Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Monday, April 19, 2010

Daripada Nisa':Buatmu Hawa



Luahan perasaan seorang akhawat... ku doakan semoga diri mu jadi wanita solehah, semoga akhlakmu seindah namamu (^_^)... Luv fillah...

HAWA,
Penciptaanmu begitu sempurna, keperibadianmu  begitu mulia,
Di ciptakan dirimu seorang yang ayu, lembut dan sopan bicaranya,
Oleh itu HAWA,
andai dirimu masih remaja,  jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,
andai dirimu bergelar isteri, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai dirimu seorang ibu, didiklah anakmu agar dirinya teguh memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA,
andai tiada yang hadir manjadi milikmu,
janganlah engkau  risaukan akan jodohmu,
ingatlah janji Tuhan mu, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.  (An-Nur: 26)
Tetap teguhlah memelihara martabat dan maruahmu..
Janganlah sesekali engkau  mulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu,
kerana di takuti dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan,
takut lahirnya nafsu bisikan syaitan yang menguasai diri...

HAWA,
Peliharalah dirimu, maruahmu, dan keperibadianmu..
Agar dirimu tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu...
yang bisa manjauhkan cinta mu dari Tuhanmu

  HAWA,
lelaki yang baik tidak menilai wanita pada paras rupanya,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya,
lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki,
TETAPI, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui agamanya, akhlaknya,dan peribadinya,
Lelaki yang baik, tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya,
kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya,
lelaki yang baik, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA,
jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. (An-Nur :31)
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari hatimu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi sokongan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA,
cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH,
cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..
Moga dirimu bisa menjadi sebaik-baik wanita solehah.
by: Khairun Nisa

Sunday, February 7, 2010

5 Perkara: Perjalanan Jiwa Seorang Sufi



Seorang Sufi bercerita tentang perjalanan jiwanya
Dia berkata : Hatiku pernah gelisah memikirkan lima perkara
Sehingga aku sibuk mencari jawabannya
Ternyata aku mendapatkannya dalam lima perkara pula,

Pertama, aku mencari berkah dalam mengejar keperluan hidup
Aku menemukannya saat aku melakukan Shalat Dhuha

Kedua, aku mencari penerang dalam alam kubur
Aku menemukannya saat aku melakukan Shalat Malam

Ketiga, aku mencari jawaban untuk pertanyaan 
Munkar dan Nakir
Aku menemukannya saat aku membaca Al-Qur’an

Keempat, aku mencari alat pegangan saat meniti 
Shiratol Mustaqim
Aku menemukannya saat aku berpuasa dan bersedekah

Dan kelima, aku mencari naungan Arasy
Dan aku menemukannya saat aku mengasingkan diri dan beribadah kepada Allah

Sekarang hatiku beristirahat dengan tenang
 

Sunday, November 29, 2009

Mujahadah Kasih


Wahai Kekasih ku,
Terasa lembut belaian sayang MU
Bersama kurnia sekalung hidayah
Tapi...
Adakalanya terasa berbahang kemurkaan MU
Seiring patahnya sayap mujahadah ku.


Kasih ku,
Langkah ku bagaikan mati
Mendaki cinta MU nan sayup tinggi
Namun,
KAU tahu cinta ku bukan palsu
Biarpun langkah ku ke sana sering terganggu.


Kasih ku,
Terlerai sudah ribuan taubat ku
Terungkai bersama ribuan janji-janji ku yang dulu
Kata ku sering mungkir
Walau ku tahu cinta MU tidak pernah meminggir...


Duhai Kasih ku,
Aku masih terus di sini
Mengemis di dermaga kasih MU yang pasti
Di sini aku masih mendamba kasih MU
Kerana ku yakin
Kasih MU tidak pernah sirna
Selama-lamanya...


Kasih ku,
Ku yakin cinta MU dekat walau tak bersentuhan
Dan jauhnya tak berjarak...



Friday, August 14, 2009

Pendakian Yang Tiada Penghujung


Pendakianku terhenti
Aku merasa lelah untuk meneruskan perjalanan
Ku toleh ke belakang
Sudah terlalu jauh perjalananku
Tak mungkin aku bisa utk patah balik

Udara semakin menipis
Menyesakkan dada
Nafas ku hela tak teratur
Aku lemas,
Lemas dalam pendakian yg tak berpenghujung

Ku halakan pandanganku ke hadapan
Ku lihat puncak gunung samar2
Ku cuba untuk memaksa diri utk meneruskan pendakian
Tapi ku rasa kakiku seperti dirantai
Ku rasa bebanan yg ku bawa semakin memberat

Aku menangis
Puncak gunung semakin samar
Ku rasa pendakian ini takkan ada penghujungnya
Aku sudah tidak mampu utk meneruskannya
Tanganku yg mencengkam kuat pada batu2 gunung
Kini semakin lemah
Jari jemariku terasa nyeri dan kebas
Lalu ku lepaskan pautanku pada batu2 gunung

Disaat jasadku hampir melayang jatuh
Tanganku disentap kuat
Ku lihat kehadapan
Ku pandang wajah2 yg ku sayangi
Ku pandang wajah2 yg menanti dgn seribu pengharapan
Aku tersadar
Pendakian ini akan berakhir jua
Aku pasti dengan izinNya
Aku akan sampai ke puncak itu
Bebanan2 berat yg ku pikul
Hanyalah ujian dariNya
Bagi mematangkan aku
Bagi menyediakan aku
Untuk pendakian yg lebih mencabar

Tuesday, August 11, 2009

Semusim Berlalu



Semusim telah berlalu
Begitu pantas meninggalkan daku
Yang lepas menjadi episod sejarah
Suka duka senyum dan tangis
Tersimpan kemas dlm lembaran sejarah
Apa yg menanti di hadapan masih lg menjadi rahsia
Apa yg menanti di penghujung jalan hanya Dia yg tahu...

