Sunday, September 13, 2009

XPDC Lailatul Qadar dan Ukhuwwah Fillah


Semalam or pagi tadi sisters Dune ade program XPDC Lailatul Qadar. Walaupun tak ramai yang menghadirkan diri ke program tu, tp Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan kehadirat Ilahi... semuanya berjalan lancar. Walaupun yang ikut sedikit cuma, sesungguhnya ukhuwwah diantara yg sedikit ini amat mengharukan. Teringat senda gurau, gelak tawa dan sahur bersama2 kalian. Rasa geli hati pun ada... rasa sedih pun ada. Sedih kerana mengingatkan mungkinkah ini puasa terakhirku bersama2 kalian yang dikasihi. Isk isk isk... {self-reflecting mode (-.-)}

Sesungguhnya Allah telah menggerakkan hati-hati hambaNya... sesungguhnya Allah jualah yang telah memilih kita untuk bersama-sama dalam program semalam. Berbahagialah mereka2 yang terpilih. Tapi sesungguhnya Allah juga menguji kita dengan ujian sakit. Kesian juga dekat adik-adik yang tak dapat nak join disebabkan demam dan flu symptoms. Tapi tidak mengapalah kerana niat itu sudah ada. Semoga Allah menganugerahkan pahala atas niat yang baik itu. Tapi tak kurang juga yang sakit-sakit tekak, demam etc yang tak nak melepaskan peluang untuk mengejar malam yang lebih baik dari seribu bulan ini. Terpaksalah dikuarantinkan mereka-mereka yang sakit ini dalam satu bilik dan yang tak sakit dalam bilik yang lain.

Lauk sahur tadi, pengat dan cake chocolate utk moreh... two thumbs up! Sodap... terima kasih kepada tukang-tukang masak yang handal yang dibawakan khas dari 83 York Pl & 153 Leith St. Huhuhu... paling best sekali tazkirah Subuh. Walaupun sudah berkali-kali mendengar tajuk yang dibawa, tp tak pernah jemu dengan tajuk ni. Ukhuwwah... satu perkataan yang ringkas... tapi nilainya amat tinggi dalam diri seorang Muslim. Kita selalu merasakan perkara ini dah settled dalam diri kita. Tapi sejauh manakah kebenarannya? Sejauh mana kita memahami ukhuwwah itu sendiri? Ukhuwwah fillah... yang mengikatnya adalah Allah, yang mengikatnya adalah risalah. Insya Allah takkan terpisah ukhuwwah kita selagi mana ianya disandarkan kepada Allah dan beralasankan risalah yang dibawa. Ukhuwwah takkan dapat diukur atas berapa jauh kita dipisahkan oleh benua asalkan ianya kerana Allah semata-mata. Ukhuwwah itu takkan dapat dipisahkan oleh perbezaan bangsa hatta warna kulit sekalipun apabila ukhuwwah itu disandarkan kerana Allah dan atas tujuan membawa risalah. Sungguh aku malu... kerana sesungguhnya aku fikir aku arif tentang ukhuwwah. Sungguh aku malu... kerana ku fikir ukhuwwah yang ku jalinkan 100% fillah. Tapi bila ujian timbul dalam ukhuwwah... rupanya aku 'fail'.

Sesungguhnya syaitan akan mencari ruang untuk merosakkan ukhuwwah sesama kita. Kerana ukhuwwah itu titik kekuatan Islam. Ukhuwwah bukan dinilai terhadap berapa ramai kenalan yg kita ada. Ukhuwwah juga bukan dinilai atas keramahan kita. Ukhuwwah bukan diukur atas berapa lama kita mengenalinya. Tapi ukhuwwah ini dinilai sejauh mana hati-hati kita diikat dengan tali Allah. Ukhuwwah lebih berkait rapat dengan kesediaan kita untuk berlapang dada, tanasuh atau nasihat menasihati, budaya bantu membantu... sudahkah tercapai benda2 ni dalam ukhuwwah kita?

Marilah sama-sama refleksi diri bagaimana ukhuwwah kita sehingga ke hari ini... Apakah ukhuwwah kita sekadar ukhuwwah atas ikatan bangsa, warna kulit, negara atau apa?

Hadis Nabi s.a.w, "sesungguhnya mukmin itu bersaudara."
....juga hadis Nabi s.a.w yang lain,

"3 perkara yang jika ada pada diri seseorang akan mendapat halawatul iman(kemanisan iman) - mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya,mencintai seseorang hanya kerana Allah,membenci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu seperti dia membenci untuk dicampakkan ke dalam api neraka."

Moga selepas ini ukhuwwah kita fillah. Aku sayang kalian semua FILLAH. Semoga ukhuwwah kita diikat dengan tali Allah dan semoga ukhuwwah ini dapat membawa kita pergi jauh dan lebih tinggi selagi risalah menjadi agenda kita. Amin3X

Sesungguhnya aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu...
Jika kau hilangkan agama dari diri mu,
maka hilanglah cintaku pada mu...

1 comment:

  1. Saya pun slalu fail ujian ukhwah,huhu..Astaghfirullah. Moga kita dikurniakan kemanisan berukhwah kerana Allah =) Amin~

    ReplyDelete