Sakitnya hati bila orang yang ditunggu2 tdk kunjung tiba. Lebih setengah jam diri ini menanti kehadirannya. Janjinya tepat jam 11 pagi. Seperti biasa kerana ingin mengelak dilabel sbg orang yg tidak menepati masa, aku selalu memastikan bahawa aku tiba lebih awal dr waktu yang dijanjikan. Begitulah aku... masa amat berharga bagi diriku. Aku pantang sekali manusia yang berjanji sekian-sekian masa tp kelewatan. Selalunya aku boleh bersabar. Tapi tidak kali ini... sabarku berada dipenghujung. Mana tidaknya lebih 3o minit menunggu, tp kelibat bayangnya pun tak kelihatan.
Aku memujuk diri agar beristighfar. Aku memujuk hati utk tidak buruk sangka. Siapa tahu ada sesuatu yg tak mampu dia elakkan. Tp entah mengapa hati memprotes. Syaitan amat pandai memainkan peranan tatkala hati dikuasai amarah. Semakin menyala pula api amarah tatkala aku cuba utk memadamkannya.
Aku cuba untuk menghubunginya lewat telefon, tp tak berjawab. Kesabaranku sampai kepenghujung. Dengan rasa sebal aku angkat kaki meninggalkan tpt pertemuan. Benarlah kata orang penantian itu suatu penyeksaan.
Aku bermonolog dengan hatiku sepanjang langkah kaki ku menuju ke rumah. 'Inikah balasan yg patut aku terima sedangkan aku tak pernah lewat bila berjanji?'. 'Kenapa aku seorang yang ON TIME bila berjanji, tp pihak lain tak?' Bermacam2 persoalan bermain dalam benakku. Aku berfikir, aku cuba mengingat samada aku pernah membiarkan org tertunggu2 akan aku atau tidak... rasanya kalau ada pun a few minutes late je.
Tiba2 azan di laptopku berbunyi menandakan masuknya waktu solat zuhur. Takku sangka setelah sampai ke rumah pun aku masih memikirkan perihal tadi. Ku lihat jam di laptop ku menunjukkan jam 12.45 p.m. Oh awal lagi... getus hatiku. Kejap lagi la solat... nak isi perut dulu. Dah isi perut... flatmate pula meluahkan rasa. Terpaksa aku mendengar. Ku lihat jam di dapur... oh baru jam 1.15 p.m. Dari sesi luahan rasa bertukar menjadi sesi kaunseling.

Sesi kaunseling dari kaunselor tak bertauliah tamat tepat jam 2 p.m. Aku langsung meminta diri utk solat. Sebelum solat aku sempat mengerling jam laptopku... 2.15 p.m. Sejam setengah setelah panggilan azan Zuhur. Aku kelewatan selama sejam setengah setelah panggilan utk mengaggungkan Allah. Aku kelewatan sejam setengah janji temu ku dengan Allah. Ya Allah... ampuni aku atas kelalaianku. Ya Allah... aku marah apabila janjiku tak ditepati... tp aku lupa janjiku padaMu yg tak aku penuhi. Ya Allah... ampuni keangkuhan hambaMu ini... Ya Allah... aku malu atas keangkuhanku pada tepatnya masa bila berjanji dengan manusia. Padahal pertemuan2 dengan Mu selalu aku kelewatan. Ya Allah... sungguh malu aku ya Allah. Sungguh Ya Allah... Peristiwa tadi menyedarkan aku betapa aku mementingkan janji pertemuan dgn manusia berbanding pertemuanku dengan Mu. Begitu lembut sekali cara Mu menegur kesilapanku. Kau jadikan peristiwa tadi sebagai cara untuk menegur kelalaian ku. Jangan Ya Allah Kau hukum aku atas kelalaian ku ini... Semoga teguran ini tanda kasih sayang Mu ya Allah.
Sabda Nabi s.a.w.: “Jika Allah mengkehendaki sesuatu kebaikan pada hambaNya, maka DIA akan menyegerakan cubaan di alam dunia ini” (HR Al Tirmidzi)
Betul tu..baru ku terfikir hakikat masa..huhu..Astaghfirullah byk hak2 yg maish belum tertunai ;(
ReplyDeletejazzakillah kak irwanie..pengisian dan perkongsian yg bermanfaat..mengingtkan pd diri ini juge, yg kadang kala terleka..Astaghfirullah..
ReplyDelete~zinnirah~