Aku duduk dibirai katil seorang pesakit dibilik bernombor 6. Biarlah ku namakan pesakit ini sebagai M. Disisi M seorang lelaki yg umurnya barangkali mencecah angka 80 tapi ku lihat masih sihat walaupun pendengarannya kurang baik, dan juga seorang wanita (anak M) dlm umur 40an.
M seorang wanita berumur 79 tahun, berambut putih paras telinga, bertubuh kecil dan kurus. Wanita ini terbaring di atas katil, kelihatan murung, penat dan ada garis2 putus asa pada wajah tuanya. Sesekali ku lihat dia menitiskan air mata. Sebelum aku bertemu dgn wanita ini aku telah membaca referral letter daripada GPnya. Sedikit sebanyak aku mendapat idea penyebab kemurungannya itu.
"How are you my dear?" Tanyaku sebagai pembuka bicara pagi itu. Aku tahu jawapan kepada pertanyaan itu.
Dia memandangku dgn sorotan mata yg sayu. "Hopeless. I cried all day... everyday" Air mata gugur dari kelopak mata tuanya. Hatiku tersentuh mendengar ucapannya.
"I can't do anything with my dead leg! The other half of my body against me!" Sambungnya lagi. Anak perempuannya menyambung cerita ibunya yg tersekat2 dek esakan tangisannya itu. Dua tahun lepas wanita ini kena stroke. Bahagian kiri tubuhnya tidak mampu bergerak lagi (Left hemiparesis). Seolah2 bahagian kiri tubuhnya tidak lagi mahu mengikut kata tuannya. Seolah2 bahagian itu mati semenjak 2 tahun lepas. Selepas daripada itu, ibunya mengalami gejala kemurungan (depression) kerana ibunya tidak mampu lagi berjalan sendiri, tak mampu memasak utk suaminya yg tercinta, tidak dapat melukis dan handcrafting seperti sebelumnya. Hanya mengharapkan ihsan suami dan anaknya. Ke tandas sahaja perlukan bantuan. Hari berganti hari, gejala kemurungan ibunya semakin teruk. Sehingga tahap tidak mahu menjamah makanan lg.
"Is there anything else that I can help you, dear? Do you have any expectation from us?" Tanyaku sebelum mengakhiri consultation dengannya.
"If only the doctors can help me restore the function of my dead body... so that I can walk and... and..."
"She must be very tired", anak perempuannya membetulkan selimut ibunya.
Jawapan ibunya menyentakkan diriku. Aku merenung wanita itu tapi tak mampu untuk membalas katanya. Aku insaf dengan keadaan diriku yg masih boleh berbuat itu ini.
__________________________________________________________________________________
Keesokan harinya aku bertemu dengan wanita tua itu ingin tahu keadaannya juga merupakan sebahagian tugas ku. Wanita tua itu duduk di atas 'lazy boy'. Ku lihat dia seperti cacing kepanasan. Dia seperti tidak senang duduk.
"Hello dear. How are you today?" Aku bertanya. Ku lihat dia menangis, tp tangisan yg lain daripada semalam. Seperti tangisan menahan kesakitan.
"Owhh... this pain... it's like someone squeezing my big nerve. Sometimes it feels like someone stab me with a knife. It's very painful." Dia mengaduh sambil menggosok2 pahanya, kadang2 ku lihat dia mengetap bibirnya seperti menahan kesakitan yg teramat. Dia menceritakan bagaimana selepas stroke itu dia mengalami symptom sakit seluruh badan. Hatiku tersentuh melihatnya. Ku tahan diri agar menakung air mata jgn sampai empangan itu pecah di hadapan wanita ini.
Entah mengapa wanita itu mampu menyentuh hati ini. Wanita tua itu mendambakan nikmat yg telah hilang darinya. Dia memikirkan sedalam2nya hakikat kehilangan sebahagian dari tubuhnya.
Aku melihat diriku pada wanita tua ini. Beginikah jadinya aku bila nikmat sebahagian dr anggota tubuh di tarik oleh Allah? Bukankah semuanya pinjaman segala2nya. Allah berkuasa memberi dan berkuasa juga menariknya semula. Apa yg telah aku gunakan dengan tangan, kaki ku sebelum ini? Apakah aku telah menggunakan nikmat yg Allah pinjamkan ini ke jalan kebaikan atau ke jalan kemaksiatan? Aku takut aku tak menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap tanganku, kaki ku, mata ku, pendengaran ku, suara ku etc ke arah perkara yg baik dan halal. Sungguh, rupa2nya aku belum benar2 mensyukuri nikmat yg Allah berikan ini. Dan aku melihat wanita tua itu benar2 telah merasai kehilangan nikmat yg Allah berikan kepadanya... dia sedar betapa banyak lagi perkara yg ingin dilakukannya dengan kakinya itu dengan tangannya itu... dia mahu dikembalikan semula nikmat yg ditarik itu supaya dia dapat melakukan perkara2 yg diingininya dgn sepuas2nya (kalaulah dia tahu tarikh nya nikmatnya akan ditarik semula). Kalau dia punya harta sepenuh bumi mungkin akan ditukarnya dengan kaki dan tangan yg baru supaya dia dapat berjalan, memasak, melukis etc. Tp malangnya doktor pun tidak mampu untuk menghidupkan kembali nikmat yg ditarik itu...
Wanita tua itu membuatkan aku berfikir beberapa hari lamanya. Menginsafi keadaan diri ini. Firman Allah dalam surah Ar-Rahman bermain2 difikiranku... "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Sesungguhnya anggota badan kita akan menjadi saksi perbuatan yg kita lakukan di akhirat kelak. mungkinkah pada hari itu tangan kita, kaki kita, mata kita, rambut kita akan menjadi musuh kita?
"Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu." (Al-Infitar: 6-8)
Kalau hendak dihitung nikmat Allah nescaya takkan habis menghitungnya kerana sesungguhnya memang tak terhitung. (Ibrahim: 32-34)
Semoga diri ini menunaikan amanah dan tanggungjawab nikmat2 yg Allah pinjamkan ini. Aku takut penyesalan yg tak sudah apabila suatu ketika secara tiba2 Allah ingin menarik semula nikmat yg diberikanNya kepada ku. Nikmat yg paling besar itu ialah nikmat Islam.
"...pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..." (Al-Maidah: 3)