Wednesday, January 26, 2011

Akibat HUTANG

Ramai orang sangat menjaga amal dan ibadah, halal dan haram... tapi bila tiba bab wang ringgit (hutang) manusia jadi tak kisah... sepatutnya bila dihimpit hutang walaupun sekecil wang RM1, hati rasa tak tenang sebab ada hak yg masih belum kita tunaikan... bila baca khutbah Jumaat kat bawah ni memang gerun sangat2... segala2nya bermula akibat hutang... Naudzubillah... Ya Allah jauhkan aku dan keluarga ku dari cengkaman hutang...

(Tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati... Buat peringatan bagi yang mengaku diri orang yang beriman)

 ++++++++
Sidang jumaat yang di rahmati Allah,
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan ketakwaan dan keimanan kita kepada Allah S.W.T dengan menjunjung segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya.
Kehidupan di zaman moden ini, banyak membawa cabaran kepada umat Islam bagi memenuhi keperluan hidup. Terdapat di kalangan mereka yang menghabiskan umurnya, mencari rezeki siang dan malam semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsunya. Di samping itu terdapat juga di kalangan mereka yang sanggup berhutang di sana sini, ibarat kata pepatah: “Berhutang sekeliling pinggang” untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia.
Dalam Islam berhutang memang di haruskan. Islam memberi galakan kepada umatnya, agar memberi bantuan kepada saudara-saudaranya, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi. Umpamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan makan dan minum, tempat tinggal, pelajaran dan sebagainya.

Sebagaimana dalam sebuah hadis :-
Maksudnya : [Daripada Abu Hurairah ( r.a ) berkata seseorang , Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? beliau bersabda : "memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya].
Hadis ini menerangkan antara pekerjaan yang paling baik ialah menolong menjelaskan hutang seseorang. Persoalan sekarang ialah sebahagian orang Islam sengaja melambat-lambatkan membayar hutang apabila tiba waktu hendak membayarnya. Berbagai-bagai alasan akan di berikan untuk mengelak atau menangguhkan pembayaran hutang tersebut.
Sesungguhnya melambat-lambatkan bayaran hutang, amatlah besar sekali akibatnya dalam kehidupan manusia, bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat. Antaranya:
1. Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
2. Hidup mereka tidak mendapat keredhaan Allah.
3. Mereka di golongkan dalam perbuatan zalim
4. Amalan kebajikan mereka tidak diberkati.
Apabila seseorang itu berhutang, bermakna dia mula meletakkan belenggu di batang lehernya, dan belenggu itu tidak dapat dilaksanakan, kecuali hutang tersebut dijelaskan. Kalau tidak sempat dijelaskan, hutang itu akan terus di bawa sampai ke hari pengadilan di akhirat. Yang mana ketika itu tiada lagi pembayaran dengan ringgit atau dolar, tetapi pembayaran dengan amalan-amalan kebajikannya.
Bagaimana kalau tidak ada amalan kebajikan?, kita akan dihumban ke dalam api neraka. Demikianlah akibat tidak menjelaskan hutang. Oleh yang demikian, Islam menganjurkan antara perkara yang wajib di segerakan di atas dunia ini, selain dari jenazah hendaklah segera dikebumikan, dan anak perempuan yang dipinang orang hendaklah segera dikahwinkan, maka hutang-piutang hendaklah segera dibayar atau dilangsaikan, untuk mengelakkan terabai membayarnya.
Sidang jumaat yang di rahmati Allah,

Cuba kita insafi bersama-sama, kalau kita membuka gerai runcit dan memberi hutang kepada pelanggan-pelanggan kita, tiba-tiba pelanggan kita tidak membayar hutang pada waktunya, sudah tentu kita menghadapi kerumitan untuk meneruskan perniagaan. Kemungkinan terpaksa menutup perniagaan kita.
Begitu juga seseorang yang melanjutkan pelajaran melalui pinjaman, dan telah mengikut perjanjian membayar balik bila tiba masanya, tetapi kita mengabaikan perjanjian tersebut, sudah tentu pihak yang memberi pinjaman sukar meneruskan perkhidmatan seperti itu, kepada generasi yang berikutnya. Bukankah perbuatan itu menyekat pembangunan masyarakat dan kemajuan negara?. Mereka termasuk dalam golongan mereka yang mungkir janji, iaitu satu daripada sifat orang munafik. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
” Tanda orang-orang munafik itu ada tiga” :-
1. Apabila bercakap dia dusta
2. Apabila berjanji dia mungkir janji
3. Apabila diamanahkan dia khianat.
Tegasnya, orang yang dusta, mungkir janji dan pecah amanah adalah tergolong dalam kumpulan orang yang dikutuk oleh Allah dan boleh menjejaskan kemajuan sesuatu masyarakat dan negara .
Sidang jumaat yang di rahmati Allah ,

Islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran hutang, dalam ertikata lain , hutang adalah merupakan satu syarat untuk mendapat keredhaan Allah. Seseorang yang berhutang, hendaklah berniat dalam hatinya untuk menunaikan hutang tersebut, kerana Allah akan memudahkan baginya bila dia hendak menunaikannya.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
[Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya].

Sabdanya lagi :
[Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya di hari kiamat: " Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka di ambillah amal kebaikan orang itu, dan di berikan pada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu, di berikan pada orang-orang yang berhutang].
Muslimin yang di rahmati Allah,
Rasulullah S.A.W. mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia, kerana apabila dia dah mati dan dia masih lagi menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W :
[Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di hukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya].

Abu Said R.a berkata :

“Telah di bawa kepada Rasulullah S.A.W jenazah untuk disembahyangkan, lalu Nabi bertanya: Apakah mayat ini masih menanggung hutang?, Sahabat menjawab: Ya, Nabi bertanya: “Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya?, jawab Sahabat: Tidak. Nabi bersabda : “Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu, Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkannya. Kemudian Ali Bin Talib berkata: “Biarlah saya yang membayar hutangnya”. Sesudah itu, Nabi segera maju menyembahyangkannya, lalu ia berkata kepada Ali, Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka, sebagaimana kamu membebaskan tanggungan saudara yang muslim itu. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya, melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak.
Bayangkanlah jika seseorang itu berhutang dengan badan-badan yang berkaitan dengan orang ramai, umpamanya pihak kerajaan, koperasi, bank dan tabung kebajikan dan sebagainya, maka sudah pasti urusan hutang tersebut sangat rumit untuk di selesaikan, apabila tiba di hari akhirat nanti, kerana dia melibatkan banyak pihak. Apalah ertinya kita menyuapkan kemewahan kepada anak isteri kita, sedangkan pada masa yang sama kita menipu orang lain dengan memungkiri perjanjian kita.
Allah S.W.T. berfirman :

[Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian].

(Surah Al-Maidah ayat :1)

Mematuhi perjanjian, sangat penting dan wajib di dalam Islam, tetapi banyak berlaku mungkir janji dan pecah amanah, di mana apa yang tersebut di dalam perjanjian tidak dilaksanakan.
Oleh itu seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran, apabila mempunyai peluang untuk membayarnya. Perbuatan tersebut, adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim dan dia berhak mendapat hukuman Allah di atas perbuatannya.
Sabda Rasulullah S.A.W. :

Maksudnya : [Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar, adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan jika hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya].
Sidang jumaat yang di rahmati Allah sekalian,

Lihatlah, betapa besarnya bahaya yang di bawa oleh hutang, melenyapkan kebaikan dan mengheret kita ke neraka. Oleh itu sebagai orang Islam kita mestilah sedaya-upaya menjauhi perbuatan tersebut dengan menyegerakan membayar hutang yang telah kita lakukan atau yang telah kita janjikan pembayarannya. Janganlah kita fikir bahawa kita bijak kerana berjaya menyembunyikan hutang kita, tetapi ingatlah sesungguhnya Allah maha mengetahui segala apa yang tersembunyi.
Kita mesti mempunyai sifat bersyukur kepada Allah S.W.T dengan apa yang ada pada kita, dan melaksanakan sifat amanah dan tanggungjawab agar kita dilindungi dari bahaya di dunia dan di akhirat akibat hutang kita. Biarlah hendaknya kita kembali menemui Allah S.W.T dengan hati yang aman damai, selamat sejahtera, tiada sebarang sangkutan di dunia ini yang perlu di selesaikan.

[Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli-ahli syurga mereka kekal di dalamnya]

Mati Hidup Semula

Alhamdulillah, setiap denyutan jantung, setiap hambusan nafas, setiap saat yg berlalu merupakan suatu anugerah/nikmat Allah yg jarang2 disyukuri oleh manusia. Apabila nyawa dihujung kerongkong baharulah menyesal, ingin dikembalikan semua itu... tetapi semua terlambat... Ya Allah, aku mohon dijauhkan dari pengakhiran hidup yg buruk (suu' al-khatimah)...

Alhamdulillah, jantungku masih berdenyut, masih boleh menghirup udara Allah... masih merasakan nikmatNya yang tidak terbilang banyaknya... Insiden Sabtu lepas masih segar dalam ingatan, buat muhasabah diri yang selalu alpa ini... buat peringatan yg mati itu suatu kepastian.

Sabtu lepas, hari begitu indah. Tiada tanda2 yg akan berlakunya suatu yg buruk (seperti yg digambarkan dalam drama2 atau filem2 Melayu - e.g. gelas pecah, rasa tak sedap hati etc). Hari itu memang niat nak pergi ke bandar utk satu urusan. Setelah drive sejauh 10-15 km selaju 80km/h, tiba2 terdengar satu bunyi letupan dan dalam sekelip mata kereta yg dipandu hilang kawalan, meluncur seperti ular di highway. Brek pula gagal berfungsi... kereta berpusing dan terus meluncur atas bahu jalan sebelah kiri. Tiada tanda2 kereta itu akan berhenti dan kereta menjunam ke dalam gaung (tak dalam sangat)... semuanya berlaku dalam masa 5 saat. Pada masa itu ingatkan sudah tiada harapan lagi, ingatkan ajal sudah sampai... tp rupanya ajalku yg tertulis di Lauh Mahfuz bukan pada ketika itu, bukan pada saat itu... Syukur Alhamdulillah, Allah mengaturkan setting kejadian itu sangat cantik sekali - tiada satu pun kenderaan yg datang dari sebelah hadapan dan tiada kereta yg mengekori dari belakang, gaung yg tidak curam dan tiada konkrit2 yg boleh menyebabkan impak momentum yg hebat apabila berlanggar dgn kereta. Tiada kecederaan berat, cuma luka2 kecil dan lebam2..

Teringat hadis:
"Sesungguhnya seorang lelaki itu benar2 melakukan amalam ahli syurga sehingga tiadalah jarak antaranya dengan syurga melainkan sekadar sehasta, tiba2 kitab mendahuluinya, lalu dia melakukan suatu amalan ahli neraka, maka dia dimasukkan ke dalam neraka." (Bukhari: Kitab Daawat, Bab Al-Tahbah, jil 1.19 h.no.5833, h.367)

Bukanlah amalan2 yg kita lakukan sepanjang hidup kita yg menentukan kita ahli syurga atau neraka... tetapi amalan terakhir kita sebelum nyawa dicabut... atas redha Allah-lah kita masuk syurga. Maka jangan terlalu berbangga dgn amalam2/ibadah2 yg kita lakukan sepanjang hidup kita... malah semakin tinggi iman kita, semakin takut dan harap kita pada penghujung hidup yg baik (Husnul khatimah)...

"Dan sesungguhnya segala amalan itu berdasarkan penyudahnya" (Al-Bukhari: Kitab Jidah wa Siyar, Bab La Yaqul Fulan Syah, 2. jil.10, h.2683, h. 28)

Ya Allah, jauhkan kami daripada penyudah hidup yg buruk. Masukkanlah kami ke dalam golongan2 kanan, golongan2 ahli syurga... Amin...

...Update 2011...

Sunday, November 21, 2010

Lemah Pada Ujian-Nya


Teringat dua minggu lepas saat diri ini ditimpa ujian demi ujian. Ujian demi ujian yg berlaku pada hari yang sama dalam masa kurang dari 6 jam. Ujian yg sungguh, teramat hebat untuk aku terima, dunia seakan gelap ku rasakan... sehingga terasa lemah kakiku untuk berdiri. Aku terduduk dan air mata begitu deras membasahi pipi. "Ya Allah, ujian apakah ini ya Allah... Ya Allah, aku LEMAH ya Allah. Kau Maha Kuasa. Aku lemah ya Allah... aku tidak dapat lari dari ujian Mu, menolaknya juga aku tidak mampu," rintih hatiku. Hari2 yang ku lalui selama 2 minggu itu begitu melemaskan, begitu mendebarkan... aku seolah2 seperti seorang pesalah yang hanya menunggu hukuman-Nya. Rasanya seperti menunggu 'death penalty'... Aku pasrah pada ketentuanNya.

