Monday, April 19, 2010

Daripada Nisa':Buatmu Hawa



Luahan perasaan seorang akhawat... ku doakan semoga diri mu jadi wanita solehah, semoga akhlakmu seindah namamu (^_^)... Luv fillah...

HAWA,
Penciptaanmu begitu sempurna, keperibadianmu  begitu mulia,
Di ciptakan dirimu seorang yang ayu, lembut dan sopan bicaranya,
Oleh itu HAWA,
andai dirimu masih remaja,  jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,
andai dirimu bergelar isteri, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai dirimu seorang ibu, didiklah anakmu agar dirinya teguh memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA,
andai tiada yang hadir manjadi milikmu,
janganlah engkau  risaukan akan jodohmu,
ingatlah janji Tuhan mu, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.  (An-Nur: 26)
Tetap teguhlah memelihara martabat dan maruahmu..
Janganlah sesekali engkau  mulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu,
kerana di takuti dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan,
takut lahirnya nafsu bisikan syaitan yang menguasai diri...

HAWA,
Peliharalah dirimu, maruahmu, dan keperibadianmu..
Agar dirimu tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu...
yang bisa manjauhkan cinta mu dari Tuhanmu

  HAWA,
lelaki yang baik tidak menilai wanita pada paras rupanya,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya,
lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki,
TETAPI, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui agamanya, akhlaknya,dan peribadinya,
Lelaki yang baik, tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya,
kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya,
lelaki yang baik, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA,
jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. (An-Nur :31)
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari hatimu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi sokongan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA,
cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH,
cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..
Moga dirimu bisa menjadi sebaik-baik wanita solehah.
by: Khairun Nisa

1 comment:

  1. tahniah, banyak ilmu yg dapat saya pelajari mahupun ingatan serta nasihat yg baik. saya rasa sungguh berbahagia dalam petikan-petikan bernas semua dalam blog ini.

    ReplyDelete