"Tuhan (yang memelihara) dua Timur dan Tuhan (yang memelihara) dua Barat. (17) Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? (18)" (Ar-Rahman: 17-18)
"Aku bersumpah dengan Tuhan beberapa Timur dan beberapa Barat, bahawa Kami (Allah) kuasa, (40) Buat mengganti mereka dengan (ummat) yang terlebih baik daripada mereka dan Kami tiada dapat dikalahkan. (41)" (Al-Ma'aarij: 40-41)
"Kenapa Tuhan dua timur dan dua barat? Kenapa ada dua timur dan ada dua barat?" Soalan ini diajukan kepadaku selepas tadarus surah Ar-Rahman semalam. Surah yang menyentuh dan menggoncang hati hamba2 yg lalai atas nikmat kurniaNya. Pernah terdengar mengenai explanation fasal ayat ni tapi tak ingat. Maka hari ini selepas penat berdepan dgn lembaran2 'advanced resuscitation level 7', aku pun tergerak hati untuk membuat sedikit research mengenai 'Dua Timur dan Dua Barat', termasuk membaca tafsiran2 dari 3 buah tafsir... Jadi mari lihat penjelasan di sebalik ayat...
*****
Kita sedia maklum bahawa matahari terbit dari arah Timur dan terbenamnya matahari pada arah Barat. Walaubagaimanapun matahari terbit BUKAN hanya pada satu tempat/titik/point yg tetap... maksudnya tempat matahari terbit di Timur tu sentiasa berubah2 kedudukannya/angle-nya. Perubahan ini berlaku setiap hari, 365 hari.
Contohnya, pada 22 Ogos (7.30 pagi) matahari akan terbit 78 degree dr angle sebenar Timur, pada 21 Sept (7.22 pagi) matahari akan terbit 89 degree dari angle sebenar Timur dan pada 17 Oct (7.10 pagi) matahari akan terbit 99 degree dari angle sebenar Timur. Ini disebabkan oleh kedudukan bumi yg condong apabila mengelilingi matahari. Dalam setahun hanya ada dua kali (a.k.a dua hari) yg di namakan 'equinox', di mana pada hari itu malam dan siang mempunyai kepanjangan yg sama... dan pada hari itu juga matahari terbit pada arah Timur tepat/benar (due East)! Untuk tahun ni ianya berlaku pada 20 March (1732 hrs) dan 23 Sept (0309 hrs)... Kalau kat New Zealand (southern hemisphere), tarikh2 ini adalah tanda permulaan Winter dan Summer. Pada masa summer solstice (titikbalik matahari pada musim panas), matahari terbit pada satu ekstrim Timur dan pada masa winter solstice, matahari terbit pada ekstrim Timur yg satu lagi. Sama juga halnya dengan fenomena terbenamnya matahari. Orang yang duduk kat bangunan pencakar langit selalunya perasan terbit dan terbenamnya matahari itu bukan pada satu titik yg tetap! So benarlah firman2 Allah di atas... Tuhan Timur dan Barat, dan Tuhan dua timur dan dua barat (merujuk kepada extremes of East/West: south of East/West dan north of East/West... lihat gambar kat bawah) dan Tuhan beberapa Timur dan beberapa Barat (merujuk kepada titik2 atau angle2 terbit/terbenamnya matahari yg sentiasa berubah2 setiap hari sepanjang tahun)!
Firman2 Allah di atas tiada kontradik nya... tetapi saling menyokong antara satu sama lain... dan sains/astronomi membuktikan benarnya fenomena ini. Allahu Akbar... sungguh agama Allah ini benar. Carilah kitab2 lain yg mampu mendahului sains dan teknologi! Semoga semakin bertambah keimanan kita...
The Two Extremes of West
(dua ekstrim Barat... di mana pada musim panas matahari terbenam ke arah utara Barat, pada musim dingin matahari terbenam ke arah selatan Barat, dan pada musim luruh dan bunga, matahari berada pada garis pembahagi antara kedua ekstrim - equinox)
The Shifts of Point of Sunset/Sunrise
p/s: sebab tu jugalah waktu2 solat, shuruq, maghrib sentiasa berubah2 sepanjang tahun... hal ini lebih terasa buat yang bermastautin kat kawasan 4 musim...