Alhamdulillah, pada hari Rabu yang lalu sempena Hari Raya Aidiladha... akhirnya aku berjaya melalui ujian Allah. Seolah2 suatu beban yang berat diangkat dariku... aku menangis! Tp tangisan kesyukuran kepadaNya. Terngiang2 firman2 Allah yang menjadi penawar duka disaat ujianNya bertamu:


"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya" (2:286)
"Selamat sejahtera keatas mu kerana kesabaranmu" (13:24)


Kadang2 manusia diuji dengan ujian yang sama... cuma pada masa yang berbeza. Ada manusia yg diuji dengan ujian kewangan, masalah study, masalah dalam perhubungan sesama manusia dan sebagainya. Kadang2 terfikir kenapa Allah mahu menguji kita dengan benda yang sama, berulang2 kali? Apakah tidak cukup ujian yg lepas? Kenapa dengan ujian yg sama? Sehingga kadang2 kita rasa give up bila asyik diuji dengan benda yang sama... 

Allah menguji kita pada titik kelemahan kita. Ya, pada titik kelemahan kita! Allah akan uji kita berkali2 pada titik kelemahan kita sehingga kita berjaya mengatasi titik kelemahan kita! Sampai kita mampu memperbaiki kelemahan kita itu... Ibarat seorang pelajar yg menghadapi peperiksaan. Kalau ada subject dia gagal, maka si Cikgu akan membuat ujian tambahan supaya pelajar tadi lulus. Subject yang sama, cuma soalan2nya sedikit berbeza dari ujian yg sebelumnya. Begitulah analoginya ujian dari Allah... Ujian itu menguatkan lagi hamba-Nya. 


~Berbahagialah kerana anda dipilih oleh Nya~

Berbahagialah anda2 yang diuji... kerana anda adalah org istimewa yg Allah pilih utk menerima ujianNya. Allah akan berikan ujian yang sama kepada kita sampailah kita benar2 dianggap lulus pada pandangan Allah dan layak utk naik ke darjat seterusnya. Bukankah itu bentuk kasih sayang Allah kepada hambaNya? DIA juga ingin menguji sejauh manakah iman kita... mampukah kita mengharungi ujianNya mengikut syariatNya atau sebaliknya? Apakah ujian itu membawa kita semakin dekat kepadaNya? Memohon bantuan daripadaNya yg telah memberikan kita ujian dan percayalah Dialah juga yang akan membantu kita menyelesaikannya. Dari Dia ujian datang dan padaNya ada solution. 

Ingin berkongsi hadis yang selalu menjadi pengubat hati dikala ditimpa musibah/ujian...
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: "Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari."

Alhamdulillah, syukur atas nikmat yg selalu Kau beri kepadaku tanpa berhitung. Ujian dariMu menambahkan lagi keimananku bahawa Kau Maha Kuasa dan aku hamba yang lemah, aku tidak mampu untuk menolak atau lari dari ujianMu... tiada kuasa dan daya melainkan dengan pertolonganMu!

Rely on Allah Alone

 "Say to them, "Nothing (good or bad) can befall us except that which Allah has destined for us: Allah is our Guardian and the Believers should put their trust in Him alone." (9:51) 


In this passage a demarcation has been made between the attitudes of a man of the world and of a man of God. Whatever the man of the world does, he does it to please his own self. He exults if he attains some worldly ends but feels utterly dejected if he fails to attain them. Besides, he depends entirely on his material resources for his success and feels encouraged if these are favourable, but loses heart if these are unfavorable. 

