Sunday, July 25, 2010

Tahu Semua Dlm Sesuatu dan Tahu Sesuatu Dlm Semua



"Kita kena tahu semua dalam sesuatu perkara dan tahu sesuatu dalam semua perkara"

Bukan brain teaser... tp kalau baca betul dan fikir2kan dengan sedalam2nya kalian akan dapat menangkap maksud disebalik ayat. Ayat tu sangat berkait rapat dengan kita as a student, kita as a doc, kita as a Muslim, kita as a bla bla bla... Kalau faham ayat tu dan praktikkan dlm kehidupan kita seharian insya Allah kita akan jadi insan yg luar biasa.

Ada satu incident yg berlaku menyebabkan aku berfikir lama... incident ni berlaku minggu lepas. Masa tu seorang senior doc tanya aku mengenai seorg patient yg aku admit pada hr tu... doc ni tahu je kan kelemahan aku dlm area anatomy dan physiology. Apa yg dia kata, "You should know human anatomy. That's why the first thing we learnt in Med School is anatomy. I'm here to train you to be a good house surgeon. I don't want you to be like many house surgeon out there who do not know basic physiology and human anatomy...." Dia mengingatkan aku dgn nada yg tegas tapi ikhlas. Sejak dr hr tu aku mula berfikir, macam ni ke nak jadi a good doc kalau human anatomy and physiology pun dah tak ingat. Sebagai org Islam aku kena lebih kehadapan kerana Islam sendiri sangat mementingkan budaya ilmu. Bagaimana attitude aku terhadap ilmu? Apakah selama ini aku sudah merasa puas dgn ilmu yg aku ada sehingga tak perlu lg utk meng'update'... Bila fikir balik, bukankah indeks atau penanda arah suatu tahap kemajuan itu akan sentiasa berubah2 setiap masa?

Teringat pesan Rasulullah saw dlm hadis yg diriwayatkan oleh Tirmizi drpd Abu Hurairah r.a:
"Kata-kata hikmat itu telah hilang (terlepas) dari orang mukmin, maka dimana sahaja kamu dapatinya, maka kamu lebih layak memilikinya."

Ilmu perubatan asalnya drpd org Islam (ilmu yg datangnya dr Allah)... bahkan didalam al-Quran Allah banyak menjelaskan dlm firman2Nya mengenai ilmu perubatan. Ibnu Sina merupakan bapa perubatan moden. Ilmu ini telah dirampas dari generasi awal Islam... dan inilah tanggungjawab kita utk merampas semula apa yg telah hilang dr kita orang Islam. Mulai dr hari ini, there's no such thing as I hate anatomy/physiology because they are so complicated to understand... or I'm not very good at Neuro because they are so complex to comprehend. Kepakaran Ibnu Sina bukan sahaja terbatas dlm bidang perubatan tetapi dalam bidang astronomi, metafizik, music, sastera dan agama.

Teringat satu pagi kat orthopaedic patient handover meeting, seorang patient ni ada acute coronary syndrome (ACS)... maka hangatlah perbincangan pagi2 tu mengenai ACS ni, hangatnya disebabkan consultant2 Ortho ni tak tahu apa tu penyakit ACS. Wahhh... sampai camtu sekali rupanya... kalau dah buat specialization banyak benda yg kita dah belajar sebelum ni hilang macam tu sahaja. Sama juga dgn seorang consultant O&G bertanya mengenai AF (Atrial Fibrillation)... Kerana dia hanya deal dgn 'Oh' and 'Gee' maka dia tak tahu perihal anatomy atau physiology of the heart. Bila fikir balik, apa yg kita belajar selama ni hilang macam tu sahaja... Kalau doc tulang kene tahu pasal tulang belulang aje la tak perlu tahu pasal heart atau reproductive system sbb tak relevent utk kerja diorang. Hehehe...

Marilah kita jadi macam Ibnu Sina yg tahu SEMUA dalam BIDANGnya... dan tahu SESUATU dalam SEMUA PERKARA (astronomi, fizik, music etc etc etc)...
Kalau nak jadi doc kene jadi betul2 doc... kene tahu SEMUA yg berkaitan dengan BIDANGNYA dan pada masa yg sama dia kene TAHU SESUATU dalam SEMUA perkara eg astronomi, matematik, geography, history etc etc etc. Bukankah salah satu ciri dalam 10 muwasofat tarbiyah ialah luas ilmu pengetahuannya?
Walaupun kita doc, kita tahu kalau tak banyak pun sedikir mengenai ilmu astronomi, ilmu sastera, ilmu matematik etc etc. Umat Islam kena RAKUS ILMU... sebab ilmu ni semua datang dr Allah, dan ilmu ni semua ilmu Allah. Malulah kalau org bukan Islam berlumba2 mengejar ilmu, tp org Islam mempunyi attitude yg negative terhadap ilmu atau pemalas...

Marilah RAKUS ILMU! Mari RAMPAS PERMATA yg terlepas dr orang Islam.

Sunday, July 11, 2010

A Muslim who Happen to be a Doctor & a Doctor who Happen to be a Muslim



Masih aku teringat2 peer group meeting Jumaat lepas mengenai holistic medicine cara barat... semasa meeting tu seorang kawan, juga seorang Muslim menceritakan bahawa dia kurang sedap hati utk berhadapan dgn case2 lesbian/gay... daripada penjelasannya apa yg aku faham dia kurang senang berhadapan dgn case2 sedemikian rupa disebabkan oleh pertama2nya ajaran Islam sendiri mengancam perbuatan kaum Nabi Lut itu dan meminta pandangan daripada Mentor kami bagaimana utk mengelakkan perasaan sedemikian rupa supaya lps ni bila ada kes seperti ini dia selesa berhadapan dgn case2 sedemikian rupa...


