Aku baru sahaja balik dari Club & Soc meraikan Farewell Tea utk mereka2 yg bakal balik ke tanah air for good. Terasa masa begitu mencemburui keakraban kita semua. Terharu, sedih, sayu juga mendengar ucapan2 kalian. Semoga kepulangan kalian ke tanah air menambah aset modal insan berkualiti. (Ahaks... skema pula ayat ni!)
Sungguh, kalian semua tidak dapat ku lupakan. Semoga ukhuwwah kita tidak berakhir di sini... semoga ukhuwwah kita tidak terbatas terpisahkan benua... semoga ukhuwwah kita fillah, kerana Allah mengikat hati2 kita... kerana Allah jualah kita dipertemukan... kerana takdir Allah jualah kita terpisah zahirnya. Semoga ukhuwwah yg terbina lillahi ta'ala... semoga ukhuwwah yg terbina ini bersandarkan Allah dan Islam semata2. Di atas jalan ini kita dipertemukan... dan di atas jalan ini kita berpisah. (sob3x) (!_!)
Pernah main domino tak? (Tetiba aje anticlimax! Soalan cepu emas neh) Teringat masa zaman muda remaja (sekarang ni pun remaja lagi!) suka sangat main this nerve-wracking-game ngan kawan2. Berdebar2 rasa kan... sikit je silap habis collapse the whole structure. Inilah yang dikatakan domino effect. Mari kita define sikit apa itu 'domino effect':
The domino effect is a chain reaction that occurs when a small change causes a similar change nearby, which then will cause another similar change, and so on in linear sequence. The term is best known as a mechanical effect, and is used as an analogy to a falling row of dominoes. It typically refers to a linked sequence of events where the time between successive events is relatively small. It can be used literally (an observed series of actual collisions) or metaphorically (complex systems such as global finance, or in politics, where linkage is only a hypothesis).
Sumber: Wikipedia (haa, jangan pula bila buat research guna Wiki as a reference!)
Bila difikirkan baik2... ukhuwwah ni samalah seperti domino tu sendiri. Before this ada juga org pernah umpamakan yg ukhuwwah tu ibarat tasbih, dan ada juga yg mengibaratkan seperti batu bata (asas bangunan)... banyak perumpamaan yg boleh dibuat. Domino... setiap 'tile' tu umpama kita individu Islam.The whole structure tu di ibaratkan seperti ummah. Maka apabila salah satu daripada tiles (individu) itu tidak stabil, maka ada potensi besar untuk the whole structure (ummah) akan collapse.
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." (Al-Hujurat: 10)
Orang2 mukmin itu bersaudara... Saudara membawa maksud ikatan darah (ni mungkin menurut Dewan Bahasa dan Pustaka. Kalau salah harap tak de lah ahli Dewan Bahasa dan Pustaka nak cek!). Tapi menurut Islam, maksud saudara itu sangat besar sekali. Saudara membawa maksud sebarang ikatan berlandaskan akidah Islam. Tak kiralah dia India, Cina atau Melayu. Tak kiralah apa warna kulitnya... hitam manis, kuning langsat, mahogany, putih susu atau mocha. Tak kiralah bahasa Melayu, Manggeris, Urdu, etc. Semuanya bersaudara di atas landasan aqidah Islam.
"Dan diantara tanda2 (kebesaran) Nya ialah penciptaan langit dan bumi, perbedaan bahasamu dan warna kulitmu. Sungguh, pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi orang2 yang mengetahui." (Ar-Rum: 22)
So bagi menyelamatkan 'the whole structure' daripada collapse... marilah sama2 jaga perhubungan kita dgn rakan2 kita. Tersilap bicara, terkasar bahasa bersegeralah mohon kemaafan. Nasihat menasihati, ingat mengingati kepada kebenaran. Moga diri lebih kukuh dan stabil.
Memandang dari perspektif yang berbeza... kalau nak elakkan dr the whole structure tu ranap, maka boleh la kita jarakkan setiap tile tu. A few millimeters further away boleh elakkan the whole structure from collapse. Tak boleh juga! Bukankah Muslim itu bersaudara. Bila bersaudara maksudnya rapat! Kalau jauh camtu... bila saudara kita 'jatuh' (atau sakit atau susah) kita tak dapat sama2 merasa kesakitan saudara kita.
Daripada Nu'man bin Bashir ra: Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbandingan orang2 mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yang satu, apabila satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya."
So bagi merasai apa yg dlm sabda Rasulullah s.a.w maka kita orang2 mukmin yg bersaudara haruslah berdiri rapat seperti domino tu. Bila kita menjarakkan diri kita dari yg lain... kita tak rasa apa yg orang lain rasa. Kita buat hal kita sendiri. So the whole structure tak function properly.
"Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh2an (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang2 yg bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat2 keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya" (Al-Imran: 103)
Bila fikir balik definisi domino effect... "small change causes a similar change nearby, which then will cause another similar change, and so on in linear sequence". Kita juga boleh lihat dari sudut yg berbeza. Kalau setiap individu tu berusaha & istiqamah dlm menjadikan Islam itu sebagai cara hidupnya (tak kiralah perkataannya, tingkah lakunya, akhlaknya)... secara tidak langsung akan menarik individu2 yg berada berdekatan dengannya juga berperilaku sedemikian rupa. Begitulah seterusnya.
Akhir kata, marilah kita sama2 merapatkan diri antara satu dengan yang lain seperti domino. Hati2 jangan sampai goyah tak stabil... Hati2 jangan terlalu menjarakkan diri...
(Tiada kaitan dengan Domino) Semoga Ukhuwwah yg dibina diantara kita biarlah seperti seutas tasbih. Ada awal, tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNYa. Dibahagi untuk cintaNya. Diratib demi redha Nya.
Hati ini redha melepaskan kalian semua. Semoga tautan hati yg disulam kerana Allah membuahkan ikatan aqidah. Amin3X
Sayang kalian semua.
Huhu...rela juga melepaskan, kerana bertemu pasti berpisah..tapi berpisah hanya pada zahirnya dan pada tempoh masa yg terlalu singkat kerana hakikatnya tautan tidak pernah terputus di hati, dan perpisahan pasti disatukan kembali...moga pertemuan abadi yang dinanti sama2 dikecapi tika melangkah ke gerbang indah syurgawi ^o^
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=L4hbv1iTeno&feature=related
ReplyDeleteni link psl dominos effect yg mantop~ eheh