Sunday, November 21, 2010

Lemah Pada Ujian-Nya


Teringat dua minggu lepas saat diri ini ditimpa ujian demi ujian. Ujian demi ujian yg berlaku pada hari yang sama dalam masa kurang dari 6 jam. Ujian yg sungguh, teramat hebat untuk aku terima, dunia seakan gelap ku rasakan... sehingga terasa lemah kakiku untuk berdiri. Aku terduduk dan air mata begitu deras membasahi pipi. "Ya Allah, ujian apakah ini ya Allah... Ya Allah, aku LEMAH ya Allah. Kau Maha Kuasa. Aku lemah ya Allah... aku tidak dapat lari dari ujian Mu, menolaknya juga aku tidak mampu," rintih hatiku. Hari2 yang ku lalui selama 2 minggu itu begitu melemaskan, begitu mendebarkan... aku seolah2 seperti seorang pesalah yang hanya menunggu hukuman-Nya. Rasanya seperti menunggu 'death penalty'... Aku pasrah pada ketentuanNya.

Alhamdulillah, pada hari Rabu yang lalu sempena Hari Raya Aidiladha... akhirnya aku berjaya melalui ujian Allah. Seolah2 suatu beban yang berat diangkat dariku... aku menangis! Tp tangisan kesyukuran kepadaNya. Terngiang2 firman2 Allah yang menjadi penawar duka disaat ujianNya bertamu:


"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya" (2:286)
"Selamat sejahtera keatas mu kerana kesabaranmu" (13:24)


Kadang2 manusia diuji dengan ujian yang sama... cuma pada masa yang berbeza. Ada manusia yg diuji dengan ujian kewangan, masalah study, masalah dalam perhubungan sesama manusia dan sebagainya. Kadang2 terfikir kenapa Allah mahu menguji kita dengan benda yang sama, berulang2 kali? Apakah tidak cukup ujian yg lepas? Kenapa dengan ujian yg sama? Sehingga kadang2 kita rasa give up bila asyik diuji dengan benda yang sama... 

Allah menguji kita pada titik kelemahan kita. Ya, pada titik kelemahan kita! Allah akan uji kita berkali2 pada titik kelemahan kita sehingga kita berjaya mengatasi titik kelemahan kita! Sampai kita mampu memperbaiki kelemahan kita itu... Ibarat seorang pelajar yg menghadapi peperiksaan. Kalau ada subject dia gagal, maka si Cikgu akan membuat ujian tambahan supaya pelajar tadi lulus. Subject yang sama, cuma soalan2nya sedikit berbeza dari ujian yg sebelumnya. Begitulah analoginya ujian dari Allah... Ujian itu menguatkan lagi hamba-Nya. 


~Berbahagialah kerana anda dipilih oleh Nya~

Berbahagialah anda2 yang diuji... kerana anda adalah org istimewa yg Allah pilih utk menerima ujianNya. Allah akan berikan ujian yang sama kepada kita sampailah kita benar2 dianggap lulus pada pandangan Allah dan layak utk naik ke darjat seterusnya. Bukankah itu bentuk kasih sayang Allah kepada hambaNya? DIA juga ingin menguji sejauh manakah iman kita... mampukah kita mengharungi ujianNya mengikut syariatNya atau sebaliknya? Apakah ujian itu membawa kita semakin dekat kepadaNya? Memohon bantuan daripadaNya yg telah memberikan kita ujian dan percayalah Dialah juga yang akan membantu kita menyelesaikannya. Dari Dia ujian datang dan padaNya ada solution. 

Ingin berkongsi hadis yang selalu menjadi pengubat hati dikala ditimpa musibah/ujian...
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: "Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari."

Alhamdulillah, syukur atas nikmat yg selalu Kau beri kepadaku tanpa berhitung. Ujian dariMu menambahkan lagi keimananku bahawa Kau Maha Kuasa dan aku hamba yang lemah, aku tidak mampu untuk menolak atau lari dari ujianMu... tiada kuasa dan daya melainkan dengan pertolonganMu!

No comments:

Post a Comment