"Is there anything else that I can help you, dear? Do you have any expectation from us?" Tanyaku sebelum mengakhiri consultation dengannya.

"If only the doctors can help me restore the function of my dead body... so that I can walk and... and..."

"She must be very tired", anak perempuannya membetulkan selimut ibunya.

Jawapan ibunya menyentakkan diriku. Aku merenung wanita itu tapi tak mampu untuk membalas katanya. Aku insaf dengan keadaan diriku yg masih boleh berbuat itu ini.

__________________________________________________________________________________

Keesokan harinya aku bertemu dengan wanita tua itu ingin tahu keadaannya juga merupakan sebahagian tugas ku. Wanita tua itu duduk di atas 'lazy boy'. Ku lihat dia seperti cacing kepanasan. Dia seperti tidak senang duduk.

"Hello dear. How are you today?" Aku bertanya. Ku lihat dia menangis, tp tangisan yg lain daripada semalam. Seperti tangisan menahan kesakitan.

"Owhh... this pain... it's like someone squeezing my big nerve. Sometimes it feels like someone stab me with a knife. It's very painful." Dia mengaduh sambil menggosok2 pahanya, kadang2 ku lihat dia mengetap bibirnya seperti menahan kesakitan yg teramat. Dia menceritakan bagaimana selepas stroke itu dia mengalami symptom sakit seluruh badan. Hatiku tersentuh melihatnya. Ku tahan diri agar menakung air mata jgn sampai empangan itu pecah di hadapan wanita ini.

Entah mengapa wanita itu mampu menyentuh hati ini. Wanita tua itu mendambakan nikmat yg telah hilang darinya. Dia memikirkan sedalam2nya hakikat kehilangan sebahagian dari tubuhnya.

Aku melihat diriku pada wanita tua ini. Beginikah jadinya aku bila nikmat sebahagian dr anggota tubuh di tarik oleh Allah? Bukankah semuanya pinjaman segala2nya. Allah berkuasa memberi dan berkuasa juga menariknya semula. Apa yg telah aku gunakan dengan tangan, kaki ku sebelum ini? Apakah aku telah menggunakan nikmat yg Allah pinjamkan ini ke jalan kebaikan atau ke jalan kemaksiatan? Aku takut aku tak menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap tanganku, kaki ku, mata ku, pendengaran ku, suara ku etc ke arah perkara yg baik dan halal. Sungguh, rupa2nya aku belum benar2 mensyukuri nikmat yg Allah berikan ini. Dan aku melihat wanita tua itu benar2 telah merasai kehilangan nikmat yg Allah berikan kepadanya... dia sedar betapa banyak lagi perkara yg ingin dilakukannya dengan kakinya itu dengan tangannya itu... dia mahu dikembalikan semula nikmat yg ditarik itu supaya dia dapat melakukan perkara2 yg diingininya dgn sepuas2nya (kalaulah dia tahu tarikh nya nikmatnya akan ditarik semula). Kalau dia punya harta sepenuh bumi mungkin akan ditukarnya dengan kaki dan tangan yg baru supaya dia dapat berjalan, memasak, melukis etc. Tp malangnya doktor pun tidak mampu untuk menghidupkan kembali nikmat yg ditarik itu...

Wanita tua itu membuatkan aku berfikir beberapa hari lamanya. Menginsafi keadaan diri ini. Firman Allah dalam surah Ar-Rahman bermain2 difikiranku... "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Sesungguhnya anggota badan kita akan menjadi saksi perbuatan yg kita lakukan di akhirat kelak. mungkinkah pada hari itu tangan kita, kaki kita, mata kita, rambut kita akan menjadi musuh kita?

"Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu." (Al-Infitar: 6-8)

Kalau hendak dihitung nikmat Allah nescaya takkan habis menghitungnya kerana sesungguhnya memang tak terhitung.  (Ibrahim: 32-34)

Semoga diri ini menunaikan amanah dan tanggungjawab nikmat2 yg Allah pinjamkan ini. Aku takut penyesalan yg tak sudah apabila suatu ketika secara tiba2 Allah ingin menarik semula nikmat yg diberikanNya kepada ku. Nikmat yg paling besar itu ialah nikmat Islam.

"...pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..." (Al-Maidah: 3)


Sunday, December 13, 2009

Selalu Memandang Ke Atas Sehingga Terlupa Nikmat Depan Mata




Kita selalu membandingkan diri kita dengan rakan2 kita yg lain. Selalunya yg dibanding bukan calang2. Selalunya yg dibanding adalah org yg lebih hebat dari diri kita dari segala serba serbi. Selalu nya lah kan! Selalu juga terjadi symptom of low self-esteem atau jealousy bila dah kerap membanding-banding. Kadang2 tu timbul juga symptom rasa sedih melampau dek disebabkan kerap membanding-banding ini. Penat sebenarnya hidup menbanding-bandingkan nikmat dengan org lain. Apa tak nya... sudah tercapai apa yg dibandingkannya, PASTI akan dibandingkan dengan org yg lebih hebat lagi. Penat hidup untuk membanding! Baca betul2... hidup untuk membanding bukan hidup untuk memberi


Bahaya sebenarnya symptoms sebegini. Bukannya apa... ditakuti lama-kelamaan akan membentuk satu syndrome baru yg tak pernah ada dlm kamus Medicine. Sindrom selalu-pandang-atas! Kalau Englishnya boleh ditranslatekan sebagai Desirous Syndrome atau Ambitious Syndrome. Sesiapa yg berminat boleh la kaji lebih mendalam ttg penyakit ni. Mana tau boleh dapat novel treatment utk penyakit ni. 


Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Org yg suka membanding-banding ni suka memandang ke atas dan selalu memandang ke atas. Kadang2 terfikir juga kenapa... mungkin disebabkn oleh penyakit torticollis* (wry neck) barangkali! Jgn lupa bertemu doctor untuk suntikan Botox!


*Torticollis is a condition in which the head is tilted toward one side (cervical flexion) and the chin is elevated and turned to the opposite side (cervical extension)


(Ghazwanie please cut the crap!) 


Tak salah memandang ke atas sbb memandang ke atas boleh memotivasikan si pemandang untuk bercita2 tinggi dan berjiwa besar. Tp terlalu kerap sehingga menimbulkan rasa kurang bersyukur atas kurniaan Allah, atas nikmat Allah di depan mata juga tidak baik utk kesihatan jasmani rohani. Mulalah hati bermonolog 'kenapa Allah tak pilih aku', 'kenapa bukan aku', 'kenapa Allah tak bg aku rezeki/nikmat seperti si polan bin si polan' etc. Seolah2 kita lebih mengetahui apa rezeki atau nikmat yg terbaik dan sepatutnya utk kita. Seolah2 kita terlupa hakikat dunia sebagai tempat musafir berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanannya ke kampung akhirat yg kekal abadi. Jangan jadi seperti kaum Yahudi yg tidak pandai bersyukur. Kisah mereka termaktub dlm Al-Quran surah al-Baqarah ayat 57 hingga 61. Allah menurunkan makanan terbaik dr syurga iaitu mann dan salwa. Tetapi mereka meminta makanan yg ditumbuhkan di bumi seperti sayur mayur, mentimun, bawang putih, kacang adas dan bawang merah. Dalam surah AL-Maidah ayat 64 juga Allah menceritakan sikap kaum Yahudi yg menuduh Allah itu kikir. Semoga kita tidak bersikap seperti sikapnya kaum yg dilaknat Allah ini. Naudzubillah...


Suka untuk mengingatkan diri ini yg rezeki itu Allah yg punya. Allah tak bg apa yg kita inginkan sebab didepan sana ada SURPRISE yg Allah dah sediakan utk kita. Surprise yg akan membuatkan kita surprised. Maka REDHA lah dgn ketentuan Allah, berSYUKURlah dengan kurnia dan rezeki yg diberiNya, dan berSABARlah utk digantikan dgn sesuatu yg lebih baik lagi. Percayalah setiap manusia sudah ditentukan rezekinya... setiap manusia telah ditentukan habuannya. Allah telah mengagihkan rezekiNya kepada setiap makhlukNya dengan menggunakan neraca keadilan yg tidak akan ada penzaliman berlaku. Maka janganlah berSEDIH HATI atas rezeki/nikmat yg bukan HAK kita.


Jangan segan memandang ke bawah mu. Bila kau pandang ke bawah, nescaya kau akan merasakan betapa bersyukurnya kau berada pada kedudukan mu. Kerana masih ramai lg yg tidak bernasib baik tapi hidup dlm penuh kesyukuran dan redha. Pasti kita akan merasa CUKUP (Qanaah) bila kita bandingkan diri kita dgn org yg berada di bawah kita. Lihatlah nikmat yg didepan mata... dan bersyukurlah. Jgn terlalu mengejar nikmat dunia sehingga terlupa mengucapkan syukur. Jgn terlalu mengejar nikmat dunia ditakuti akhirat jatuh berciciran. Ingatlah kita hanya MUSAFIR yg hanya singgah utk mengisi BEKALAN utk sampai ke DESTINASI AKHIRAT. Tak nak duduk berlama2an di tempat persinggahan takut terlewat sampai ke destinasi terakhir. Tak nak terlalu sarat membawa bekalan takut perjalanan ke sana menjadi perlahan. Cukuplah sekadarnya. Pandanglah ke atas mu seadanya dan pandanglah ke bawah mu seadanya juga. 


"Dan sekiranya ALLAH melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi DIA menurunkan dengan ukuran yang dia kehendaki. Sungguh, DIA Maha Teliti terhadap (keadaan) hamba-hambaNya, Maha Melihat." (As-Syura: 27)




Sunday, December 6, 2009

Petanda Anda Dilamun Cinta




1) Terjaga tengah malam kerana rindu

Sedang yang lain dibuai mimpi bertemankan hangatnya selimut yg menutupi tubuh, dia terjaga pada sebahagian malamnya kerana rindu yg tidak terhingga pada Kekasihnya. Padanya malamlah masa yg paling tepat utk bersunyi-sunyian disamping Kekasihnya. Padanya inilah masa yg terbaik utk menghampirkan diri kepada si Dia, merasakan kemesraan dan bermunajat kepada Nya. Orang yg sdg diamuk cinta selalu merindukan malam. Ditengah malam mereka berdiri, ruku', sujud, berzikir, bertasbih, beristighfar, berdoa dan menangis kerana takutkan dan rindukan Allah.