Esok yg ku takuti
Esok yg ku bimbangi
Esok yg ku resahi
Sudah ku lalui
Sudah ku tempuhi
'
Esok' yg ku takuti, ku bimbangi, ku resahi
Sudah bertukar menjadi '
Semalam'
Yang tinggal hanyalah sejarah
Yang pernah ku takuti
Yang pernah ku bimbangi
Yang pernah ku resahi
'
Esok' yg ku takuti, ku bimbangi, ku resahi
Sudah pun menjadi lembaran sebahagian dr episod hidup ku

Hari esok...
Apakah masih ada esok buat ku lagi?
Yang pasti Allah Maha Pemurah
Masih mau membenarkan aku bernafas
Hingga ke saat ini
Hingga ke hari ini

Apa yg tinggal cumalah hari ini
Ikrar ku
'innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin'
(sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)
Akan ku pastikan aku tidak mencurangi ikrarku padaMu
Akan ku pastikan aku tidak tergolong kedalam golongan orang2 yg rugi
Sesuai firmanMu dalam surah Al-Asr
'Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran'
Rasulullah juga pernah bersabda,
'Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Jika engkau berada di waktu petang, jangan tunggu sampai pagi. Jika anda di waktu pagi, jangan tunggu sampai petang. Gunalah peluang masa sihat sebelum datang sakit. Dan gunalah peluang masa hidup sebelum tiba mati.' (HR Imam Bukhari)

Hari ini...
Sekarang ini
Akan ku lakukan perananku
Sebagai hambaMu sehabis baik
Agar apabila pengembaraan ku berakhir di hujung jalan
Agar apabila tiba saat ajal menjemput
Tidak ku tangisi musim2 yg telah berlalu
Tidak ku sesali masa2 ku yg berdetik pergi

Saturday, August 1, 2009

Pesanan Buat Ukhti Tersayang


Wahai Ukhtiku,
Aku kagumi pada ketabahanmu
Aku kagumi pada kesanggupanmu utk thabat
dalam jalan dakwah ini
walaupun kau dihujani mehnah silih berganti

Ukhtiku sayang,
Ada kalanya ujian melelahkan
Ada kalanya ujian melemahkan semangat
Ada saatnya kau merasa tidak sanggup lagi
utk bersama-sama dalam sof perjuangan
Ada saatnya kau rebah tak mampu utk bangun semula

Dengarlah wahai Ukhtiku,
Dengarkanlah firman Allah
'Dan siapakah lebih baik perkataannya drpd orang yg menyeru kpd Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, "Sungguh aku termasuk orang2 (yg berserah diri)?" (41:33)'
Disaat engkau putus asa
Ingatlah pada pujukanNya
'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu org beriman. (3:139)'
Saat ujian bertamu tanpa kau undang
Percayalah pada firmanNya
'Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) org2 terdahulu sebelum kamu... (2: 214)'
'Allah tidak membebani seseorg melainkan sesuai dgn kesanggupannya... (2: 286)'

Ukhti,
Jangan kau rasa bersedih hati
dikala kau ditolak
Kerana hidayah itu Allah yg punya
Ingatkah kau pada firmanNya
'Bukanlah kewajibanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki... (2: 272)'
Disaat sahabat yg kau kasihi menolak mu
Ingatlah Dia lebih mengetahui org yg mahu
menerima petunjuk bersesuaian dgn firmanNya
'Sungguh, engkau (Muhammad) tdk dpt memberi petunjuk kpd org yg engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kpd org yg Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui org2 yg mau menerima petunjuk. (28: 56)'

Ukhtiku sayang,
Sebelum aku mengundur diri
Aku ingin kau tahu bahawa
Aku sedia menghulurkan tanganku ketika kau memerlukan
Aku sedia memapahmu utk berdiri ketika kau lemah
Aku sedia meminjamkan bahuku ketika kau ingin menangis
Aku sedia membakar tenagaku ketika sumbu lilinmu hampir kepenghujung

Akhir kata,
Ku hadiahkan sepotong ayat Quran buat penguat semangatmu
'Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan org yg menyeru kpd kebajikan, menyuruh (berbuat) yg makruf, dan mencegah dr yg mungkar. Dan mereka itulah org2 yg beruntung. (3: 104)'

Sunday, July 26, 2009

Jika Aku Jatuh Cinta


Puisi oleh: As-Syahid Syed Qutb

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari hatiMu

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah,
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat disepertiga malam terakhirMu

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa pada taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, telah berpadu dalam membela syariatMu. Kukuhkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nurMu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan keindahan bertawakal dijalanMu.