Monday, October 26, 2009

.::Kisah Nelayan Jepun & Ikan Jerung::.

p/s: gambar anatomy mulut shark tu tak betul... setahu aku shark mane ader uvula dan tonsils.


Saje nak berkongsi satu cerita menarik yg pernah ku dengar/baca mengenai nelayan Jepun dan ikan jerung. Bukan saja2 nak kongsi tp the morale of the story sangat menarik.

Mari Mengenal Org Jepun
Kalau nak tau... org2 Jepun sangat suka makan ikan yg fresh. Tapi laut berhampiran negara matahari terbit ni sebenarnya tak de la banyak sangat ikan. Mungkin ikan tak sempat membiak... asyik kene tangkap je kan! Habis diorang belasah... tak kira lah anak ikan ke atau atuk ikan. So nak dijadikan cerita... bagi memenuhi kehendak penduduk Jepun ni, nelayan2 kenelah pergi jauh ke tengah laut utk tangkap ikan. Ni kot yg dinamakan perikanan air dalam! Haha kene tanye org yg arif dlm perikanan. Huhu...

So bila nelayan2 ni menceburkan diri ke dalam perikanan air dalam... maka semakin lamalah perjalanan mereka utk membawa ikan2 'fresh' ni balik ke daratan. Ikan yg fresh pun boleh jadi busuk wooo! (Ye ke?) So problemnye skg Japanese do not like the taste of not-so-fresh fish!

Bagi menyelesaikan prob ni, nelayan2 ni pun install le freezers dlm boat diorang dgn harapan diorang dapat membekukan ikan2 fresh tu sebaik shj ditangkap. Diorang ingatkan boleh selesaikan masalah ni lah kan... Tebakan mereka salah! NB: Baca betul2! Tebakan! Bukan tembakan! Rupa2nya org2 Jepun ni mempunyai deria rasa yg sungguh supernatural. Diorang dapat bezakan ikan fresh ngan ikan frozen. Isk3... Setakat ni aku cuma boleh bezakan udang fresh ngan udah frozen ajer. Yer lah... Sabah kan kaya dgn seafoods, dah la murah!. Family aku sangatlah suka beli lobster, udang galah etc. Tak pernah aku makan udang frozen. Cuma bila kat New Zealand ni je 'terpaksa' makan udang frozen. Huhuhu...

Haa... dah tu... nelayan2 ni try pula install fish tanks dlm kapal laut dalam diorang. Baca betul2 ye... kapal laut dalam! Bukan kapal selam! Pandai betul nelayan2 Jepun ni... selepas tangkap ikan tu... ikan2 tu terus dimasukkan ke dalam tangki, hidup2! Well, they are not so clever... apa yg terjadi, ikan2 tu bila dah dok lama dalam tangki tu... diorang pun stop moving, look tired. Mungkin disebabkan mabuk laut kot! Yer la... selama ni diorang duduk dalam laut... tang ni diorang duduk atas kapal dalam tangki. Lain environment dia... Mungkin disebabkan temperature yg tak bersesuaian. Mungkin! Keterangan lanjut boleh tanya flatmate aku yg ambil course perikanan.

Yg penting ikan2 tu hidup laa dalam tangki tu sehingga sampai ke daratan. So nak percaya atau tidak... org2 Jepun ni masih boleh rasa perbezaan ikan fresh ngan ikan tak fresh. Mungkin disebabkan ikan2 tu tak bergerak2 selama beberapa hari... they had lost their fresh-fish taste. Org2 Jepun sukakan rasa ikan yg 'cergas'. Interesting, right? Stakat ni aku tak leh bezakan udang cergas dr udang tak cergas. Sbb tak tau diorang bersenam time bile. (Aku sendiri pun dah lama tak gi gym!) Huhuhu...

Haaaa... lepas tu nelayan2 ni came up with their brilliant idea. Bagi memastikan ikan2 tu sentiasa fresh dan cergas... diorang pun memasukkan anak JERUNG ke dalam tangki tu bersama ikan2 ni. Jerung tu memang makan a few fish... but most of the fish bila sampai ke darat, diorang masih 'fresh' dan cergas. Kenapa? Kerana diorang (ikan2 ini) nak tak nak kene lah berenang melarikan diri dari anak jerung tu. Kalau tak lari, kene 'ngap' la oleh jerung tu. Kesian gak ikan2 ni... banyak dugaan, ujian diorang... ingatkan manusia je yg diuji!

The morale of the story is... ujian2 dalam hidup kita ni boleh la diibaratkan seperti 'anak2 jerung'. Jerung2 ini memastikan hidup kita sentiasa vibrant, active... Allah turunkan ujian2 ini bagi mematangkan kita. Ujian2 ni menjadikan kita lebih competent. Kadang2 rasa tak termampu nak hadapi ujian2 dr Allah... mungkin disebabkan kurang 'vitamin'. Vitamin yg dpt memberikan stamina utk menghadapi ujian2 dr Allah. Mana nak dapat vitamin ni? Yg paling mujarab bukanlah yg berada di pharmacy... tp yg paling mujarab adalah Al-Quran.

Ok... masa utk sambung study! Dah habis masa rehat! Smoga bermanfaat. Hargailah jerung2 anda! Kerana jerung2 itulah yg menjadikan anda lebih tabah, sabar, matang, competent dlm hidup. Yg penting lebih cergas... (lepas ni tak yah g gym la... cukup ngan jerung2)

Sunday, October 25, 2009

Hanya Kepada-Mu Kami Bertawakal






Aku akhirnya meng'update' blog ni setelah sekian lama 'cuti'. Kalau ikutkan hati malas nak update... lg pun pada masa2 sebegini manalah aku punya masa utk meng'update' blog ni. Sekarang ni tgh cramming ngan study. Sekejap merantau rumah jiran kat bawah tu, esoknya ubah haluan ke library, lusa rasa nak study kat rumah sendiri, tulat... (remain mystery).

