Monday, April 19, 2010

Daripada Nisa':Buatmu Hawa



Luahan perasaan seorang akhawat... ku doakan semoga diri mu jadi wanita solehah, semoga akhlakmu seindah namamu (^_^)... Luv fillah...

HAWA,
Penciptaanmu begitu sempurna, keperibadianmu  begitu mulia,
Di ciptakan dirimu seorang yang ayu, lembut dan sopan bicaranya,
Oleh itu HAWA,
andai dirimu masih remaja,  jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,
andai dirimu bergelar isteri, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai dirimu seorang ibu, didiklah anakmu agar dirinya teguh memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA,
andai tiada yang hadir manjadi milikmu,
janganlah engkau  risaukan akan jodohmu,
ingatlah janji Tuhan mu, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.  (An-Nur: 26)
Tetap teguhlah memelihara martabat dan maruahmu..
Janganlah sesekali engkau  mulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu,
kerana di takuti dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan,
takut lahirnya nafsu bisikan syaitan yang menguasai diri...

HAWA,
Peliharalah dirimu, maruahmu, dan keperibadianmu..
Agar dirimu tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu...
yang bisa manjauhkan cinta mu dari Tuhanmu

  HAWA,
lelaki yang baik tidak menilai wanita pada paras rupanya,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya,
lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki,
TETAPI, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui agamanya, akhlaknya,dan peribadinya,
Lelaki yang baik, tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya,
kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya,
lelaki yang baik, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA,
jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. (An-Nur :31)
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari hatimu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi sokongan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA,
cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH,
cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..
Moga dirimu bisa menjadi sebaik-baik wanita solehah.
by: Khairun Nisa

Thursday, April 15, 2010

Practice Suturing Dengan Bahagian Khinzir

Soalan: Bolehkah practice suturing guna kulit khinzir/babi (selalunya terjadi kat overseas students)?  Apakah wajib samak jika tersentuh dalam proses suturing practice tu?

(Pernah ada satu kes di mana pelajar Islam di salah sebuah university di overseas tak nak join suturing practice atas alasan tak boleh pegang babi...)


Jawapan:
Dlm hal ini ulama2 feqah mempunyai pandangan2 yg berbeza. Bagi mazhab Syafie, daging khinzir haram dimakan, dan apabila tersentuh khinzir hendaklah menyucikannya dengan samak iaitu 7 kali basuhan air dan salah satu daripadanya adalah beserta dengan tanah. Imam Syafie menqiyaskan khinzir dengan hadis Nabi s.a.w:

"Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali." (Sahih Bukhari, hadis nombor 173)

Tetapi Imam Malik menolak qiyas ni kerana tiada dalil yg menyebutkan tentang khinzir melainkan ianya haram di makan. Najis yg disebutkan di sini adalah dagingnya. Kedua2 ayat al-Quran di bawah menekankan yg haram adalah memakan daging babi.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan keapadaku, sesuatu yg diharamkan bagi orang yg hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; kerana sesungguhnya ianya adalah najis." (al-An'am: 145)

"Diharamkan keatas kamu bangkai, darah dan daging babi" (Al-Maidah: 3)

"Dari Abu Tasa'labah al-Khusyani katanya, Saya berkata, "Hai Nabi ALlah! Saya tinggal didaerah ahlul kitab, bolehkah saya makan dengan mempergunakan piring mereka? Saya tinggal di daerah pemburuan, di mana saya berburu dengan mempergunakan panah, seekor anjing yg tidak terlatih untuk berburu dan seekor anjing lagi terlatih. Manakah yg lebih baik untuk saya?"
Rasul berkata, "Mengenai apa yg engkau sebutkan tentang Ahlul Kitab, seandainay kamu dapat memperolehi piring lain, janganlah makan dipiring Ahlul kitab itu. Tetapi kalau tidak ada yg lain, cuci terlebih dahulu dan makanlah disana............" (HR Bukhari dan Muslim)


Abi Tsa’labah al-Khusyaini radhiallahu ‘anh berkata, saya bertanya epada Rasulullah S.A.W.: “Sesungguhnya kami bertetangga dengan Ahl al-Kitab. Mereka biasa memasak daging khinzir di dalam periuk mereka dan meminum khamar di dalam gelas mereka (lalu bolehkah kami menggunakan periuk dan gelas mereka?)”. Rasulullah S.A.W. menjawab : “Jika kalian dapat menggunakan perkakas yang lain maka makan dan minumlah di dalamnya. Jika kalian tidak dapat perkakas yang lain, maka cucilah ia dengan air kemudian makan dan minumlah.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud – Hadis no. 3839 (Kitab pemakanan, Bab makan dalam perkakas Ahl-al-Kitab)

Ulama feqh sepakat tentang pengharaman makan daging babi, tetapi masih tidak sependapat mengenai hal2 lain e.g. penggunaan kulit dalam pakaian, kasut, guna pinggan/mangkuk bekas daging babi etc.