In contrast to the man of the world, whatever the man of God does, he does it to please Him and trusts in Him and not in his own powers nor in material resources. Therefore he is neither exultant over his success in the cause of Allah nor loses heart by failure, for he believes that it is the Will of God that is working in both the cases. Therefore he is neither disheartened by disasters nor is filled with conceit by successes. This is because he believes that both prosperity and adversity are from Allah and are nothing but a trial from Him. Therefore his only worry is to do his best to come out successful in His test. Besides, as there are no worldly ends before him, he does not measure his success or failure by the achievement or failure of his ends.On the other hand, the only object before him is to sacrifice his life and wealth in the Way of Allah, and he measures the success or failure of his efforts by the standard he achieves in the performance of this duty. Therefore if he is satisfied that he has done his best to perform this duty, he believes that he has come out successful by the grace of God, though he might not have been able to accomplish anything from the worldly point of view; for he believes that his Allah in Whose cause he has expended his life and wealth will not let go waste the reward of his efforts. As he does not depend on the material resources only, he is neither grieved if they are unfavourable, nor feels exultant when these are favourable. His entire trust is in God Who is the controller of all the resources; therefore he goes on doing his duty even under the most unfavourable circumstances with the same courage and perseverance that is shown by the worldly people in favourable circumstances alone.

That is why Allah asked the Holy Prophet to say to the hypocrites, "There is a basic difference between you and us in regard to the conduct of affairs. We believe that both the good and the bad are from Allah: therefore the apparent result dces not make us happy or sad. Moreover, we depend on Allah in our affairs and you depend on material resources: so we are content and happy in all circumstances."

Tuesday, October 19, 2010

Cinta Datang Cinta Juga Pergi

Bak kata orang cinta datang cinta juga pergi... Apakah begitu lumrah org bercinta? Tak kiralah cinta kepada apa sekalipun... cinta kepada manusia, cinta kepada harta, cinta kepada anak/isteri, cinta kepada apa sahaja..

Apabila hati didatangi cinta, hati jadi gundah gulana, tak tentu arah, buat kerja satu pun tak kena dek penangan cinta... huhu. Hati parah tapi 'seronok' dilambung perasaan2 spt itu... Parah2! Itulah cinta kepada manusia, dunia dan seisinya. Orang bercinta selalu mengungkapkan kata2 'Dalam Hati Ada Taman!'... nak describe betapa SERONOKnya perasaan itu... huhu. Tak tau la taman species apa... mungkin taman haiwan liar kot! Huhu...

Cinta itu datang dan cinta juga pergi... Selalunya bila cinta yg satu datang, cinta yg lain akan pergi! Sebab hukum cinta itu... dia tak boleh mencintai dua orang dalam satu masa! Betul ke? Serasanya begitulah lumrah bercinta... walaupun dia boleh mencintai dua orang dalam satu masa, pastilah hatinya lebih cenderung kepada salah satu... maka berlakulah ketidak adilan. Huhu...

Begitulah cinta manusia-manusia vs cinta manusia-Allah... dahulu hatinya selalu berzikir, lidahnya sentiasa bertasbih memuji namaNya pagi dan petang, hatinya cuma ada Dia... Tapi pada suatu hari, Allah ingin menguji seteguh apakah cintanya itu. Maka bermulalah episode 'Dalam Hati Ada Taman'... Hari2 yg dilaluinya terasa begitu indah... Terlalu seronok diluar batas ungkapan bahasa! Huhu... Tetapi dia merasakan ada kekosongan dalam taman2 hatinya... Indah tapi tiada ketenangan, Indah tapi tidak sempurna. Rupa2nya ada satu cinta yg semakin jauh meninggalkannya... Hatinya tidak lagi mengalunkan zikir2 yg selama ini menjadi penyubur 'Taman Cintanya'. Cinta itu sedikit demi sedikit terkubur, pergi jauh meninggalkannya...

Hari ini dia tersedar dari hakikat cintanya... Cinta yg semakin jauh ditambatnya segera agar tidak semakin jauh diluar jangkuan. Kerana dia tak ingin hidup tanpa redhaNya, dalam sujud cintanya hanya ada DIA. Tidak mengapalah melepaskan satu cinta bagi mengharap CINTA yang SATU tidak pergi jauh. Tidak mengapa cinta sesama manusia terlerai tanpa ikatan atau terputus ditengah jalan... tapi tidak cinta manusia kepada Allah. Cinta manusia, cinta dunia, cinta harta takkan menjanjikan pengakhiran yg baik (errr... kalau tak disandarkan kepada yg empunya cinta... Allah). Hanya keranaMu Tuhanku aku hidup dan ku akan kembali kepadaMu.