"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap, dan mereka menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (As-Sajdah: 16)


2) Hati gementar & bergetar

Orang yg mabuk cinta, bila disebut nama Kekasihnya... hatinya akan gementar. Bila ia teringatkan Kekasihnya hatinya bergetar sehingga ke urat sarafnya kerana rindu yg maha dahsyat. Rindu pada Nya membuat hati tenang dan rindu pada Nya juga membuat hati merana.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal." (Al-Anfal:02)

"Tidak ada yang bisa mengusir rasa syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi, selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana" -Ibnu Athaillah-


3) Tenteram hatinya

Sungguh, cinta itu amat sukar difahami. Cinta memabukkan... Sungguh, orang yg mabuk cinta amat sukar difahami. Rindu itu baginya suatu yang indah, rindu itu juga baginya suatu yang menyiksakan, menyesakkan nafas. Perasaan ini bercampur baur menjadi satu. Menjadi suatu ketenangan yg tidak akan didapati dari mana-mana rindu selain rindu pada Nya.

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

"Tidaklah duduk suatu kaum untuk berzikir kepada Allah, kecuali malaikat mengelilingi mereka, rahmat menyelubungi mereka, ketenangan turun kepada mereka, dan Allah menyebut mereka dikalangan malaikat yang ada di sisiNya" (HR Muslim)


4) Cemburu (Tapi aku juga mencinta dia yang mencintai Kekasihku!!!)

Setiap yang bercinta tak lepas dari perasaan cemburu. Tak cemburu? Bukan cinta namanya! Dia merasa cemburu disaat yang lain juga berlomba-lomba cuba untuk meraih cinta Nya. Dia akan berlomba-lomba dalam berbuat kebaikan dan meninggalkan perkara yg dibenci oleh Kekasihnya. Dia juga sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan amalnya bagi meraih kasihNya. Walau cemburu dgn mereka-mereka yg cuba utk merebut cinta Nya... namun dia juga mencintai mereka-mereka yg mencintai Kekasihnya. Doanya:

"Ya Allah, aku mohon kepadaMu cintaMu, mencintai orang yang mencintai diriMu, mencintai amalan yang boleh mencintaiMu. Ya Allah, jadikanlah aku mencintai diriMu lebih daripada diriku sendiri, ahli keluargaku dan air yg sejuk."

"... Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan. Di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuat atas segala sesuatu." (Al-Baqarah: 148)

"Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya." (Al-Mu'minun: 61)


5) Rindu

Hatinya penuh dengan cinta dan rindu. Cinta dan rindu pada Nya dan pada Rasul Nya. Cinta dan rindu pada bisikan kalam Nya. Cinta dan rindu pada syahid di jalanNya. Cinta dan rindu pada syurga yang dijanjikanNya. Cinta dan rindu pada pertemuan dengan Nya dan RasulNya.


6) Tidak lekang dari membaca surat cinta

Kalam Nya mendamaikan hati, mententeramkan jiwa, mengubat kerinduan. Padanya si pencinta mengenal sifat-sifat Kekasihnya yang melahirkan keinginan untuk mengaggungkan, membesarkan dan menyucikanNya. Pada kalam Nya terdapat khabar gembira syurga yg didambakan dan juga ancaman neraka yang ditakuti.

"Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya)" (Al-Jathiah: 20)


8) Bersyukur dalam senang dan susah

Bila dikurniakan nikmat dia bersyukur, bila dia diuji oleh Kekasihnya dia bersyukur sambil menghisab diri. Baginya dunia ini adalah senda gurau... dan akhirat itu destinasi cintanya.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau. Sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Al-An'am: 32)


9) Bibir tak lekang dari menyebut namanya

Hmm... orang yang bercinta sudah pasti banyak sekali mengingati Kekasihnya. Adakah sesuatu yang lebih membahagiakan selain dari mengingatiNya (zikrullah)? Lidahnya dan hatinya sering mengingatiNya. Semasa berdiri, duduk dan berbaring dia sering mengingatiNya. Tiada satu saat pun yang berlalu tanpa mengingatiNya.

"(iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang segala kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (Ali-Imran: 191)


10) ANYTHING FOR YOU...

"Katakanlah (Muhammad), 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam'..." (Al-An'am: 162)



p/s: Oh maaf! Sebenarnya No. 7 tidak ada dlm senarai di atas! Kamu baru perasan? Apakah kamu dilamun cinta? Tp pada siapa? Apakah pada yg Haq?


Sunday, November 29, 2009

Mujahadah Kasih


Wahai Kekasih ku,
Terasa lembut belaian sayang MU
Bersama kurnia sekalung hidayah
Tapi...
Adakalanya terasa berbahang kemurkaan MU
Seiring patahnya sayap mujahadah ku.


Kasih ku,
Langkah ku bagaikan mati
Mendaki cinta MU nan sayup tinggi
Namun,
KAU tahu cinta ku bukan palsu
Biarpun langkah ku ke sana sering terganggu.


