Showing posts with label Science. Show all posts
Showing posts with label Science. Show all posts

Saturday, May 1, 2010

Tuhan Dua Timur & Dua Barat (55: 17)

"(Dialah) Tuhan Timur dan Barat, tidak ada Tuhan selain Dia, maka jadikanlah Dia sebagai pelindung." (Al-Muzzammil: 09)


"Tuhan (yang memelihara) dua Timur dan Tuhan (yang memelihara) dua Barat. (17) Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? (18)" (Ar-Rahman: 17-18)


"Aku bersumpah dengan Tuhan beberapa Timur dan beberapa Barat, bahawa Kami (Allah) kuasa, (40) Buat mengganti mereka dengan (ummat) yang terlebih baik daripada mereka dan Kami tiada dapat dikalahkan. (41)" (Al-Ma'aarij: 40-41)


"Kenapa Tuhan dua timur dan dua barat? Kenapa ada dua timur dan ada dua barat?" Soalan ini diajukan kepadaku selepas tadarus surah Ar-Rahman semalam. Surah yang menyentuh dan menggoncang hati hamba2 yg lalai atas nikmat kurniaNya. Pernah terdengar mengenai explanation fasal ayat ni tapi tak ingat. Maka hari ini selepas penat berdepan dgn lembaran2 'advanced resuscitation level 7', aku pun tergerak hati untuk membuat sedikit research mengenai 'Dua Timur dan Dua Barat', termasuk membaca tafsiran2 dari 3 buah tafsir... Jadi mari lihat  penjelasan di sebalik ayat...


*****

Kita sedia maklum bahawa matahari terbit dari arah Timur dan terbenamnya matahari pada arah Barat. Walaubagaimanapun matahari terbit BUKAN hanya pada satu tempat/titik/point yg tetap... maksudnya tempat matahari terbit di Timur tu sentiasa berubah2 kedudukannya/angle-nya. Perubahan ini berlaku setiap hari, 365 hari. 


Contohnya, pada 22 Ogos (7.30 pagi) matahari akan terbit 78 degree dr angle sebenar Timur, pada 21 Sept (7.22 pagi) matahari akan terbit 89 degree dari angle sebenar Timur dan pada 17 Oct (7.10 pagi) matahari akan terbit 99 degree dari angle sebenar Timur. Ini disebabkan oleh kedudukan bumi yg condong apabila mengelilingi matahari. Dalam setahun hanya ada dua kali (a.k.a dua hari) yg di namakan 'equinox', di mana pada hari itu malam dan siang mempunyai kepanjangan yg sama... dan pada hari itu juga matahari terbit pada arah Timur tepat/benar (due East)! Untuk tahun ni ianya berlaku pada 20 March (1732 hrs) dan 23 Sept (0309 hrs)... Kalau kat New Zealand (southern hemisphere), tarikh2 ini adalah tanda permulaan Winter dan Summer. Pada masa summer solstice (titikbalik matahari pada musim panas), matahari terbit pada satu ekstrim Timur dan pada masa winter solstice, matahari terbit pada ekstrim Timur yg satu lagi. Sama juga halnya dengan fenomena terbenamnya matahari. Orang yang duduk kat bangunan pencakar langit selalunya perasan terbit dan terbenamnya matahari itu bukan pada satu titik yg tetap! So benarlah firman2 Allah di atas... Tuhan Timur dan Barat, dan Tuhan dua timur dan dua barat (merujuk kepada extremes of East/West: south of East/West dan north of East/West... lihat gambar kat bawah) dan Tuhan beberapa Timur dan beberapa Barat (merujuk kepada titik2 atau angle2 terbit/terbenamnya matahari yg sentiasa berubah2 setiap hari sepanjang tahun)! 


Firman2 Allah di atas tiada kontradik nya... tetapi saling menyokong antara satu sama lain... dan sains/astronomi membuktikan benarnya fenomena ini. Allahu Akbar... sungguh agama Allah ini benar. Carilah kitab2 lain yg mampu mendahului sains dan teknologi! Semoga semakin bertambah keimanan kita...

The Two Extremes of West
(dua ekstrim Barat... di mana pada musim panas matahari terbenam ke arah utara Barat, pada musim dingin matahari terbenam ke arah selatan Barat, dan pada musim luruh dan bunga, matahari berada pada garis pembahagi antara kedua ekstrim - equinox)



The Shifts of Point of Sunset/Sunrise
p/s: sebab tu jugalah waktu2 solat, shuruq, maghrib sentiasa berubah2 sepanjang tahun... hal ini lebih terasa buat yang bermastautin kat kawasan 4 musim...

