Thursday, August 20, 2009

Berapakah NILAI Kasih Sayang Kita?


Tergerak pula hati ini untuk menulis artikel mengenai kasih dan sayang. Tergeraknya hati ini bukanlah disebabkan oleh dorongan perasaan kejiwangan tapi mungkin terdorong oleh perasaan kasih dan sayang itu sendiri. Bukannya apa... tapi secara tak sedar ramai kita menilai kasih sayang itu umpama nilai mata wang! Nilainya akan berubah mengikut tempat dan masa. Contohnya NZD 1 kalau convert ke matawang Ringgit boleh dapat RM 2.30. Itu pun exchange rate untuk 3 bulan lepas. Dua tahun lepas NZD 1 boleh dapat RM 2.70... banyak tu. Begitulah nilai mata wang... lain tempat dan masa lainlah nilainya.


So apa kaitan dengan kasih sayang pula? Nak bagi satu situasi untuk sama2 kita renungkan...

"Pada suatu hari M pergi membeli belah kat SOGO. M tertarik dengan satu baju kemeja... dilihatnya harga baju kemeja itu hampir mencecah RM 150. Tapi disebabkan cantiknya baju itu dan terasa hensem pula bila mengenakan baju itu... maka M pun terpikat lalu membeli baju itu tanpa berfikir dua kali. Sesudah M selesai membayar baju kemejanya, M pun keluar dari pusat membeli belah itu dan bertujuan untuk balik terus ke rumah. Semasa M hendak melepasi pintu keluar SOGO, M didekati oleh seorang pemuda yang membawa balang 'AMAN PALESTIN'. Disebabkan segan, maka M pun mengorek duit didalam walletnya utk disumbangkan. Tapi malangnya yg ada cumalah sehelai duit kertas RM 100 sahaja. M merasa berat untuk menghulurkan wang kertas sehelai tu kerana dia baru menghabiskan RM 150 utk sehelai baju kemeja." END of story! Tak tau lah M bagi ke tak RM 100. Huhuhu...

So nampak tak kaitannya? Mungkin situasi ni pernah berlaku kat anda juga... cuma mungkin situasinya sedikit berbeza. RM 150 untuk sehelai baju kemeja berjenama hebat bagi kita tiada apa2 nilainya. Bagi kita terlalu murah RM 150 tu untuk sehelai baju berjenama hebat seperti Pierre Cardin. Tapi lain situasinya apabila wakil sesuatu badan datang untuk meminta sumbangan daripada kita... jangan kata RM 150, RM 50 pun masih takut2 atau berkira2 untuk dihulurkan. RM 50 tu jadi suatu nilai yang amat besar. Amat besar nilainya sehingga tuan punya duit boleh rasa papa kedana dengan menyumbangkan RM 50 kpd orang yg memerlukan. Nilai kasih sayang kita kepada baju kemeja berjenama Pierre Cardin lebih tinggi dari nilai kasih sayang kita terhadap saudara kita di Palestin mungkin. RM 50? Mungkin kurang dari itu? RM 10? Atau kurang lagi?

"Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebahagian dari rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat. Orang-orang kafir itulah orang yang zalim." (Al-Baqarah: 254)

"(yaitu) orang yang berinfaq, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan," (Ali Imran: 134)

"Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)" (Hud: 6)

"... Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan" (Al-Baqarah: 212)

Sama2lah kita muhasabah diri. Nilailah semula 'nilai kasih sayang' kita... kerana nilai kasih sayang Allah tiada batasnya. Janganlah terlalu memberi nilai keatas wang mahupun harta kita kerana Allah tak pernah sekali pun memberi 'nilai' pada rezeki yg diberikanNya kepada setiap makhluk ciptaanNya. Segala rezeki adalah dariNya jua. Buat pelajar2 yg mendapat biasiswa... ingatlah... duit yang anda gunakan untuk membeli sesuap nasi untuk mengalas perut, membeli pakaian untuk menutup aurat anda, membeli buku untuk menambah ilmu anda dan segala2nya yg anda gunakan dengan elaun itu... ingatlah yang ianya datang dari seorang pemungut sampah di jalanan, seorang pencuci tandas, seorang penoreh getah sehinggalah setinggi2 pekerjaan - doktor, businessman, jurutera etc. Ya, elaun yang kita dapat merupakan hasil titik peluh dari semiskin-miskin rakyat sehinggalah sekaya-kaya rakyat di Malaysia. Tunaikanlah hak2 mereka...

Moga ini bukan sekadar luahan rasa di alam maya... Moga dapat diterjemahkan kedalam perbuatan. Moga ianya menjadi manifestasi ajaran Rasulullah yang kita bawa... Amin3x

1 comment:

  1. Pernah mengalami situasi di atas..kdg2 sgt2 berkira nk masukkan duit ke tabug derma tapi tidak berkira2 pula utk bershopping dll.huhu..kenapakah begitu??

    -masih berusaha menjadi seorg yg pemuarah-

    ReplyDelete