Tuesday, August 18, 2009

Mind Hacks


Pernah tak terlintas difikiran mengenai orang yg educated tp perangainya amatlah buruk atau educated person yg boleh jadi serial killer etc? Bukankah org2 seperti ini... maksud sy 'educated' ni boleh membezakan baik dan buruk suatu perkara?

Pernah dgr tak mengenai subliminal message atau subliminal processing? Dan pernah dengar tak mengenai conscious dan subconscious minds? Mungkin bagi medical students, or those who take anatomy course or neuro course may have heard about this. Subliminal processing, conscious mind and subconscious mind memainkan peranan penting dlm membentuk atau mengawal minda seseorg.

Pernah tak berlaku kpd diri anda, yg mana anda melakukan sesuatu diluar kawalan anda (tak kisahlah samada percakapan, perbuatan etc). Sy bagi satu situasi... yang mana berlaku pada diri ini sebentar tadi. Ketika sy memasak di dapur, tiba2 sy menyanyi satu lagu yg sy sendiri hairan, bila masa sy terhafal lagu tu dan bila masa pula sy tersuka lagu tu. Lagu tu kalau tak silap sy lagu yg sy dengar mungkin 7 atau 10 thn lepas. Seingat sy, tak pernah pula sy menyukai lagu tu dan seingat sy tak pernah pula cuba utk m'hafal lagu tersebut. Ini cumalah satu contoh simple...

Mari kita lihat maksud2 term yg sy gunakan kat atas:

Subliminal message:
a signal or message embedded in another medium, designed to pass below the normal limits of the human mind's perception. These messages are unrecognizable by the conscious mind, but in certain situations can affect the subconscious mind and can negatively or positively influence subsequent later thoughts, behaviors, actions, attitudes, belief systems and value systems. The term subliminal means "beneath a limen" (sensory threshold). This is from the Latin words sub, meaning under, and limen, meaning threshold. (sumber Wikipedia)

Otak pula terbahagi kepada 2 bahagian - right hemisphere dan left hemisphere. Seseorang yg menggunakan tangan kanan untuk menulis dikatakan mempunyai otak kiri yg dominan dan sebaliknya. Otak kiri mengawal bahagian tubuh sebelah kanan, dan otak kanan mengawal tubuh sebelah kiri. Otak dominan iaitu otak kiri dikaitkan dgn conscious mind , manakala otak kanan dikaitkan dgn subconscious mind.

Conscious mind involves logical, reasoning, intellectual thinking, associated w/ waking state, moves parts of ur body voluntarily, aware of the 'now', deliberate, verbal (inc. self-talk), analytical, problem solving...

Subconscious mind in the other hand involves the opposite of what conscious mind can do. For example, intuitive, perceiving & feeling, dreaming inc. day dreaming, reflecting, meditating, sleeping state, moves parts of ur body involuntarily, holds memories and future constructs, automatic, non-verbal (feeling), literal, experimental learnings...

So apa kaitan dgn subliminal message? Penting kerana terlalu banyak hiburan pada hari ini yg menggunakan subliminal message contoh nya adalah penggunaan backmasking songs. Sbb lagu2 camni boleh merosakkan cara kita berfikir dan mempengaruhi perbuatan kita. Sebab apa perkara ni berlaku... sebab minda sedar kita (conscious mind) menterjemah maksud lagu dalam forward version of the song sebab sifat minda sedar kita iaitu logical, make sense. Tp pada masa yang sama, minda separa sedar (subconscious mind) menangkap maksud2 yg tak ditangkap oleh minda sedar kita. Dan info ini disimpan didalam otak kita tanpa kita sedar. Perlu kita ingat, negative2 info ni bukan sahaja sekadar disimpan tp bakal diterjemahkan kedalam bentuk perasaan, perbuatan kita tanpa kita sedar. Itulah peranan minda separa sedar melakukan sesuatu tanpa kita sedari.





Di atas cumalah sebahagian sahaja daripada contoh2 subliminal message in songs. But subliminal message can be either in the form of visual or audio.
Saya sendiri merasa takut dengan apa yang sy lihat dan dengar tanpa disedari. Gerun pun ada.