Maka apa yg boleh kita simpulkan dalam perihal practice suturing menggunakan bahagian khinzir adalah ianya dibolehkan. Boleh ambil manfaat daripadanya (dalam kes ni utk practice suturing) kecuali tidak boleh mengambil manfaat dagingnya untuk dimakan. Allah tidak menciptakan setiap sesuatu itu sia2 (Al-Imran: 191). Alhamdulillah dengan adanya khinzir ni, dapat pula kita gunakan utk practice suturing skill kita sebelum buat kat real patient. Dan Islam bukanlah agama yang menyusahkan (Al-Hajj: 78, al-Maidah: 6). Gara2 kita tidak faham feqah ni menyebabkan org2 bukan Islam memandang Islam ni menyusahkan.

"Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi." (Al-Baqarah: 29)

"Dan Dia (Allah) memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya; sesungguhnya semua itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti." (Al-Jatsiyah: 13)

Patutkah kita menyamak apabila tersentuh kulit khinzir? Daripada dalil2 Al-Quran dan Hadis sahih di atas, memadailah hanya membasuh dengan sekali basuhan air dan tak perlu basuh dengan tanah.
Wallahua'lam.

(Baru faham kenapa kes samak bila terkena kulit khinzir ni KEBANYAKKANNYA berlaku pada pelajar Islam dari Malaysia/Brunei dan tidak berlaku pada pelajar Islam dari negara lain spt Arab.... inilah masa/peluang untuk meningkatkan thaqafah kita!)

Untuk memahami lebih lanjut mengenai hal ini boleh rujuk:
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/03/086-meninjau-semula-hukum-kenajisan.html
Hafiz Firdaus Abdullah
Al-Ahkam.net

Saturday, April 10, 2010

Manisnya Buah Kesabaran



Beruntunglah jiwa yang tetap gagah mensyukuri Allah walau apa jua ujian yg menimpanya.

Anas r.a pernah meriwayatkan hadis secara marfu':
"Sesungguhnya, besarnya pahala bergantung pada besarnya cubaan. Jika Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan mengujinya dengan cubaan. Barangsiapa yang redha atas cubaan tersebut maka dia mendapat keredhaan Allah dan barangsiapa yang berkeluhkesah (marah) maka ia akan mendapat murka Allah."

Sungguh setiap cubaan dan ujian menguji kesabaran. Bahkan sekecil-kecil cubaan seperti menunggu bas juga memerlukan kesabaran yg cukup menguji kesabaran! Malah seorang anak kecil menanti ibunya buat donut sekali pun memerlukan kesabaran... tapi diakhir penantian itu suatu yg amat indah dan manis. Akhirnya bas yg ditunggu akhirnya muncul... akhirnya perut kenyang diisi dengan donut hasil air tangan si ibu. Semakin kita meningkat dewasa, semakin 'dewasa' jugalah ujian kita bagi menguji se'dewasa' manakah tahap kesabaran kita... Maka beruntunglah org2 yg dipilih oleh Allah utk menerima ujian-Nya... lagi beruntung apabila org2 yg apabila diuji Allah, dia bersabar...

Berada jauh di negara orang telah membawa aku mengenal dengan begitu banyak ujian hidup. Ujian kadang2 memenatkan... dan di sini jugalah baru ku fahami dan ku rasai betapa INDAHNYA dan MANISNYA BUAH KESABARAN... terlalu manis dan terlalu indah yg takkan mampu ku ungkapkan dengan kata2... takkan mampu untuk ku kongsi di alam maya ini. Buahnya terlalu manis sehingga menjadikan org yg merasakannya mabuk dan ketagih, menjadikan dadanya berbunga2 yg menyesakkan, menjadikan org yg merasakannya menitiskan air mata kesyukuran, sehingga membuatkan seorang hamba bersujud memuji Maha Pemberi Ujian dan Maha Pemberi Rahmat... Dan ini juga tidak mampu untuk mengungkapkan perasaan org2 yg pernah merasai buah kesabaran. Aku pernah menceritakan hal ini kepada seorang adik di sini betapa setiap kesusahan akan berakhir dengan kesenangan, dan apabila yg diuji itu redha dengan ujian-Nya tanpa keluhkesah dan Tawakal dengan sebenar2 Tawakal kepada Allah... maka tunggulah hasilnya. Seakan2 bebanan yg berat terangkat dari dirimu... itulah yg aku rasakan... Ujilah hambaMu ini jika ujian itu mengangkat darjatku diakhirat kelak, Ujilah hambaMu ini jika ujian itu mambawa hambaMu ini dekat dengan Mu...

Ingatlah jika kau diuji dengan penyakit... ingatlah Nabi Ayub lagi teruk diuji oleh Allah dengan penyakit. 
"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)
Maka bersabarlah... kerana buah kesabaran itu manis dan indah...

Ingatlah jika kau diuji dengan urusan kewangan... ingatlah bukan manusia yg memberikan kau rezeki tapi Allah-lah Maha Pemberi Rezeki...

Alhamdulillah atas segala ujian dan rahmat Mu ya Allah... kerana ianya mematangkan hamba Mu ini. Kerana ujian Mu aku kenal akan indahnya dan manisnya buah kesabaran...

Nukilan dari hati insan kerdil yg melalui ranjau2 hidup dgn mengharap redho Allah dalam setiap ujianNya...