Ya Allah aku ingin mencintaiMu, mencintai orang2 yg mencintai diriMu, mencintai amalan2 yg boleh mencintaiMu. Ya Allah jadikanlah aku mencintai Mu lebih daripada diriku sendiri, ahli keluargaku dan air yg sejuk... Ya Allah jangan uji aku dgn cinta dunia dan seisinya yg dapat memalingkan aku dari cintaMu...

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzholimin.

CURANG (FeelHoney)

ku akui ku pencinta sejati
ku berjanji yang Kau slalu kusayangi
namun KASIH (Tuhan) slalu ku bohongi 
betapa malunya aku menghadapMu..

mencariMu hanya bila ku rindu
mula bersujud hanya bila ku perlu
namun bila Kau beriku cinta
panggilanMu tak pernah aku mendengar

angkuhnya ku pada kejadianku
merasakan dunia lama milikku
'kan kelukah lidah bersyahadah cinta?
bila nafas di hujung nyawa

curangnya aku di setiap nafasku
melupakan aku hanya milikMu
jauhkah syurga dari pandangan?
kifarah dosa kini(sakit) ku rasakan

tuhan..berikan aku peluang
curang yang lalu takkan berulang

Sunday, September 5, 2010

My Death Penalty



"Sir, how are you today? Any better?", tanya senior doc kepada seorang pesakit lelaki yg di diagnosed pada bulan lepas dengan metastatic cancer of unknown origin. Hanya menunggu masa sahaja...

Dia menulis sesuatu pada kertas, "Not getting any better!", "Worst than yesterday", "So, IT'S TIME TO GO!", tulis lelaki separuh umur itu.

Aku yg sedang mencatit patient progress terhenti seketika. Hiba rasanya. Aku kuatkan diri agar menahan empangan air mata supaya tidak gugur.

"Wanie, just write in the plan to continue transfusion", kata senior doc. Aku mahu cepat2 keluar dari bilik itu. Tidak tahan melihat keadaan pesakit itu.

"Having a cancer is like getting a death penalty", kata senior doc itu kepada ku.

***

Semenjak menapakkan kaki ke department Oncology (tempat pesakit cancer), sudah beberapa kali hati ku luluh. Hiba. Melihat pesakit2 yg hanya tunggu masa dipanggil utk meninggalkan orang2 tersayang, dunia dan seisinya. Sanak saudara menangisi pemergian yg tersayang.

Gerun bila memikirkan aku berada pd tempat si pesakit. Apakah cukup bekalan yg ku bawa utk perjalananku ke alam lain? Apakah kubur itu jadi tempat istirehat ku atau jadi penjara tempat aku disiksa?

Sungguh, setiap manusia ada 'expiry date' nya... Kalau tahu bila tarikh luput nya mungkin tidak menjadi masalah... boleh beribadat, beramal sblm datang tarikh itu. Tapi, 'expiry date' kita hanya Allah yg tahu...

"Dialah yg menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia menetapkan ajal (kematianmu), dan batas waktu tertentu yang hanya diketahui olehNya. Namun demikian kamu masih meragukannya."
(Al-An'am: 02)

Bila fikir balik, hampir setiap hari di ward ni ada sahaja yg pergi meninggalkan dunia ini. Maknanya setiap hari jugalah malaikat Izrail datang utk melakukan tugasnya. Setiap hari 'berselisih' dgn malaikat pencabut nyawa. Bila fikir balik, apakah aku pasti dia bukan datang untuk mencabut nyawaku?

Teringat lagu LAST BREATH...

From those around I hear a Cry, 
A muffled sob, a Hopeless sigh, 
I hear their footsteps leaving slow, 
And then I know my soul must Fly! 

A chilly wind begins to blow, 
Within my soul, from Head to Toe, 
And then, Last Breath escapes my lips, 
It's Time to leave. And I must Go! 

So, it is True (But it's too Late) 
They said: Each soul has its Given Date, 
When it must leave its body's core, 
And meet with its Eternal Fate. 