Kasih ku,
Terlerai sudah ribuan taubat ku
Terungkai bersama ribuan janji-janji ku yang dulu
Kata ku sering mungkir
Walau ku tahu cinta MU tidak pernah meminggir...


Duhai Kasih ku,
Aku masih terus di sini
Mengemis di dermaga kasih MU yang pasti
Di sini aku masih mendamba kasih MU
Kerana ku yakin
Kasih MU tidak pernah sirna
Selama-lamanya...


Kasih ku,
Ku yakin cinta MU dekat walau tak bersentuhan
Dan jauhnya tak berjarak...



Wednesday, November 11, 2009

Sujud Syukurku Kepada MU

قُل لَّن يُصِيبَنَآ إِلَّا مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَٮٰنَا‌ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَڪَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (٥١)

Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. (At-Taubah: 51)

Exam final dah pun tamat... result dah pun ku terima. Sujud syukur ku pada Mu ya Ilahi atas nikmat kejayaan yg KAU anugerahkan kepada hamba Mu ini. Mengalir air mata ku kerana pemberian nikmat Mu yg tak pernah putus. Kerana janji2 Mu yg tertulis diatas lembaran2 suci menjadikan aku terus tabah, teguh dan berharap sepenuhnya kepada Mu yg Maha Kuasa. Tatkala putus asa datang menyapa, ku ingat pesan Mu... "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami". Dengan pesan Mu aku terus gagahkan diri untuk bangun kembali walaupun terasa payah... walaupun terasa sakit. Kerana aku pasti kegagalan tidak akan menimpa diri ini melainkan sememangnya telah tertulis di Lauh Mahfuz. Maka ketidakpastian itu membawa aku untuk terus mencuba dan berusaha. Dengan kepercayaan itu juga aku bertawakal.

Semoga segulung ijazah itu nanti menjadi penerus risalah di bumi tarbiyah ini. Amin...

Cuti masih berbaki beberapa hari sebelum bermulanya Trainee Intern yr. Masih busy seperti selalu walaupun Summer Break yg sekejap cuma.
Un"FREE"ing our free time!

Friday, November 6, 2009

Ukhuwwah & Domino Effect






Aku baru sahaja balik dari Club & Soc meraikan Farewell Tea utk mereka2 yg bakal balik ke tanah air for good. Terasa masa begitu mencemburui keakraban kita semua. Terharu, sedih, sayu juga mendengar ucapan2 kalian. Semoga kepulangan kalian ke tanah air menambah aset modal insan berkualiti. (Ahaks... skema pula ayat ni!)


Sungguh, kalian semua tidak dapat ku lupakan. Semoga ukhuwwah kita tidak berakhir di sini... semoga ukhuwwah kita tidak terbatas terpisahkan benua... semoga ukhuwwah kita fillah, kerana Allah mengikat hati2 kita... kerana Allah jualah kita dipertemukan... kerana takdir Allah jualah kita terpisah zahirnya. Semoga ukhuwwah yg terbina lillahi ta'ala... semoga ukhuwwah yg terbina ini bersandarkan Allah dan Islam semata2. Di atas jalan ini kita dipertemukan... dan di atas jalan ini kita berpisah. (sob3x) (!_!)


Pernah main domino tak? (Tetiba aje anticlimax! Soalan cepu emas neh) Teringat masa zaman muda remaja (sekarang ni pun remaja lagi!) suka sangat main this nerve-wracking-game ngan kawan2. Berdebar2 rasa kan... sikit je silap habis collapse the whole structure. Inilah yang dikatakan domino effect. Mari kita define sikit apa itu 'domino effect':


The domino effect is a chain reaction that occurs when a small change causes a similar change nearby, which then will cause another similar change, and so on in linear sequence. The term is best known as a mechanical effect, and is used as an analogy to a falling row of dominoes. It typically refers to a linked sequence of events where the time between successive events is relatively small. It can be used literally (an observed series of actual collisions) or metaphorically (complex systems such as global finance, or in politics, where linkage is only a hypothesis).
Sumber: Wikipedia (haa, jangan pula bila buat research guna Wiki as a reference!)


Bila difikirkan baik2... ukhuwwah ni samalah seperti domino tu sendiri. Before this ada juga org pernah umpamakan yg ukhuwwah tu ibarat tasbih, dan ada juga yg mengibaratkan seperti batu bata (asas bangunan)... banyak perumpamaan yg boleh dibuat. Domino... setiap 'tile' tu umpama kita individu Islam.The whole structure tu di ibaratkan seperti ummah. Maka apabila salah satu daripada tiles (individu) itu tidak stabil, maka ada potensi besar untuk the whole structure (ummah) akan collapse.


"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." (Al-Hujurat: 10)


Orang2 mukmin itu bersaudara... Saudara membawa maksud ikatan darah (ni mungkin menurut Dewan Bahasa dan Pustaka. Kalau salah harap tak de lah ahli Dewan Bahasa dan Pustaka nak cek!). Tapi menurut Islam, maksud saudara itu sangat besar sekali. Saudara membawa maksud sebarang ikatan berlandaskan akidah Islam. Tak kiralah dia India, Cina atau Melayu. Tak kiralah apa warna kulitnya... hitam manis, kuning langsat, mahogany, putih susu atau mocha. Tak kiralah bahasa Melayu, Manggeris, Urdu, etc. Semuanya bersaudara di atas landasan aqidah Islam.


