Sunday, July 25, 2010
Tahu Semua Dlm Sesuatu dan Tahu Sesuatu Dlm Semua
"Kita kena tahu semua dalam sesuatu perkara dan tahu sesuatu dalam semua perkara"
Bukan brain teaser... tp kalau baca betul dan fikir2kan dengan sedalam2nya kalian akan dapat menangkap maksud disebalik ayat. Ayat tu sangat berkait rapat dengan kita as a student, kita as a doc, kita as a Muslim, kita as a bla bla bla... Kalau faham ayat tu dan praktikkan dlm kehidupan kita seharian insya Allah kita akan jadi insan yg luar biasa.
Ada satu incident yg berlaku menyebabkan aku berfikir lama... incident ni berlaku minggu lepas. Masa tu seorang senior doc tanya aku mengenai seorg patient yg aku admit pada hr tu... doc ni tahu je kan kelemahan aku dlm area anatomy dan physiology. Apa yg dia kata, "You should know human anatomy. That's why the first thing we learnt in Med School is anatomy. I'm here to train you to be a good house surgeon. I don't want you to be like many house surgeon out there who do not know basic physiology and human anatomy...." Dia mengingatkan aku dgn nada yg tegas tapi ikhlas. Sejak dr hr tu aku mula berfikir, macam ni ke nak jadi a good doc kalau human anatomy and physiology pun dah tak ingat. Sebagai org Islam aku kena lebih kehadapan kerana Islam sendiri sangat mementingkan budaya ilmu. Bagaimana attitude aku terhadap ilmu? Apakah selama ini aku sudah merasa puas dgn ilmu yg aku ada sehingga tak perlu lg utk meng'update'... Bila fikir balik, bukankah indeks atau penanda arah suatu tahap kemajuan itu akan sentiasa berubah2 setiap masa?
Teringat pesan Rasulullah saw dlm hadis yg diriwayatkan oleh Tirmizi drpd Abu Hurairah r.a:
"Kata-kata hikmat itu telah hilang (terlepas) dari orang mukmin, maka dimana sahaja kamu dapatinya, maka kamu lebih layak memilikinya."
Ilmu perubatan asalnya drpd org Islam (ilmu yg datangnya dr Allah)... bahkan didalam al-Quran Allah banyak menjelaskan dlm firman2Nya mengenai ilmu perubatan. Ibnu Sina merupakan bapa perubatan moden. Ilmu ini telah dirampas dari generasi awal Islam... dan inilah tanggungjawab kita utk merampas semula apa yg telah hilang dr kita orang Islam. Mulai dr hari ini, there's no such thing as I hate anatomy/physiology because they are so complicated to understand... or I'm not very good at Neuro because they are so complex to comprehend. Kepakaran Ibnu Sina bukan sahaja terbatas dlm bidang perubatan tetapi dalam bidang astronomi, metafizik, music, sastera dan agama.
Teringat satu pagi kat orthopaedic patient handover meeting, seorang patient ni ada acute coronary syndrome (ACS)... maka hangatlah perbincangan pagi2 tu mengenai ACS ni, hangatnya disebabkan consultant2 Ortho ni tak tahu apa tu penyakit ACS. Wahhh... sampai camtu sekali rupanya... kalau dah buat specialization banyak benda yg kita dah belajar sebelum ni hilang macam tu sahaja. Sama juga dgn seorang consultant O&G bertanya mengenai AF (Atrial Fibrillation)... Kerana dia hanya deal dgn 'Oh' and 'Gee' maka dia tak tahu perihal anatomy atau physiology of the heart. Bila fikir balik, apa yg kita belajar selama ni hilang macam tu sahaja... Kalau doc tulang kene tahu pasal tulang belulang aje la tak perlu tahu pasal heart atau reproductive system sbb tak relevent utk kerja diorang. Hehehe...
Marilah kita jadi macam Ibnu Sina yg tahu SEMUA dalam BIDANGnya... dan tahu SESUATU dalam SEMUA PERKARA (astronomi, fizik, music etc etc etc)...
Kalau nak jadi doc kene jadi betul2 doc... kene tahu SEMUA yg berkaitan dengan BIDANGNYA dan pada masa yg sama dia kene TAHU SESUATU dalam SEMUA perkara eg astronomi, matematik, geography, history etc etc etc. Bukankah salah satu ciri dalam 10 muwasofat tarbiyah ialah luas ilmu pengetahuannya?
Walaupun kita doc, kita tahu kalau tak banyak pun sedikir mengenai ilmu astronomi, ilmu sastera, ilmu matematik etc etc. Umat Islam kena RAKUS ILMU... sebab ilmu ni semua datang dr Allah, dan ilmu ni semua ilmu Allah. Malulah kalau org bukan Islam berlumba2 mengejar ilmu, tp org Islam mempunyi attitude yg negative terhadap ilmu atau pemalas...
Marilah RAKUS ILMU! Mari RAMPAS PERMATA yg terlepas dr orang Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menarik.."tahu semua dlm sesuatu dan tahu sesuatu dlm semua"..MasyaAllah, sesungguhnya masih byk lagi perkara yg perlu diketahui dan dipelajari.
ReplyDelete