Oh mark the words that I do say,
Who knows? Tomorrow could be your Day, 
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay!
Come on my brothers let us pray 
Decide which now, Do NOT delay!

Oh God! Oh God! I cannot see!
My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee

Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn!

And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home, I face my God! 


Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, do not delay .... 

Ya Allah, panjangkanlah umur hamba utk hamba melakukan ketaatan kepada Mu. Ya Allah, jadikanlah umur terbaik hamba dipenghujungnya, jadikan amal terbaik hamba dipenutupnya, jadikan hari2 terbaik hamba saat bertemu dengan Mu. Ya Allah hamba memohon kepadaMu kematian yg baik dan tempat kembali yg tidak menyedihkan. Jadikanlah kematian sebagai kebebasan hamba dari segala keburukan. Amin...

Monday, August 23, 2010

Ada RAHSIA?

"Kamu kena pandai pilih tempat mengadu masalah2 kamu kerana takut nanti orang lain menggunakan kelemahan itu untuk menjatuhkan maruah kamu pula." (Anonymous, 2010)


Benar sekali kata2nya... Kadang2 orang perempuan ni bila dah ada masalah dia suka cerita kat teman rapatnya. Ye lah kan, tak boleh simpan lama2... takut nanti 'meletup'. Maka dengan cara mengadu dan menceritakan masalah kepada teman rapat yg 'dipercayai' sahajalah jalan untuk melepaskan bebanan yg mengasak dada. 


Tapi wahai saudari... hati2lah dengan rahsia2 anda. Jangan terlalu percaya pada teman rapat anda (walaupun kawan kita tu nampak 'baik')... kadang2 kita nampak kawan kita tu boleh 'diharap' menyimpan rahsia tapi rupa2nya dibelakang kamu rahsia itu bukan lagi rahsia. Satu kampung tahu... alahai sedihnye! Apatah lagi kalau perihal itu bersangkut paut dgn aib org lain juga. Kadang2 orang perempuan ni kalau dah banyak sangat simpan rahsia orang, dia jadi tak senang duduk. Otot2 mulut kaum hawa ni rasanya terlebih banyak motor neurons kot berbanding kaum Adam. Hihihi... mungkin sbb tu mulut lebih pantas daripada otak. Impulse lebih pantas ke mulut berbanding ke otak. Huhu... kadang2 lepas dah terlepas cakap tu baru tersedar dah membuka aib org lain. Hmm... kalau tersedar tak pe, takut tak sedar2... lepas tu cerita kat org lain dan org lain dan org lain. 


Nak mengadu? Silakan... tp carilah org yg benar2 dapat menyimpan rahsia kamu. Yg pasti sebaik2 penyimpan rahsia adalah Allah. Dialah tempat mengadu, Dialah tempat menangis, Dialah tempat meminta bantuan, Dialah sebaik2 sandaran. Lepas ni kalau ada masalah seberat Mount Aoraki sekali pun, mengadulah kat Allah, merintihlah kat Allah, menangislah kat Allah... bukankah Dia yg lebih berhak untuk kita meminta bantuan? DIA lebih layak utk kita letakkan total kepercayaan kita...


Wahai yg diamanahkan menyimpan rahsia... kalau rasa tak boleh simpan aib atau rahsia kawan kamu lebih baik jangan tadah telinga kamu. Kalau dah banyak sangat simpan rahsia dan aib orang lebih baik jangan tadah telinga kamu. Bayangkanlah org menceritakan aib kamu kepada org lain... apa perasaan kamu? Marah? Kalau kamu marah maka kawan kamu juga punya perasaan yg sama... Jgn dipijak2 kepercayaan yg kawan kita dah berikan kepada kita. Pelik... kita baca Quran hari2, kita baca maksudnya sekali... apakah masih tidak faham2????? Nasihat utk diriku juga sebagai kaum Hawa... 

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain.  Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” 
(QS Al-Hujurât (49):12)



Ya Allah…
Hanya padaMu tempat kami memohon perlindungan…padaMu tempat kami mengadu…jauhilah kami dari anasir jahat, jauhi kami dari penganiayaan…jauhi kami dari hasad dengki dan kejahatan hati manusia…lindungilah kami Ya Allah…

Nasihati juga dikala aku terlupa wahai pencinta nasihat...