Tuesday, August 18, 2009

Mind Hacks


Pernah tak terlintas difikiran mengenai orang yg educated tp perangainya amatlah buruk atau educated person yg boleh jadi serial killer etc? Bukankah org2 seperti ini... maksud sy 'educated' ni boleh membezakan baik dan buruk suatu perkara?

Pernah dgr tak mengenai subliminal message atau subliminal processing? Dan pernah dengar tak mengenai conscious dan subconscious minds? Mungkin bagi medical students, or those who take anatomy course or neuro course may have heard about this. Subliminal processing, conscious mind and subconscious mind memainkan peranan penting dlm membentuk atau mengawal minda seseorg.

Pernah tak berlaku kpd diri anda, yg mana anda melakukan sesuatu diluar kawalan anda (tak kisahlah samada percakapan, perbuatan etc). Sy bagi satu situasi... yang mana berlaku pada diri ini sebentar tadi. Ketika sy memasak di dapur, tiba2 sy menyanyi satu lagu yg sy sendiri hairan, bila masa sy terhafal lagu tu dan bila masa pula sy tersuka lagu tu. Lagu tu kalau tak silap sy lagu yg sy dengar mungkin 7 atau 10 thn lepas. Seingat sy, tak pernah pula sy menyukai lagu tu dan seingat sy tak pernah pula cuba utk m'hafal lagu tersebut. Ini cumalah satu contoh simple...

Mari kita lihat maksud2 term yg sy gunakan kat atas:

Subliminal message:
a signal or message embedded in another medium, designed to pass below the normal limits of the human mind's perception. These messages are unrecognizable by the conscious mind, but in certain situations can affect the subconscious mind and can negatively or positively influence subsequent later thoughts, behaviors, actions, attitudes, belief systems and value systems. The term subliminal means "beneath a limen" (sensory threshold). This is from the Latin words sub, meaning under, and limen, meaning threshold. (sumber Wikipedia)

Otak pula terbahagi kepada 2 bahagian - right hemisphere dan left hemisphere. Seseorang yg menggunakan tangan kanan untuk menulis dikatakan mempunyai otak kiri yg dominan dan sebaliknya. Otak kiri mengawal bahagian tubuh sebelah kanan, dan otak kanan mengawal tubuh sebelah kiri. Otak dominan iaitu otak kiri dikaitkan dgn conscious mind , manakala otak kanan dikaitkan dgn subconscious mind.

Conscious mind involves logical, reasoning, intellectual thinking, associated w/ waking state, moves parts of ur body voluntarily, aware of the 'now', deliberate, verbal (inc. self-talk), analytical, problem solving...

Subconscious mind in the other hand involves the opposite of what conscious mind can do. For example, intuitive, perceiving & feeling, dreaming inc. day dreaming, reflecting, meditating, sleeping state, moves parts of ur body involuntarily, holds memories and future constructs, automatic, non-verbal (feeling), literal, experimental learnings...

So apa kaitan dgn subliminal message? Penting kerana terlalu banyak hiburan pada hari ini yg menggunakan subliminal message contoh nya adalah penggunaan backmasking songs. Sbb lagu2 camni boleh merosakkan cara kita berfikir dan mempengaruhi perbuatan kita. Sebab apa perkara ni berlaku... sebab minda sedar kita (conscious mind) menterjemah maksud lagu dalam forward version of the song sebab sifat minda sedar kita iaitu logical, make sense. Tp pada masa yang sama, minda separa sedar (subconscious mind) menangkap maksud2 yg tak ditangkap oleh minda sedar kita. Dan info ini disimpan didalam otak kita tanpa kita sedar. Perlu kita ingat, negative2 info ni bukan sahaja sekadar disimpan tp bakal diterjemahkan kedalam bentuk perasaan, perbuatan kita tanpa kita sedar. Itulah peranan minda separa sedar melakukan sesuatu tanpa kita sedari.





Di atas cumalah sebahagian sahaja daripada contoh2 subliminal message in songs. But subliminal message can be either in the form of visual or audio.
Saya sendiri merasa takut dengan apa yang sy lihat dan dengar tanpa disedari. Gerun pun ada.

