قُل لَّن يُصِيبَنَآ إِلَّا مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَٮٰنَاۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَڪَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (٥١)
Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. (At-Taubah: 51)
Exam final dah pun tamat... result dah pun ku terima. Sujud syukur ku pada Mu ya Ilahi atas nikmat kejayaan yg KAU anugerahkan kepada hamba Mu ini. Mengalir air mata ku kerana pemberian nikmat Mu yg tak pernah putus. Kerana janji2 Mu yg tertulis diatas lembaran2 suci menjadikan aku terus tabah, teguh dan berharap sepenuhnya kepada Mu yg Maha Kuasa. Tatkala putus asa datang menyapa, ku ingat pesan Mu... "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami". Dengan pesan Mu aku terus gagahkan diri untuk bangun kembali walaupun terasa payah... walaupun terasa sakit. Kerana aku pasti kegagalan tidak akan menimpa diri ini melainkan sememangnya telah tertulis di Lauh Mahfuz. Maka ketidakpastian itu membawa aku untuk terus mencuba dan berusaha. Dengan kepercayaan itu juga aku bertawakal.
Semoga segulung ijazah itu nanti menjadi penerus risalah di bumi tarbiyah ini. Amin...
Cuti masih berbaki beberapa hari sebelum bermulanya Trainee Intern yr. Masih busy seperti selalu walaupun Summer Break yg sekejap cuma.
Un"FREE"ing our free time!
Salam..selalunya kegagalan itu lebih mengajar kita erti sebuah kejayaan, menjadikan kita lebih menghargai nikmatNya.. ;)
ReplyDeleteMabruk kak ghazwanie~
Moga Allah sentiasa membuka mata hati kita utk menyingkap hikmah di sebalik setiap ketentuanNya.. ;)
Mabruk yg ukhti...kejayaan itu bukan diukur pada nilaian manusia semata2, tetapi lebih utama di sisi Allahlah kejayaan yang lebih utama dan bermakna bila kita mampu menghadapi cubaannya dan lepas dengan kenaikan tingkatan iman juga pertambahan kesabaran di dada. Moga tarbiyah dari Allah ini mematangkan ukhti dan menguatkan lagi langkah di jalan yang penghujungnya pasti, namun tidak terlihat di mata ^o^
ReplyDelete