"Dan diantara tanda2 (kebesaran) Nya ialah penciptaan langit dan bumi, perbedaan bahasamu dan warna kulitmu. Sungguh, pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi orang2 yang mengetahui." (Ar-Rum: 22)


So bagi menyelamatkan 'the whole structure' daripada collapse... marilah sama2 jaga perhubungan kita dgn rakan2 kita. Tersilap bicara, terkasar bahasa bersegeralah mohon kemaafan. Nasihat menasihati, ingat mengingati kepada kebenaran. Moga diri lebih kukuh dan stabil.


Memandang dari perspektif yang berbeza... kalau nak elakkan dr the whole structure tu ranap, maka boleh la kita jarakkan setiap tile tu. A few millimeters further away boleh elakkan the whole structure from collapse. Tak boleh juga! Bukankah Muslim itu bersaudara. Bila bersaudara maksudnya rapat! Kalau jauh camtu... bila saudara kita 'jatuh' (atau sakit atau susah) kita tak dapat sama2 merasa kesakitan saudara kita.


Daripada Nu'man bin Bashir ra: Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbandingan orang2 mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yang satu, apabila satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya."


So bagi merasai apa yg dlm sabda Rasulullah s.a.w maka kita orang2 mukmin yg bersaudara haruslah berdiri rapat seperti domino tu. Bila kita menjarakkan diri kita dari yg lain... kita tak rasa apa yg orang lain rasa. Kita buat hal kita sendiri. So the whole structure tak function properly.


"Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh2an (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang2 yg bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat2 keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya" (Al-Imran: 103)


Bila fikir balik definisi domino effect... "small change causes a similar change nearby, which then will cause another similar change, and so on in linear sequence". Kita juga boleh lihat dari sudut yg berbeza. Kalau setiap individu tu berusaha & istiqamah dlm menjadikan Islam itu sebagai cara hidupnya (tak kiralah perkataannya, tingkah lakunya, akhlaknya)... secara tidak langsung akan menarik individu2 yg berada berdekatan dengannya juga berperilaku sedemikian rupa. Begitulah seterusnya.

Akhir kata, marilah kita sama2 merapatkan diri antara satu dengan yang lain seperti domino. Hati2 jangan sampai goyah tak stabil... Hati2 jangan terlalu menjarakkan diri...

(Tiada kaitan dengan Domino) Semoga Ukhuwwah yg dibina diantara kita biarlah seperti seutas tasbih. Ada awal, tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNYa. Dibahagi untuk cintaNya. Diratib demi redha Nya.


Hati ini redha melepaskan kalian semua. Semoga tautan hati yg disulam kerana Allah membuahkan ikatan aqidah. Amin3X
Sayang kalian semua.



Thursday, November 5, 2009

Zuhudnya Seorang Hamba


Seorang tabi'in Sheikh Hassan Al Basri pernah ditanya:
"Apakah rahsia zuhud mu didunia ini wahai Sheikh?"

Jawab Sheikh Hassan Basri,
"Aku tahu rezeki ku tidak akan di ambil orang...

oleh itu hati ku selalu tenang.


Aku tahu 'amal ku tidak akan dikerjakan orang...

kerana itulah aku sibuk mengerjakan nya sendiri;


Aku tahu ALLAH Ta'ala sentiasa memerhatiku...

kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku dalam keadaan bermaksiat munkar.


Aku tahu kematian sedang menunggu ku...

kerana itulah aku berusaha keras menambah bekalan hari pertemuan ku dengan ALLAH".

Moga ALLAH menganugerah kepada kita sifat zuhud sebagaimana Sheikh Hassan Al Basri ini...

Insya Allah...

Ameen.

Monday, October 26, 2009

.::Kisah Nelayan Jepun & Ikan Jerung::.

p/s: gambar anatomy mulut shark tu tak betul... setahu aku shark mane ader uvula dan tonsils.


Saje nak berkongsi satu cerita menarik yg pernah ku dengar/baca mengenai nelayan Jepun dan ikan jerung. Bukan saja2 nak kongsi tp the morale of the story sangat menarik.

Mari Mengenal Org Jepun
Kalau nak tau... org2 Jepun sangat suka makan ikan yg fresh. Tapi laut berhampiran negara matahari terbit ni sebenarnya tak de la banyak sangat ikan. Mungkin ikan tak sempat membiak... asyik kene tangkap je kan! Habis diorang belasah... tak kira lah anak ikan ke atau atuk ikan. So nak dijadikan cerita... bagi memenuhi kehendak penduduk Jepun ni, nelayan2 kenelah pergi jauh ke tengah laut utk tangkap ikan. Ni kot yg dinamakan perikanan air dalam! Haha kene tanye org yg arif dlm perikanan. Huhu...

So bila nelayan2 ni menceburkan diri ke dalam perikanan air dalam... maka semakin lamalah perjalanan mereka utk membawa ikan2 'fresh' ni balik ke daratan. Ikan yg fresh pun boleh jadi busuk wooo! (Ye ke?) So problemnye skg Japanese do not like the taste of not-so-fresh fish!