Kalau perasan... student slalu kalau study kene dgr sesuatu esp lagu2. Siapa kata kita tak boleh multi-tasking. Ramai yg mempersoalkan boleh ke masuk kalau pada masa yg sama dgr lagu? Realitinya, tanpa kita sedari kita sebenarnya buat banyak kerja dlm satu masa. Walaupun kita tak dgr lagu masa tgh study... minda separa sedar kita tetap juga aktif mengumpul data dari sekeliling kita tanpa kita sedari. So saya kira tak ada salahnya mendengar lagu masa tgh study. Tapi lagu yg macam mana yg menjadi persoalannya? Kalau maksud lagu negatives, minda separa sedar kita akan menyimpannya sebagai negative dan akan mempengaruhi emosi kita. Apabila lagu yg kita dengar lebih kepada unsur ketuhanan, cinta kpd Allah maka minda separa sedar kita akan menerimanya sebagai suatu yg positive yg akhirnya mempengaruhi emosi kita menjadi lebih stabil. Maka, apabila anda jenis yg mendengar lagu dimasa study, carilah lagu2 nasyid atau alunan ayat2 Quraan.

p/s: sy sendiri tak ingat mengenai hukum memasang alunan Quran dikala study! Kerana sy pernah terbaca dibolehkan. Boleh rujuk sendiri...



Sama juga keadaannya apabila kita tidur... conscious mind kita tgh tidur... tapi minda separa sedar kita takkan pernah tidur. Maka kenapa kita tak gunakan peluang ni untuk membentuk diri kita menggunakan masa tidur ini? Boleh pasang alunan ayat2 Quran ketika tidur, alunan2 zikir... kerana ini semua dapat membentuk minda separa sedar kita untuk menerima yg positive sahaja iaitu kembali kepada fitrahnya menyukai yg baik2 belaka. Mari kita utilize semaksimum mungkin kebolehan otak kita.

Islam sendiri dah lama menggunakan subliminal processing ni. Contohnya dalam solat kita... kenapa perlu baca Al-Fatihah setiap rakaat... minda separa sedar kita tahu bahawa surah ni merupakan surah penghambaan kepada Allah. Allah nak tanamkan rasa penghambaan itu dalam diri hamba2Nya. Sama juga dgn gerakan sujud yang bersimbolikkan penghambaan. Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat2 arahan atau tegahan atau suruhan dari Allah yang diulang2... tujuannya juga sama. Kenapa Islam menggalakkan si ibu ketika mengandung banyakkan membaca al-Quran... sbbnya kita boleh membentuk peribadi si kecil itu sejak dari kandungan dgn menggunakan subconscious mindnya.


Mari sama2 kita menggunakan anugerah Allah ini dengan baik... Gambar tentang iceberg theory tu selalu je dibentangkan semasa sesi motivasi. Tp baru sekarang saya faham! Oh tidakkk... betapa ruginya tak menggunakan 90% lagi kebolehan minda kita! Mari sama2 kita gunakan kerana Allah tak jadikannya sia2.

“Mereka berkata: Jika kami mendengar dan berfikir nescaya kami tidak akan tergolong bersama ahli neraka”
(Surah al-Mulk, ayat 10)

“Mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan tidur serta berfikir pada kejadian langit dan bumi (lalu berkata) Tuhan kami sesungguhnya Engkau tidak jadikan semua ini sebagai satu kebatilan, maha suci Engkau. Maka lindungilah kami daripada azab neraka” (Surah al-Imran, ayat 190)

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, perubahan malam dan siang serta kapal yang belayar di lautan membawa perkara yang memberi faedah kepada manusia, dan apa yang diturunkan Allah SWT dari langit dari air lalu dihidupkan dengannya bumi yang gersang dan menyebarkan padanya setiap kehidupan, melalukan angin dan awan yang ditundukkan di antara langit dan bumi, itu semua merupakan tanda (kekuasaan Allah SWT) bagi mereka yang berfikir.” (Surah al-Baqarah, ayat 164)

No comments:

Post a Comment