Monday, October 26, 2009

.::Kisah Nelayan Jepun & Ikan Jerung::.

p/s: gambar anatomy mulut shark tu tak betul... setahu aku shark mane ader uvula dan tonsils.


Saje nak berkongsi satu cerita menarik yg pernah ku dengar/baca mengenai nelayan Jepun dan ikan jerung. Bukan saja2 nak kongsi tp the morale of the story sangat menarik.

Mari Mengenal Org Jepun
Kalau nak tau... org2 Jepun sangat suka makan ikan yg fresh. Tapi laut berhampiran negara matahari terbit ni sebenarnya tak de la banyak sangat ikan. Mungkin ikan tak sempat membiak... asyik kene tangkap je kan! Habis diorang belasah... tak kira lah anak ikan ke atau atuk ikan. So nak dijadikan cerita... bagi memenuhi kehendak penduduk Jepun ni, nelayan2 kenelah pergi jauh ke tengah laut utk tangkap ikan. Ni kot yg dinamakan perikanan air dalam! Haha kene tanye org yg arif dlm perikanan. Huhu...

So bila nelayan2 ni menceburkan diri ke dalam perikanan air dalam... maka semakin lamalah perjalanan mereka utk membawa ikan2 'fresh' ni balik ke daratan. Ikan yg fresh pun boleh jadi busuk wooo! (Ye ke?) So problemnye skg Japanese do not like the taste of not-so-fresh fish!

Bagi menyelesaikan prob ni, nelayan2 ni pun install le freezers dlm boat diorang dgn harapan diorang dapat membekukan ikan2 fresh tu sebaik shj ditangkap. Diorang ingatkan boleh selesaikan masalah ni lah kan... Tebakan mereka salah! NB: Baca betul2! Tebakan! Bukan tembakan! Rupa2nya org2 Jepun ni mempunyai deria rasa yg sungguh supernatural. Diorang dapat bezakan ikan fresh ngan ikan frozen. Isk3... Setakat ni aku cuma boleh bezakan udang fresh ngan udah frozen ajer. Yer lah... Sabah kan kaya dgn seafoods, dah la murah!. Family aku sangatlah suka beli lobster, udang galah etc. Tak pernah aku makan udang frozen. Cuma bila kat New Zealand ni je 'terpaksa' makan udang frozen. Huhuhu...

Haa... dah tu... nelayan2 ni try pula install fish tanks dlm kapal laut dalam diorang. Baca betul2 ye... kapal laut dalam! Bukan kapal selam! Pandai betul nelayan2 Jepun ni... selepas tangkap ikan tu... ikan2 tu terus dimasukkan ke dalam tangki, hidup2! Well, they are not so clever... apa yg terjadi, ikan2 tu bila dah dok lama dalam tangki tu... diorang pun stop moving, look tired. Mungkin disebabkan mabuk laut kot! Yer la... selama ni diorang duduk dalam laut... tang ni diorang duduk atas kapal dalam tangki. Lain environment dia... Mungkin disebabkan temperature yg tak bersesuaian. Mungkin! Keterangan lanjut boleh tanya flatmate aku yg ambil course perikanan.

Yg penting ikan2 tu hidup laa dalam tangki tu sehingga sampai ke daratan. So nak percaya atau tidak... org2 Jepun ni masih boleh rasa perbezaan ikan fresh ngan ikan tak fresh. Mungkin disebabkan ikan2 tu tak bergerak2 selama beberapa hari... they had lost their fresh-fish taste. Org2 Jepun sukakan rasa ikan yg 'cergas'. Interesting, right? Stakat ni aku tak leh bezakan udang cergas dr udang tak cergas. Sbb tak tau diorang bersenam time bile. (Aku sendiri pun dah lama tak gi gym!) Huhuhu...

Haaaa... lepas tu nelayan2 ni came up with their brilliant idea. Bagi memastikan ikan2 tu sentiasa fresh dan cergas... diorang pun memasukkan anak JERUNG ke dalam tangki tu bersama ikan2 ni. Jerung tu memang makan a few fish... but most of the fish bila sampai ke darat, diorang masih 'fresh' dan cergas. Kenapa? Kerana diorang (ikan2 ini) nak tak nak kene lah berenang melarikan diri dari anak jerung tu. Kalau tak lari, kene 'ngap' la oleh jerung tu. Kesian gak ikan2 ni... banyak dugaan, ujian diorang... ingatkan manusia je yg diuji!