Bagi menyelesaikan prob ni, nelayan2 ni pun install le freezers dlm boat diorang dgn harapan diorang dapat membekukan ikan2 fresh tu sebaik shj ditangkap. Diorang ingatkan boleh selesaikan masalah ni lah kan... Tebakan mereka salah! NB: Baca betul2! Tebakan! Bukan tembakan! Rupa2nya org2 Jepun ni mempunyai deria rasa yg sungguh supernatural. Diorang dapat bezakan ikan fresh ngan ikan frozen. Isk3... Setakat ni aku cuma boleh bezakan udang fresh ngan udah frozen ajer. Yer lah... Sabah kan kaya dgn seafoods, dah la murah!. Family aku sangatlah suka beli lobster, udang galah etc. Tak pernah aku makan udang frozen. Cuma bila kat New Zealand ni je 'terpaksa' makan udang frozen. Huhuhu...

Haa... dah tu... nelayan2 ni try pula install fish tanks dlm kapal laut dalam diorang. Baca betul2 ye... kapal laut dalam! Bukan kapal selam! Pandai betul nelayan2 Jepun ni... selepas tangkap ikan tu... ikan2 tu terus dimasukkan ke dalam tangki, hidup2! Well, they are not so clever... apa yg terjadi, ikan2 tu bila dah dok lama dalam tangki tu... diorang pun stop moving, look tired. Mungkin disebabkan mabuk laut kot! Yer la... selama ni diorang duduk dalam laut... tang ni diorang duduk atas kapal dalam tangki. Lain environment dia... Mungkin disebabkan temperature yg tak bersesuaian. Mungkin! Keterangan lanjut boleh tanya flatmate aku yg ambil course perikanan.

Yg penting ikan2 tu hidup laa dalam tangki tu sehingga sampai ke daratan. So nak percaya atau tidak... org2 Jepun ni masih boleh rasa perbezaan ikan fresh ngan ikan tak fresh. Mungkin disebabkan ikan2 tu tak bergerak2 selama beberapa hari... they had lost their fresh-fish taste. Org2 Jepun sukakan rasa ikan yg 'cergas'. Interesting, right? Stakat ni aku tak leh bezakan udang cergas dr udang tak cergas. Sbb tak tau diorang bersenam time bile. (Aku sendiri pun dah lama tak gi gym!) Huhuhu...

Haaaa... lepas tu nelayan2 ni came up with their brilliant idea. Bagi memastikan ikan2 tu sentiasa fresh dan cergas... diorang pun memasukkan anak JERUNG ke dalam tangki tu bersama ikan2 ni. Jerung tu memang makan a few fish... but most of the fish bila sampai ke darat, diorang masih 'fresh' dan cergas. Kenapa? Kerana diorang (ikan2 ini) nak tak nak kene lah berenang melarikan diri dari anak jerung tu. Kalau tak lari, kene 'ngap' la oleh jerung tu. Kesian gak ikan2 ni... banyak dugaan, ujian diorang... ingatkan manusia je yg diuji!

The morale of the story is... ujian2 dalam hidup kita ni boleh la diibaratkan seperti 'anak2 jerung'. Jerung2 ini memastikan hidup kita sentiasa vibrant, active... Allah turunkan ujian2 ini bagi mematangkan kita. Ujian2 ni menjadikan kita lebih competent. Kadang2 rasa tak termampu nak hadapi ujian2 dr Allah... mungkin disebabkan kurang 'vitamin'. Vitamin yg dpt memberikan stamina utk menghadapi ujian2 dr Allah. Mana nak dapat vitamin ni? Yg paling mujarab bukanlah yg berada di pharmacy... tp yg paling mujarab adalah Al-Quran.

Ok... masa utk sambung study! Dah habis masa rehat! Smoga bermanfaat. Hargailah jerung2 anda! Kerana jerung2 itulah yg menjadikan anda lebih tabah, sabar, matang, competent dlm hidup. Yg penting lebih cergas... (lepas ni tak yah g gym la... cukup ngan jerung2)

Sunday, October 25, 2009

Hanya Kepada-Mu Kami Bertawakal






Aku akhirnya meng'update' blog ni setelah sekian lama 'cuti'. Kalau ikutkan hati malas nak update... lg pun pada masa2 sebegini manalah aku punya masa utk meng'update' blog ni. Sekarang ni tgh cramming ngan study. Sekejap merantau rumah jiran kat bawah tu, esoknya ubah haluan ke library, lusa rasa nak study kat rumah sendiri, tulat... (remain mystery).

Teringat kedukaan seorang teman dalam studynya... masa critical camnilah banyak dugaan & ujian datang menyapa. Sememangnya ku fahami perasaannya. Ku cuba memberinya semangat utk terus berusaha disaat2 akhir ini. Aku cuma mampu memujuknya... kerana segalanya yg baik mahupun yg buruk yg menimpa kita sudahpun dlm perancangan Allah. Siapalah kita utk menolak ketentuanNya. Semoga dgn setiap ujian Mu Ya Allah... hati2 kami menjadi lebih dekat kepadaMu. Moga dgn setiap ujian2 Mu Ya Allah... kami menjadi hamba2 Mu yg bersyukur. Aku doakan kau saudaraku, moga hatimu tenang dlm menghadapi ujianNya... Ingatlah setiap usaha kita tak semestinya, tak selalunya seiring dengan kehendak hati. Kerana Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya. Ingatlah bersama kesulitan ada kemudah. Itu janji Allah...

