Soalan: Bolehkah practice suturing guna kulit khinzir/babi (selalunya terjadi kat overseas students)? Apakah wajib samak jika tersentuh dalam proses suturing practice tu?
(Pernah ada satu kes di mana pelajar Islam di salah sebuah university di overseas tak nak join suturing practice atas alasan tak boleh pegang babi...)
Jawapan:
Dlm hal ini ulama2 feqah mempunyai pandangan2 yg berbeza. Bagi mazhab Syafie, daging khinzir haram dimakan, dan apabila tersentuh khinzir hendaklah menyucikannya dengan samak iaitu 7 kali basuhan air dan salah satu daripadanya adalah beserta dengan tanah. Imam Syafie menqiyaskan khinzir dengan hadis Nabi s.a.w:
"Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali." (Sahih Bukhari, hadis nombor 173)
Tetapi Imam Malik menolak qiyas ni kerana tiada dalil yg menyebutkan tentang khinzir melainkan ianya haram di makan. Najis yg disebutkan di sini adalah dagingnya. Kedua2 ayat al-Quran di bawah menekankan yg haram adalah memakan daging babi.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan keapadaku, sesuatu yg diharamkan bagi orang yg hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; kerana sesungguhnya ianya adalah najis." (al-An'am: 145)
"Diharamkan keatas kamu bangkai, darah dan daging babi" (Al-Maidah: 3)
"Dari Abu Tasa'labah al-Khusyani katanya, Saya berkata, "Hai Nabi ALlah! Saya tinggal didaerah ahlul kitab, bolehkah saya makan dengan mempergunakan piring mereka? Saya tinggal di daerah pemburuan, di mana saya berburu dengan mempergunakan panah, seekor anjing yg tidak terlatih untuk berburu dan seekor anjing lagi terlatih. Manakah yg lebih baik untuk saya?"
Rasul berkata, "Mengenai apa yg engkau sebutkan tentang Ahlul Kitab, seandainay kamu dapat memperolehi piring lain, janganlah makan dipiring Ahlul kitab itu. Tetapi kalau tidak ada yg lain, cuci terlebih dahulu dan makanlah disana............" (HR Bukhari dan Muslim)
Abi Tsa’labah al-Khusyaini radhiallahu ‘anh berkata, saya bertanya epada Rasulullah S.A.W.: “Sesungguhnya kami bertetangga dengan Ahl al-Kitab. Mereka biasa memasak daging khinzir di dalam periuk mereka dan meminum khamar di dalam gelas mereka (lalu bolehkah kami menggunakan periuk dan gelas mereka?)”. Rasulullah S.A.W. menjawab : “Jika kalian dapat menggunakan perkakas yang lain maka makan dan minumlah di dalamnya. Jika kalian tidak dapat perkakas yang lain, maka cucilah ia dengan air kemudian makan dan minumlah.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud – Hadis no. 3839 (Kitab pemakanan, Bab makan dalam perkakas Ahl-al-Kitab)
Ulama feqh sepakat tentang pengharaman makan daging babi, tetapi masih tidak sependapat mengenai hal2 lain e.g. penggunaan kulit dalam pakaian, kasut, guna pinggan/mangkuk bekas daging babi etc.
Maka apa yg boleh kita simpulkan dalam perihal practice suturing menggunakan bahagian khinzir adalah ianya dibolehkan. Boleh ambil manfaat daripadanya (dalam kes ni utk practice suturing) kecuali tidak boleh mengambil manfaat dagingnya untuk dimakan. Allah tidak menciptakan setiap sesuatu itu sia2 (Al-Imran: 191). Alhamdulillah dengan adanya khinzir ni, dapat pula kita gunakan utk practice suturing skill kita sebelum buat kat real patient. Dan Islam bukanlah agama yang menyusahkan (Al-Hajj: 78, al-Maidah: 6). Gara2 kita tidak faham feqah ni menyebabkan org2 bukan Islam memandang Islam ni menyusahkan.
"Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi." (Al-Baqarah: 29)
"Dan Dia (Allah) memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya; sesungguhnya semua itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti." (Al-Jatsiyah: 13)
Patutkah kita menyamak apabila tersentuh kulit khinzir? Daripada dalil2 Al-Quran dan Hadis sahih di atas, memadailah hanya membasuh dengan sekali basuhan air dan tak perlu basuh dengan tanah.
Wallahua'lam.
(Baru faham kenapa kes samak bila terkena kulit khinzir ni KEBANYAKKANNYA berlaku pada pelajar Islam dari Malaysia/Brunei dan tidak berlaku pada pelajar Islam dari negara lain spt Arab.... inilah masa/peluang untuk meningkatkan thaqafah kita!)
Untuk memahami lebih lanjut mengenai hal ini boleh rujuk:
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/03/086-meninjau-semula-hukum-kenajisan.html
Hafiz Firdaus Abdullah
Al-Ahkam.net
No comments:
Post a Comment