Kalau perasan... student slalu kalau study kene dgr sesuatu esp lagu2. Siapa kata kita tak boleh multi-tasking. Ramai yg mempersoalkan boleh ke masuk kalau pada masa yg sama dgr lagu? Realitinya, tanpa kita sedari kita sebenarnya buat banyak kerja dlm satu masa. Walaupun kita tak dgr lagu masa tgh study... minda separa sedar kita tetap juga aktif mengumpul data dari sekeliling kita tanpa kita sedari. So saya kira tak ada salahnya mendengar lagu masa tgh study. Tapi lagu yg macam mana yg menjadi persoalannya? Kalau maksud lagu negatives, minda separa sedar kita akan menyimpannya sebagai negative dan akan mempengaruhi emosi kita. Apabila lagu yg kita dengar lebih kepada unsur ketuhanan, cinta kpd Allah maka minda separa sedar kita akan menerimanya sebagai suatu yg positive yg akhirnya mempengaruhi emosi kita menjadi lebih stabil. Maka, apabila anda jenis yg mendengar lagu dimasa study, carilah lagu2 nasyid atau alunan ayat2 Quraan.

p/s: sy sendiri tak ingat mengenai hukum memasang alunan Quran dikala study! Kerana sy pernah terbaca dibolehkan. Boleh rujuk sendiri...



Sama juga keadaannya apabila kita tidur... conscious mind kita tgh tidur... tapi minda separa sedar kita takkan pernah tidur. Maka kenapa kita tak gunakan peluang ni untuk membentuk diri kita menggunakan masa tidur ini? Boleh pasang alunan ayat2 Quran ketika tidur, alunan2 zikir... kerana ini semua dapat membentuk minda separa sedar kita untuk menerima yg positive sahaja iaitu kembali kepada fitrahnya menyukai yg baik2 belaka. Mari kita utilize semaksimum mungkin kebolehan otak kita.

Islam sendiri dah lama menggunakan subliminal processing ni. Contohnya dalam solat kita... kenapa perlu baca Al-Fatihah setiap rakaat... minda separa sedar kita tahu bahawa surah ni merupakan surah penghambaan kepada Allah. Allah nak tanamkan rasa penghambaan itu dalam diri hamba2Nya. Sama juga dgn gerakan sujud yang bersimbolikkan penghambaan. Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat2 arahan atau tegahan atau suruhan dari Allah yang diulang2... tujuannya juga sama. Kenapa Islam menggalakkan si ibu ketika mengandung banyakkan membaca al-Quran... sbbnya kita boleh membentuk peribadi si kecil itu sejak dari kandungan dgn menggunakan subconscious mindnya.


Mari sama2 kita menggunakan anugerah Allah ini dengan baik... Gambar tentang iceberg theory tu selalu je dibentangkan semasa sesi motivasi. Tp baru sekarang saya faham! Oh tidakkk... betapa ruginya tak menggunakan 90% lagi kebolehan minda kita! Mari sama2 kita gunakan kerana Allah tak jadikannya sia2.

“Mereka berkata: Jika kami mendengar dan berfikir nescaya kami tidak akan tergolong bersama ahli neraka”
(Surah al-Mulk, ayat 10)

“Mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan tidur serta berfikir pada kejadian langit dan bumi (lalu berkata) Tuhan kami sesungguhnya Engkau tidak jadikan semua ini sebagai satu kebatilan, maha suci Engkau. Maka lindungilah kami daripada azab neraka” (Surah al-Imran, ayat 190)

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, perubahan malam dan siang serta kapal yang belayar di lautan membawa perkara yang memberi faedah kepada manusia, dan apa yang diturunkan Allah SWT dari langit dari air lalu dihidupkan dengannya bumi yang gersang dan menyebarkan padanya setiap kehidupan, melalukan angin dan awan yang ditundukkan di antara langit dan bumi, itu semua merupakan tanda (kekuasaan Allah SWT) bagi mereka yang berfikir.” (Surah al-Baqarah, ayat 164)