The morale of the story is... ujian2 dalam hidup kita ni boleh la diibaratkan seperti 'anak2 jerung'. Jerung2 ini memastikan hidup kita sentiasa vibrant, active... Allah turunkan ujian2 ini bagi mematangkan kita. Ujian2 ni menjadikan kita lebih competent. Kadang2 rasa tak termampu nak hadapi ujian2 dr Allah... mungkin disebabkan kurang 'vitamin'. Vitamin yg dpt memberikan stamina utk menghadapi ujian2 dr Allah. Mana nak dapat vitamin ni? Yg paling mujarab bukanlah yg berada di pharmacy... tp yg paling mujarab adalah Al-Quran.

Ok... masa utk sambung study! Dah habis masa rehat! Smoga bermanfaat. Hargailah jerung2 anda! Kerana jerung2 itulah yg menjadikan anda lebih tabah, sabar, matang, competent dlm hidup. Yg penting lebih cergas... (lepas ni tak yah g gym la... cukup ngan jerung2)

6 comments:

  1. Ujian, org selalu associate kan dgn kehilangan, kemiskinan, kekurangan etc. Ramai yg leka, tak sedar bila diujji dgn kesenangan, kemudahan etc. :( Ada cadangan bagaimana nak lalui ujian begini? Jzkk (^_^)

    ReplyDelete
  2. Hmmm... betul tu UM!. Ujian2 kesenangan, kesihatan, kemudahan, kepandaian etc. Semua ujian tu dr Allah.
    "Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, "Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku." Sebenarnya ,itu adalah ujian, tetapi kebanyakkan mereka tidak mengetahui." (Az-Zumar: 49)

    Ayat lain... (Al-Hadid: 20)

    Bila Allah turunkan atau anugerahkan kesenangan... bersyukurlah.

    "Dan (ingatlah)ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka pasti azab Ku sangat berat." (Ibrahim: 07)

    Wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  3. salam.. rasanye xde kot term perikanan "air dalam". bunyinya agak pelik. "laut dalam" mungkin. sebab nelayan terbahagi kepada tiga. nelayan sungai, pantai dan laut dalam. So does perikanan rsnye.. perikanan = aktiviti menangkap @ membela ikan @ apa2 la yg berkaitan dgn ikan. anyway, nice story. original ke plagiat?

    ReplyDelete
  4. haha nice one~ analogi menarik! cume, kite kne bljr hadapi jerung2 la ek? instead of lari dr jerung? hurm, cube melihat dr perspektif berbeza.. =P

    cume x phm bbrape istilah: tebakan tu ape? n ikan fresh leh jd 'buntu'?
    adeh, bahase sabah ke hape ni? hihi.

    sy tidak bersetuju dgn ayat last! haha. mane buleh x beriadhah! tp kalo bayangkan jerung ade kt blakang, then lari dr jerung tu xpe gak. hoheh~ xpe kak, x yah gi gym, lari dr jerung dlm bilik sudah. or.. berenang atas katil.. heee..

    all d best utk xm, k.ghazwanie!

    ReplyDelete
  5. asmoham: erkk... memang penggunaan bahasa agak teruk ye. Kuikuikui... harap tak de ahli dewan bahasa dan pustaka nak cek lah ye! original ke plagiat? Rasanya cerita fasal ikan jerung n nelayan ni pernah terbaca atau terdengar sumwhere, tak ingat sangat la... tp kalau real story kene tanya org Jepun la betul ke tidak!

    padi hijau: haaa... tebakan tu bahasa Melayu la. Tak pun bahasa Indon! Kuikuikui... tebakan as if jangkaan! buntu tu bukan bahasa Sabah laaa... bahasa Melayu! Hmmm lepas exam may b leh kembali ke gym atau main basketball. Lama gak tak pegang bola tu. Rindu rasa... mari kita gemparkan Unipol!

    ReplyDelete
  6. https://kokonatsutrrrrrrrrrrrrr.blogspot.co.id/2017/12/7-prospek-pekerjaan-lulusan-sastra.html
    https://kokonatsutrrrrrrrrrrrrr.blogspot.co.id/2017/12/selain-cabai-3-makanan-super-pedas-ini.html

    Taipan Indonesia | Taipan Asia | Bandar Taipan | BandarQ Online
    SITUS JUDI KARTU ONLINE EKSKLUSIF UNTUK PARA BOS-BOS
    Kami tantang para bos semua yang suka bermain kartu
    dengan kemungkinan menang sangat besar.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    Cukup Dengan 1 user ID sudah bisa bermain 7 Games.
    • AduQ
    • BandarQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • FaceBook : @TaipanQQinfo
    • WA :+62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    Come & Join Us!!

    ReplyDelete