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Al-Insyirah: 5-6)


Sebentar tadi... setelah otak tak mampu menerima input, aku membuka 'surat cinta' berwarna biru*. Masya Allah... hati ini terus rasa sejuk bila secara tak sengaja terbaca lembaran yg seakan memujuk hati yg tgh lara. Sungguh Ya Allah... al-Quran itu petunjuk & penenang hati. Sekadar ingin berkongsi dgn sahabat2 yg tgh bertarung study utk exam. Dan kepadamu saudaraku... semoga hatimu menjadi tenang dgn janji Nya.

"...Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai org2 yg bertawakal.
Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yg dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang2 mukmin bertawakal." (Al-Imran: 159-160).



Terima kasih Ya Allah atas nikmat sakinah ini. Semoga aku menjadi hamba Mu yg bertawakal. Semoga Allah membantu kita dlm perjuangan kita di atas kertas. Semoga 'kecintaan' kita kepada study tidak melebihi kecintaan kita kepada ALLAH. Amin...

Aku Ingin Mencintai Mu (EdCoustic)
Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mencintai-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU
ya Rabbi......

Wednesday, October 7, 2009

Pre-Exam Syndrome (PES)



Perkataan 'exam' itu semakin kerap ku dengar... sana sini manusia mempertuturkan perihal exam. Sungguh besar impact 'exam' ni dalam hidup seseorang pelajar. Mana taknyer... bermacam2 signs and symptoms sehingga membentuk satu syndrome!

Gejala tak cukup tidur (insomnia ni!), gejala tak lalu makan (anorexia), gejala mandi tak basah (ni mandi kerbau ke ape?), gejala mood tak betul (mood swing?), gejala duduk hours dpn buku (?motor retardation), gejala baca tp tak masuk/hadam (?poor concentration)... gejala2 ini atau symptoms2 ini selalunya disertai oleh rasa berdebar2 (palpitation... mungkin terlebih minum 'V' atau 'RedBull'), atau kadang kala disertai oleh excessive sweating... inilah dia 'pre-exam syndrome'...

Time bbrp minggu sblm exam2 cam ni lah kita mula menukar ke gear tinggi, menekan accelerator seboleh2nya utk catch up dgn study kita. Kadang2 sebab ni jugalah kita tanpa sedar telah menurunkan gear iman kita ke tahap rendah. Sekadar muhasabah diri, merefleksi diri dalam hari2 sebelum exam...

Patut lah hati rasa kurang tenang... rupa2nya graf iman menunjukkan tanda2 regression. Patutlah gundah gulana... rupa2nya hati jauh dari mengingatNya. Inilah ujian terbesar seorang pelajar... exam! Bila exam semakin dekat, kebusy-ian itu menyebabkan kita jauh dr membaca surat cinta-Nya. Lidah tidak sebasah selalu dengan alunan zikir. Solat yang dahulunya khusyuk jadi kurang khusyuk. Solat yang memang sedia tak khusyuk menjadi semakin tak khusyuk. Ahh... bahaya ni! Harus segera mencari penawarnya! Harus segera berjumpa pakar! Penawarnya hendaklah sentiasa ingat Allah... hanya dengan mengingat Nya hati akan tenang. Hati memberontak, tak tenang, gundah gulana kerana hati ingin kembali kepada fitrahnya.

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)
"(iaitu) orang2 yg beriman dan hati mereka menjadi tenteram dgn mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dgn mengingat Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ (٥٧)
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Yunus: 57)

Hmm... kadang2 bila dah baca berkali2 tak hadam2 juga... rasa hopeless, rasa putus asa, nak give up etc. Rase nak koyak2 je buku tu kan, rase nak gigit2 je text book tu kan... geram! Hehehe... pengalaman! Kadang2 boleh pusing!
قَالَ وَمَن يَقۡنَطُ مِن رَّحۡمَةِ رَبِّهِۦۤ إِلَّا ٱلضَّآلُّونَ (٥٦)
"Nabi Ibrahim berkata:
Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat." (Al-Hijr: 56)

قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ (٥٣)
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Az-Zumar: 53)

Berusaha selagi termampu, serahkan segala usaha utk penilaian Nya. Moga natijahnya bersesuaian dgn kehendak hati. Kalaupun bertentangan dgn kehendak hati, Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya.

قُل لَّن يُصِيبَنَآ إِلَّا مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَٮٰنَا‌ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَڪَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (٥١)
"Katakanlah (wahai Muhammad):
Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal." (At-Taubah: 51)

Selamat bermujahadah. Remain steadfast! Selamat study, selamat muhasabah diri... moga Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhirat.

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ (٤٥)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah: 45)

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٣)
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 153)


Wednesday, September 23, 2009

Lelaki Bermata Biru, Al-Quran & Oxford Handbook of Clinical Medicine

"Hey Wanie, can I ask u something?" Tanya Nick, lelaki bermata biru itu teragak-agak.