Tuesday, July 28, 2009

6 Clyde St, Oamaru Quarantine for Swine Flu


Semalam Ghazwanie jumpa at least 3 org pesakit suspected Swine, member2 Ghazwanie masing2 jumpa antara 5-6 pesakit suspected Swine. Mcm biasa procedure utk jumpa pesakit yg ada cold & flu ialah kene pakai face mask. Yg menariknya Ghazwanie pakai face mask masa jumpa patient2 tu, tp GP Ghazwanie langsung tak pakai face mask. Immunity hebat kot! Sama juga perihalnya dgn member2 Ghazwanie yg dua org lg... kedua2nya pakai face mask masa jumpa patients but their GPs were not. Yang kelakarnya pagi tadi, ketiga2 kami bangun dgn symptoms of Swine flu. Sore throat, muscle aching, hot & sweaty. Tp Ghazwanie sendiri tak sure la kan samada hot & sweaty tu sbb high body temperature ke atau sebab electric blanket & heater ON tahap MAX. Huhuhu whatever la kan. Yang penting hr ni kami semua kene quarantine (maksudnye tak yah pg klinik la kan!). Alhamdulillah petang td GP datang utk visit kami utk check keadaan kami. Alhamdulillah dapat gak Tamiflu for free. Kalau tak kene beli mau $85. Huhuhu...

Entry kali ni bukan nak cerita fasal Swine Flu sangat. Nak cerita kenapa kami yg dapat Swine bukan GPs kitorang sedangkan kitorang pakai face mask?Baru sedar... tp kenapa? Kalau ikutkan kami ni orang2 muda lebih sihat drpd GP2 kami yg dah 'berumur'. Sepatutnya immunity lebih mantap kan. Tapi kenapa ya? Kenapa Allah pilih kami? Opsss... A.L.L.A.H! Yes di situ jawapannya.

Allah rupanya nak bgtau kat Ghazwanie... Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.

"Katakanlah (Muhammad): "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kpd siapa pun yg Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yg Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yg Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yg Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." Ali-Imran: 26 (Boleh sambung jg ayat ke 27)

Tak kisahlah sehebat mana precaution yg kita ambil utk elakkan dr terkena Swine flu... kita takkan punya daya utk menolak qada' drpd Allah. Bukankah Allah maha kuasa atas segala sesuatu! Tiada makhluk akan dapat menolak ketetapan yg Allah dah tetapkan. Betapa tak punya kuasanya kita ini. Satu lg Allah nak tunjuk kat Ghazwanie dan member2 yg ilmu manusia tu terbatas. Menurut ilmu perubatan, pakai face mask, cuci tangan selepas jumpa patient, berada sekurang2nya 1m daripada org bersin/batuk etc dpt elakkan tersebarnya virus dr satu individu ke individu yg lain. Walaubagaimana pun hal ni tak dapat memberikan keyakinan 100% yg dapat elakkan tersebarnya virus. Manusia mencari/mencipta pelbagai cara untuk mengelakkan drpd berlakunya sesuatu yg buruk atau tak diingini. Manusia mencipta pelbagai cara utk kekal muda. Manusia mencari pelbagai cara supaya tak mati.Tp itu semua takkan mampu utk menolak qada' dan qadar dr Allah. Ilmu Allah amat luas berbanding manusia. DIA Maha Mengetahui keadaan makhluk sebelum dijadikan sama ada beriman atau kufur, bahagia atau derita, syurga atau neraka semua dalam pengetahuannya. Termasuklah terkena Swine Flu ni semua Allah dah tahu sblm Ghazwanie dijadikan lg dan semuanya dah termasuk dlm perancanganNya.

Habis tu, sia2 lah kitorang pakai fask mask hr tu... sia2lah usaha kitorg sblm ni ye? Alhamdulillah... agama Islam ni agama yg cantik. Takkan sia2 usaha yg kita lakukan. Semuanya insya Allah membuahkan pahala. Segala kesudahan/keputusan kita serahkan kpd Allah(setelah usaha)... ini baru namanya TAWAKAL! Kalau tak de usaha tak de la istilah tawakal... Kejadian ni mengajar Ghazwanie ttg konsep tawakal itu sendiri... serahkan segala keputusan terakhir kepada Allah. Samada keputusannya memihak kepada kita atau sebaliknya... dalam Islam kedua2nya baik. Sbb Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita. Alhamdulillah Swine flu ni sedikit sebanyak membantu Ghazwanie merefleksi diri, dan kesakitan ini juga sebagai kafarah dosa. Wahhh cantiknya Islam ni.

Syukurku berada dlm Islam! Moga2 matiku juga dlm Islam. Amin3x.