Teringat kedukaan seorang teman dalam studynya... masa critical camnilah banyak dugaan & ujian datang menyapa. Sememangnya ku fahami perasaannya. Ku cuba memberinya semangat utk terus berusaha disaat2 akhir ini. Aku cuma mampu memujuknya... kerana segalanya yg baik mahupun yg buruk yg menimpa kita sudahpun dlm perancangan Allah. Siapalah kita utk menolak ketentuanNya. Semoga dgn setiap ujian Mu Ya Allah... hati2 kami menjadi lebih dekat kepadaMu. Moga dgn setiap ujian2 Mu Ya Allah... kami menjadi hamba2 Mu yg bersyukur. Aku doakan kau saudaraku, moga hatimu tenang dlm menghadapi ujianNya... Ingatlah setiap usaha kita tak semestinya, tak selalunya seiring dengan kehendak hati. Kerana Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya. Ingatlah bersama kesulitan ada kemudah. Itu janji Allah...

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Al-Insyirah: 5-6)


Sebentar tadi... setelah otak tak mampu menerima input, aku membuka 'surat cinta' berwarna biru*. Masya Allah... hati ini terus rasa sejuk bila secara tak sengaja terbaca lembaran yg seakan memujuk hati yg tgh lara. Sungguh Ya Allah... al-Quran itu petunjuk & penenang hati. Sekadar ingin berkongsi dgn sahabat2 yg tgh bertarung study utk exam. Dan kepadamu saudaraku... semoga hatimu menjadi tenang dgn janji Nya.

"...Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai org2 yg bertawakal.
Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yg dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang2 mukmin bertawakal." (Al-Imran: 159-160).



Terima kasih Ya Allah atas nikmat sakinah ini. Semoga aku menjadi hamba Mu yg bertawakal. Semoga Allah membantu kita dlm perjuangan kita di atas kertas. Semoga 'kecintaan' kita kepada study tidak melebihi kecintaan kita kepada ALLAH. Amin...

Aku Ingin Mencintai Mu (EdCoustic)
Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mencintai-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU
ya Rabbi......

Wednesday, October 7, 2009

Pre-Exam Syndrome (PES)



Perkataan 'exam' itu semakin kerap ku dengar... sana sini manusia mempertuturkan perihal exam. Sungguh besar impact 'exam' ni dalam hidup seseorang pelajar. Mana taknyer... bermacam2 signs and symptoms sehingga membentuk satu syndrome!

Gejala tak cukup tidur (insomnia ni!), gejala tak lalu makan (anorexia), gejala mandi tak basah (ni mandi kerbau ke ape?), gejala mood tak betul (mood swing?), gejala duduk hours dpn buku (?motor retardation), gejala baca tp tak masuk/hadam (?poor concentration)... gejala2 ini atau symptoms2 ini selalunya disertai oleh rasa berdebar2 (palpitation... mungkin terlebih minum 'V' atau 'RedBull'), atau kadang kala disertai oleh excessive sweating... inilah dia 'pre-exam syndrome'...

Time bbrp minggu sblm exam2 cam ni lah kita mula menukar ke gear tinggi, menekan accelerator seboleh2nya utk catch up dgn study kita. Kadang2 sebab ni jugalah kita tanpa sedar telah menurunkan gear iman kita ke tahap rendah. Sekadar muhasabah diri, merefleksi diri dalam hari2 sebelum exam...

Patut lah hati rasa kurang tenang... rupa2nya graf iman menunjukkan tanda2 regression. Patutlah gundah gulana... rupa2nya hati jauh dari mengingatNya. Inilah ujian terbesar seorang pelajar... exam! Bila exam semakin dekat, kebusy-ian itu menyebabkan kita jauh dr membaca surat cinta-Nya. Lidah tidak sebasah selalu dengan alunan zikir. Solat yang dahulunya khusyuk jadi kurang khusyuk. Solat yang memang sedia tak khusyuk menjadi semakin tak khusyuk. Ahh... bahaya ni! Harus segera mencari penawarnya! Harus segera berjumpa pakar! Penawarnya hendaklah sentiasa ingat Allah... hanya dengan mengingat Nya hati akan tenang. Hati memberontak, tak tenang, gundah gulana kerana hati ingin kembali kepada fitrahnya.

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)
"(iaitu) orang2 yg beriman dan hati mereka menjadi tenteram dgn mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dgn mengingat Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ (٥٧)
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Yunus: 57)

Hmm... kadang2 bila dah baca berkali2 tak hadam2 juga... rasa hopeless, rasa putus asa, nak give up etc. Rase nak koyak2 je buku tu kan, rase nak gigit2 je text book tu kan... geram! Hehehe... pengalaman! Kadang2 boleh pusing!
قَالَ وَمَن يَقۡنَطُ مِن رَّحۡمَةِ رَبِّهِۦۤ إِلَّا ٱلضَّآلُّونَ (٥٦)
"Nabi Ibrahim berkata:
Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat." (Al-Hijr: 56)

قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ (٥٣)
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Az-Zumar: 53)

Berusaha selagi termampu, serahkan segala usaha utk penilaian Nya. Moga natijahnya bersesuaian dgn kehendak hati. Kalaupun bertentangan dgn kehendak hati, Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya.

قُل لَّن يُصِيبَنَآ إِلَّا مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَٮٰنَا‌ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَڪَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (٥١)
"Katakanlah (wahai Muhammad):
Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal." (At-Taubah: 51)

Selamat bermujahadah. Remain steadfast! Selamat study, selamat muhasabah diri... moga Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhirat.

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ (٤٥)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah: 45)

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٣)
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 153)