Monday, February 8, 2010

Buatmu Ukhti: Apabila Kitab Mendahului


Ku lihat cuaca yang begitu indah dari tingkap kaca yg besar dari bilik tidurku. Dada langit begitu bersih tanpa tompokan awan... matahari bersinar menebarkan bahangnya di bumi Dunedin yg jarang2 panas. Pepohonan menari gemalai ditiup angin semilir. Sekali sekala bunyi wind chime berlaga ditiup angin menghasilkan irama yg mengasyikkan. Jelas kedengaran bunyi serangga dan cengkerik sahut menyahut menandakan musim summer di Dunedin. Semuanya bertasbih memuji kebesaran Allah. Cuma manusia tidak mengerti... 

Aku tersenyum melihat keadaan yang tenang itu. Dalam hati bertasbih memuji kekuasaanNya. Sepatutnya hari ini cuaca mendung menurut weather forecast. Allahu akbar... Sesungguhnya manusia tidak mampu mengagak apa yg ada dihadapannya, apatah lagi mahu mengubah apa yg sudah tersurat. 

Pada ketika ini, pada saat ini, pada hari ini... di sana mungkin mendung, di tempat yg lain mungkin hujan yg lebat, di utara hemisphere mungkin salji lebat menutupi sebahagian bumi... kita duduk di bumi yang sama, namun kita mengalami cuaca yg berbeza. Sekali lagi Allahu Akbar!

Pada hari ini juga, ada hati yg gembira... namun ada hati yg sedih. Pada saat ini, mungkin ada hamba Allah yg diberi ujian... ada juga hamba Allah yg diberi kesenangan. Tapi bukankah kesenangan itu juga suatu ujian? Mungkin semalam dia diberi ujian dlm study-nya, esoknya Allah masih memilihnya dan diberiNya ujian dlm urusan jodohnya pula. Kemudian ditambah dengan ujian yg tak pernah putus iaitu ujian kewangan. Bukankah ujian itu tanda sayangNya pada hamba2Nya yg beriman. Orang yg beriman manakah yg Allah tinggalkan tanpa menguji sejauh/setinggi mana tahap keimanannya... 

Buat yg diuji, ingatlah ini adalah cara Allah mentarbiyyah diri kita. Ujian itu sendiri adalah ujian! Kerana ujian ini menguji sedalam mana tahap kecintaan seorang hamba terhadap Penciptanya. Sedalam mana pengharapan dan pergantungan seorang hamba kepada Penciptanya. 

Buat kamu yg membaca entry ini, kamu diuji? Ingatlah ujian itu juga adalah sebahagian dari rezekimu yg sudah termaktub dalam kitab di Lauh Mahfuz. Kalau kamu tidak mendapatkan apa yg kamu idam2kan, ingatlah berkemungkinan ianya bukan hakmu menurut ilmu Allah. Sehebat mana pun usaha yg kamu laburkan kearah yg kamu idamkan... apabila kitab di Lauh Mahfuz mendahului, maka kamu tidak berkuasa untuk mengubahnya. Sehampir mana pun kamu dengan apa yg kamu inginkan, jika kitab mendahului... maka tiada daya dan upaya kita. Tapi percayalah, Allah tidak pernah mensia-siakan usaha hamba2Nya. Yg Allah pandang bukan pada natijah terakhir... natijah terakhir sama ada sesuai dgn kehendak kita atau tidak adalah sama disisi Allah. Kedua2nya baik disisi Allah. Maka jgn kau terlalu tangisi apabila hasil tidak seperti yg kau harapkan. Kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk dirimu. Bukankah ilmu Allah itu luas? Bukankah Allah itu Maha Teliti, Maha Halus?

Mungkin Allah ingin memperkasakan peribadi mu, iman mu melalui ujian ini. Maka jangan kau rasa rendah diri dikalangan sahabat2mu, dikalangan manusia lain terhadap ujian yg melanda dirimu. Berbahagialah kerana Allah memilihmu dari kalangan berjuta manusia di muka bumi ini untuk menerima ujian-Nya. Anggaplah ianya suatu penghargaan dari Allah. Kerana Allah mahu kau semakin dekat pada Nya... kerana Allah begitu rindu akan rintihan mu dalam untaian doa2mu. Kerana Allah rindu pada air mata yg menangis mengharapkan keampunanNya. Berbahagialah dgn ujian ini...

Akhir kata buatmu ukhti, semoga terus tabah dalam mengharungi hidup ini.
Life is NOT a fairy tale!!!!!! Doa kami bersama mu.  


2 comments:

  1. jazzakillah atas perkongsian dan peringatan ini.moga diri yg diuji akan terus bangkit berusaha mengharap pertolongn dari Dia yg Maha berkuasa..
    jzzk atas doa teman2..
    ~ukhwah fillah

    ReplyDelete
  2. Ukhti, it's just a wee reminder not only for u but for all the believer.

    "And Remind for verily a reminder benefits the believer"(51:55)

    ReplyDelete