Usai solat isyak... hati tergerak utk meninjau Yahoo Messenger. Ramai rupanya online mlm ni ye. Mataku tertarik melihat status berwarna biru seorang hamba Allah... 'Peristiwa Subuh'. Entah kenapa hati tertarik utk membacanya. Semenjak kesibukan yg begitu menghimpit 'rutin' aku jadi malas utk mengunjungi blog2 seperti yg selalu aku lakukan. Ku baca entry 'Peristiwa Subuh' tu sampai nokhtah terakhir. Aku terkesima, aku duduk sejenak utk berfikir... Berapa banyak ibadah seharian yg kita lakukan ber'salad'kan Bid'ah. Seingat aku sebelum aku kenal tarbiyah, terlalu banyak ibadahku yg bercampur bid'ah. Tasbih, zikir beramai2 adalah sebahagian sahaja.Ya Allah mohon ampunan aku dari sesuatu yg aku tak ketahui dan dari kesalahan yg tak sengaja aku lakukan disebabkn oleh kebodohan/kelalaian ku.
Setelah aku selesai membaca entry 'Peristiwa Subuh'... ada satu perkara yg begitu menggangguku. Aku berfikir dan bertanya diri ini... bertanya iman ini... ke mana perginya rasa penghambaan itu? Persoalan yg hanya diri ini saja yg tahu... terjawab sudah setelah bertalu2 aku mengetuk pintu penghambaan itu. Jawapannya baru sebentar tadi... jawapannya ada pada solat Isyak ku sebentar tadi. Tak perasan pula surah apakah yg aku baca tadi dalam solatku. Tak perasan pula dah 4 rakaat, dah bagi salam. Uppsss... Bilamana aku me'rutin'kan amal dan ibadah ku... maka hilanglah kemanisan beribadah. Hilanglah rasa penghambaan itu dari setiap ibadah yg aku lakukan. Jawapan ini adalah jawapan bg entry 'Peristiwa Subuh' juga.

Rutin oh rutin... bangun pagi gosok gigi cuci muka dan mandi. Makan roti, minum susu la la la pergi sekolah. (Ohooo I can't remember most of it... it also has "tukar baju" too right?). Dari bangun tidur sehinggalah masuk tidur semuanya rutin. Begitulah kehidupan kita yg telah di'rutin'kan. Solat, baca Quraan, baca Ma'thurat, Zikir pun telah di'rutin'kan. Tiba2 je selepas salam solat Subuh 'automatic' je bibir mengalunkan zikir ma'thurat. Mula2 perlahan zikirnya tiba2 kelajuannya seperti mengejar keretapi. Bak kata hamba Allah yg menulis entry 'Peristiwa Subuh'... kita faham ke maksud bila kita lafazkn zikir tu, betulkah sebutan zikir kita etc. Inilah jadinya bila kita me'rutin'kan ibadah. Ini cuma sebahagian dr contoh. Telah beberapa kali diri ini mengingatkan diri sendiri utk lebih berhati2 agar sesuatu amal tak berlalu tanpa pahala. Lebih berhati2 agar tak me'rutin'kan setiap perkara dalam 'rutin' harian. Rugi rasa hidup ini apabila setiap amal yg dilakukan adalah sia2... tak membuahkan pahala.
Patutlah perkara yg Islam tekankan adalah Niat sbb niat adlh asas kpd amal utk diterima Allah atau tdk...
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya.
Setiap amalan disandarkan pada niat. Hatta 'rutin' harian sekali pun, bila diniatkn krn utk mendapat redha Allah... tak sia2 'rutin' kita, insya Allah ada pahalanya. Aku makan sebab apa eh? Jawapan biasa... 'aku lapar', 'nampak sedap', 'rase nak makan', 'malu la perut bunyi' etc. Seterusnya boleh pula tukar kpd 'supaya nanti senang nak beribadah kpd Allah, tak de la rasa lapar'. Niat krn Allah dulu baru niat sampingan. Sekecil2 perbuatan kalau kita buat dlm keadaan sedar dan hanya mengharapkn redha Allah, insya Allah sebesar zarah pun amal itu akan mengundang redha Allah dan dapat ganjaran pahala. Nampak mcm senang, simple je nak buat... tp selalu terlepas pandang disebabkan oleh 'rutin'. Mungkin sbb tu Islam selalu menggalakkan muhasabah diri. ISLAM itu satu CARA HIDUP. Apakah ada istilah 'rutin' dalam kamus seorang Islam? Tepuk dada tanya iman...
"Katakanlah (Muhammad): Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan sekalian alam" (Al-An'am: 162)
"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaku dan jgnlah kamu ingkar kepadaKu" (Al-Baqarah: 152)
Muhasabah diri sambil berkongsi memberi peringatan... Opsss, sbb ape aku tulis entry ni ye? Jeng jeng jeng... :D

ana sgt suka artikel ini,..shbt,ana hrp ukhti xksh n ana hrp ukhti mahu memaafkan ana..sbb ana dah copy coz nk tlg ukhti mnybrkan artikel2 ukhti ni kpd shbt2 ana yg xpna bca,coz shbt2 ana sgt suka mmbca artikel2 sprt ni,jd ana share dgn shbt2 ana,hrp ukhti xksh ye..syukran atas mnulis artikel sprt ini..=)
ReplyDeleteOh silakan. Tiada copyright dalam menyebarkan dakwah. Ana suka je bila artikel ni dapat memberi manfaat kepada org lain juga. JazakAllah Khair atas penyebarannya!
ReplyDelete