Sunday, December 6, 2009

Petanda Anda Dilamun Cinta




1) Terjaga tengah malam kerana rindu

Sedang yang lain dibuai mimpi bertemankan hangatnya selimut yg menutupi tubuh, dia terjaga pada sebahagian malamnya kerana rindu yg tidak terhingga pada Kekasihnya. Padanya malamlah masa yg paling tepat utk bersunyi-sunyian disamping Kekasihnya. Padanya inilah masa yg terbaik utk menghampirkan diri kepada si Dia, merasakan kemesraan dan bermunajat kepada Nya. Orang yg sdg diamuk cinta selalu merindukan malam. Ditengah malam mereka berdiri, ruku', sujud, berzikir, bertasbih, beristighfar, berdoa dan menangis kerana takutkan dan rindukan Allah.

"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap, dan mereka menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (As-Sajdah: 16)


2) Hati gementar & bergetar

Orang yg mabuk cinta, bila disebut nama Kekasihnya... hatinya akan gementar. Bila ia teringatkan Kekasihnya hatinya bergetar sehingga ke urat sarafnya kerana rindu yg maha dahsyat. Rindu pada Nya membuat hati tenang dan rindu pada Nya juga membuat hati merana.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal." (Al-Anfal:02)

"Tidak ada yang bisa mengusir rasa syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi, selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana" -Ibnu Athaillah-


3) Tenteram hatinya

Sungguh, cinta itu amat sukar difahami. Cinta memabukkan... Sungguh, orang yg mabuk cinta amat sukar difahami. Rindu itu baginya suatu yang indah, rindu itu juga baginya suatu yang menyiksakan, menyesakkan nafas. Perasaan ini bercampur baur menjadi satu. Menjadi suatu ketenangan yg tidak akan didapati dari mana-mana rindu selain rindu pada Nya.

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

"Tidaklah duduk suatu kaum untuk berzikir kepada Allah, kecuali malaikat mengelilingi mereka, rahmat menyelubungi mereka, ketenangan turun kepada mereka, dan Allah menyebut mereka dikalangan malaikat yang ada di sisiNya" (HR Muslim)


4) Cemburu (Tapi aku juga mencinta dia yang mencintai Kekasihku!!!)

Setiap yang bercinta tak lepas dari perasaan cemburu. Tak cemburu? Bukan cinta namanya! Dia merasa cemburu disaat yang lain juga berlomba-lomba cuba untuk meraih cinta Nya. Dia akan berlomba-lomba dalam berbuat kebaikan dan meninggalkan perkara yg dibenci oleh Kekasihnya. Dia juga sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan amalnya bagi meraih kasihNya. Walau cemburu dgn mereka-mereka yg cuba utk merebut cinta Nya... namun dia juga mencintai mereka-mereka yg mencintai Kekasihnya. Doanya:

"Ya Allah, aku mohon kepadaMu cintaMu, mencintai orang yang mencintai diriMu, mencintai amalan yang boleh mencintaiMu. Ya Allah, jadikanlah aku mencintai diriMu lebih daripada diriku sendiri, ahli keluargaku dan air yg sejuk."

"... Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan. Di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuat atas segala sesuatu." (Al-Baqarah: 148)

"Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya." (Al-Mu'minun: 61)


5) Rindu

Hatinya penuh dengan cinta dan rindu. Cinta dan rindu pada Nya dan pada Rasul Nya. Cinta dan rindu pada bisikan kalam Nya. Cinta dan rindu pada syahid di jalanNya. Cinta dan rindu pada syurga yang dijanjikanNya. Cinta dan rindu pada pertemuan dengan Nya dan RasulNya.


6) Tidak lekang dari membaca surat cinta

Kalam Nya mendamaikan hati, mententeramkan jiwa, mengubat kerinduan. Padanya si pencinta mengenal sifat-sifat Kekasihnya yang melahirkan keinginan untuk mengaggungkan, membesarkan dan menyucikanNya. Pada kalam Nya terdapat khabar gembira syurga yg didambakan dan juga ancaman neraka yang ditakuti.

"Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya)" (Al-Jathiah: 20)


8) Bersyukur dalam senang dan susah

Bila dikurniakan nikmat dia bersyukur, bila dia diuji oleh Kekasihnya dia bersyukur sambil menghisab diri. Baginya dunia ini adalah senda gurau... dan akhirat itu destinasi cintanya.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau. Sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Al-An'am: 32)


9) Bibir tak lekang dari menyebut namanya

Hmm... orang yang bercinta sudah pasti banyak sekali mengingati Kekasihnya. Adakah sesuatu yang lebih membahagiakan selain dari mengingatiNya (zikrullah)? Lidahnya dan hatinya sering mengingatiNya. Semasa berdiri, duduk dan berbaring dia sering mengingatiNya. Tiada satu saat pun yang berlalu tanpa mengingatiNya.

"(iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang segala kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (Ali-Imran: 191)


10) ANYTHING FOR YOU...

"Katakanlah (Muhammad), 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam'..." (Al-An'am: 162)



p/s: Oh maaf! Sebenarnya No. 7 tidak ada dlm senarai di atas! Kamu baru perasan? Apakah kamu dilamun cinta? Tp pada siapa? Apakah pada yg Haq?


2 comments:

  1. Salam. Eiii mak cik! Ko ni bler nak kawen ekk? Tuh la... aku offer abang aku yg ensem tu ko tolak! Aihhh... tolak tuah la ko ne. Ko balik Sabah jgn tak kontek aku weii! Aku jumpa mak ko hr tu kat KK! Mak ko kata ko balik Jun lepas kan! Sampai hati tak btau aku!

    p/s: oh BTW aku nak kawen Jan depan. Ko bleh balik tak?

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam. Hehe... bkn aku xnak bgtau ko aku blk Sabah tp aku lupa nak bgtau. Oo ko jumpa mak aku kat KK ek (bile tu? Setahu aku mak aku kat Pahang dah 2 minggu dah!)Aku tlk offer ko sbb aku tamau husband yg ensem takut dikebas org! (Boleh tak ko terima rationalisation aku?)Ko neh nak kawen pun mase aku tak leh balik Sabah. Nyway aku ucapkn slamat menempuh alam perkahwinan. Moga ko jd isteri solehah! Ahaks... Miss U Cek Pah! (Sob3x)

    ReplyDelete