Thursday, November 5, 2009

Zuhudnya Seorang Hamba


Seorang tabi'in Sheikh Hassan Al Basri pernah ditanya:
"Apakah rahsia zuhud mu didunia ini wahai Sheikh?"

Jawab Sheikh Hassan Basri,
"Aku tahu rezeki ku tidak akan di ambil orang...

oleh itu hati ku selalu tenang.


Aku tahu 'amal ku tidak akan dikerjakan orang...

kerana itulah aku sibuk mengerjakan nya sendiri;


Aku tahu ALLAH Ta'ala sentiasa memerhatiku...

kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku dalam keadaan bermaksiat munkar.


Aku tahu kematian sedang menunggu ku...

kerana itulah aku berusaha keras menambah bekalan hari pertemuan ku dengan ALLAH".

Moga ALLAH menganugerah kepada kita sifat zuhud sebagaimana Sheikh Hassan Al Basri ini...

Insya Allah...

Ameen.

No comments:

Post a Comment