"Yes?" Balasku bernada kehairanan. Aku bermain teka teki di dlm hati... apa yg ingin ditanyakan lelaki bermata biru ini. Pertanyaannya bernada serius.

"You are Muslim right? I understand that in the Quran... all of you Muslims believe in Torah & Bible... so does it mean that you believe in Christianity, Judaism... Jesus Christ? If you believe in Torah & Bible, yet why do you still need Quran?" Soalnya berhati-hati. Aku mendengar dgn teliti. Setelah menyampaikan maksudnya, dia menoleh memandangku menginginkan penjelasan.

Aku tersenyum... tersenyum kerana soalan yg sama pernah diajukan kepadaku 3 atau 4 tahun lepas. Teringat dikala soalan itu ditanya kpdku oleh seorang doktor Kristian. Aku sedikit memberontak sebenarnya dengan soalan itu. Memberontak kerana aku tak dapat menjawab soalan itu dgn baik. Dan kali ini, soalan yg sama diajukan kepadaku... aku meluruskan niat, dalam hati memohon agar Allah merungkaikan simpulan yg mengikat lidah ini dan semoga bicara yg keluar dr mulut ini dipandu oleh Allah.

"I'm sorry if I asked you a sensitive question." Dia memandangku dgn rasa bersalah.

"No. It's not a sensitive question at all" Balasku dengan sedikit tergelak.

"Actually I'm trying to find a simple explanation so that you can understand." Aku menerangkan kepadanya.

Aku terpandang buku Oxford Handbook of Clinical Medicine yg dipegangnya... 7th edition. Kalau aku tak silap buku Oxford Handbook yg ku miliki adalah edisi ke 6. Aku mendapat idea...

"Hey Nick... if you were to choose between Oxford Handbook 7th edition or Oxford Handbook 6th edition... which one will you choose?" Dia memandangku dengan kehairanan. Mungkin sedikit bengang kerana soalannya tak terjawab lagi, tp aku pula gatal menanyakannya soalan yg tak berkaitan!

"Of course the latest edition" Katanya dengan yakin.

"But why 7th edition not 6th edition? Is it because of the front cover a bit different? Or is it because the latest edition is much more colorful compared to the 6th edition?" Tanyaku lagi yg mungkin menambah kebenganggannya.

"Not really! The reason I choose the latest edition because the contents are up to date... I mean the management guidelines outlined in the latest handbook are based on current best clinical practice." Panjang lebar dia menerangkan. Aku mendengarnya dgn khusyuk.

"Nick, I'm so sorry for asking you such stupid-out-of-topic-questions! But I think you just answered your own question about Torah, Bible and Quran." Aku memandangnya untuk melihat reaksinya. Tekaanku benar. Dahinya berkerut, keningnya hampir bertemu... barangkali berusaha untuk mengaitkan Oxford Handbook dengan Quran.

"Nick, all Muslims believe in Torah & Bible. We believe in the original teachings of the Torah & Bible. In fact, this belief represents one of the pillars of the faith. Quran is the final scripture sent down by Allah to the Prophet Muhammad. The reason is because the previous scriptures were exposed to manipulation and alteration." Aku berhenti memberi penjelasan dan memandangnya.

"So Nick, what would you do if you found errors in the Oxford Handbook? Do you still want to apply the error guidelines into your patient's management?" Tanyaku meredakan suasana yang agak serius. Nick hanya menggeleng kepala, barangkali malas mengeluarkan suara.

"Same with me. I won't put my patient at risk. I will seek the best guidelines for the management of my patient. Same goes to Quran. The contents are up to date and will always be. Allah preserved and guarded the Quran from being manipulated by human. This is His promise. Back to your question of why Quran is because Quran is the complete manual to guide us. It is the best guidelines for us. Why do I need to read the previous editions since I have the latest and finalized edition?" Aku berhenti lagi dan memandangnya. Dia mengangguk-anggukkan kepala.

"And your last question is about Jesus Christ... we the Muslims believe Jesus as a Prophet not as the son of God as what the Christian believes." Aku memberi penjelasan yg pendek kepadanya.

"I hope I answered your questions. Hey... I just made a simple comparison between Quran and Oxford Handbook so that it is easier for you to understand. Quran is superior to that Oxford Handbook. If Oxford Handbook is all about medicine... the Quran has everything from medicine/science to engineering, from economics to politics, you name it you'll find in the Quran!" Aku melihat dia tersenyum.

"Well, thanks mate. Simple yet comprehensive explanation. I have another question for you about polygamy..." Erkk... aduhhh banyak pula soalan mamat ni. Penat melayan soalan-soalan darinya.

Semoga segala kata-kata yg terucap dibimbing dan diilhamkan oleh Allah s.w.t. Sekadar berkongsi cerita. Bila ingat balik terasa lawak pun ada... May Allah guide him.

'Bukanlah kewajibanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki... (2: 272)'

'Sungguh, engkau (Muhammad) tdk dpt memberi petunjuk kpd org yg engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kpd org yg Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui org2 yg mau menerima petunjuk. (28: 56)'