Kata Mentor ku "Apa yg SEPATUTNYA sebagai seorang doktor awak patut lakukan?"... Balas kawanku, "I should put aside this personal feeling!"... Kata kawanku yg seorang lagi (juga seorang Muslim), "Masalah pesakit kita samada dia gay atau lesbian BUKAN masalah kita. Sebagai seorang doktor, kita TIDAK BERHAK utk campur tangan dalam urusan hidup mereka. Tugas kita HANYALAH merawat mereka." Apa yg mentork ku kata? "VERY GOOD! That's what a doctor should do! Don't let our personal feeling impact the patient's right to receive treatment..."



Aku sedikit kurang senang mendengarnya, aku jadi tidak senang duduk... teringat sabda Rasulullah yg lebih kurang ertinya:
"Barangsiapa diantara kalian menyaksikan satu kemungkaran, maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu maka dengan lisannya. Maka jika tidak mampu dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman."


Kalaulah dgn hati itu selemah2 iman... apa jadi kalau dengan hati pun tak mampu? Bukankah perasaan tidak suka kepada cara hidup sebegitu suatu yg fitrah bg seorang Islam... kenapa rasa bersalah atas perasaan yg timbul tu?


Aku membuka bicara, "Bukankah perasaan itu suatu yg natural (natural perkataan yg aku guna utk fitrah) sebagai seorang Islam sebab perbuatan gay/lesbian itu sendiri dikecam oleh Islam dan Kristian (aku melihat mentorku bila aku menyebut Kristian). Mungkin agak sukar utk mengubah perkara ini kat Western countries sbb gay/lesbian is acceptable tapi mempunyai perasaan janggal/tidak senang dengan CARA/GAYA HIDUP gay/lesbian adalah TIDAK SALAH! Tetapi apabila perkara ini berlaku kat Muslim countries (tempat kami semua akan kembali bertugas barangkali suatu hari nanti) dan berlaku pada saudara Muslim kita adalah menjadi tanggungjawab kita utk ambil peduli."


"Tetapi sebagai seorang DOKTOR tanggungjawab kita adalah MERAWAT, samada pesakit kita gay/lesbian kita tak perlu ambil tahu. Itu hak mereka", kata kawanku mencelah. Perbualan semakin hangat dan rancak...


Mentorku mencelah, "I'm a very strong Christian. My family against gay practice. (Tapi tidak pula dia memberitahu kpd kami yg agama Kristian mengecam perbuatan kaum Nabi Lut itu) Memang susah utk mengenepikan perasaan kita. Tapi sebagai seorang doktor tugas kita adalah untuk merawat pesakit kita." Juga penjelasan yg sama... TUGAS KITA ADALAH MERAWAT PESAKIT! MAKA TUGAS KITA BUKAN UNTUK MERAWAT PENYAKIT HATI! Dalam hati aku bermonolog, 'Apakah ini yg mereka maksudkan Holistic Approach?'


Aku melontarkan soalan tapi soalan yg tak minta dijawab... soalan utk mereka berfikir, "Apakah tugas kita hanya sebagai seorang doktor? Saya seorang doktor, saya juga seorang kawan, saya juga seorang isteri, saya juga seorang ibu, saya juga seorang bapa, saya juga seorang anak, saya juga seorang Islam, saya juga merupakan salah seorang daripada komuniti saya etc etc etc. Dan tugas saya BUKAN sahaja sebagai seorang doktor. Dan sebagai seorang Islam, apabila pesakit saya seorang yg Islam dan dia juga melakukan perbuatan gay/lesbian... maka saya akan bertindak sebagai seorang Islam kerana dia saudara saya dan saya sayang saudara saya, dan saya ingin dia kembali kepada normality... dan bila saya menjalankan tugas saya sebagai seorang Islam maka saya juga menjalankan tugas saya sebagai seorang doktor pada masa yg sama... dan apabila pesakit saya itu seorang Islam, dan pada masa yg sama dia juga merupakan kawan baik saya, dan dia melakukan perbuatan gay/lesbian... maka saya akan melakukan tugas2 saya sebagai seorang Islam, doktor dan juga sebagai sahabat!!! Saya yakin kita semua bertindak atas landasan2 ini..."


"Well it's quite tricky. I don't know the answer to that. (Well, aku tak inginkan jawapan dari soalan yg baru ku lontarkan... cuma mahu kalian berfikir sejenak!) Saya bersetuju dgn anda. Saya pernah mempunyai experience seperti itu semasa saya bertugas sebagai seorang GP. Saya didatangi oleh kawan baik saya di klinik saya. Dan saya tahu sakit mentalnya disebabkan oleh sikap suaminya kaki minum, verbally abusive etc. Akhirnya dalam konsultasi itu saya menasihatinya sebagai seorang teman dan juga sebagai seorang doktor. Tapi peranan saya sebagai seorang teman lebih mendominasi," Kata mentorku. Tiada sebarang komen selepas itu dari teman2 ku. 


Aku takut melihat bagaimana 6 tahun belajar di negara orang putih bisa mengubah segala2nya, 6 years is enough to indoctrinate us, 6 tahun bisa mengubah cara berfikir seorang Muslim, 6 tahun bisa mengubah sensitivity kita terhadap saudara seMuslim kita, 6 tahun bisa melupakan tanggungjawab kita yg aula'... cuma 6 tahun!!! 6 tahun disuapkan dgn ilmu2 Barat yg kadang2 tak berfaedah! Islam menyediakan jalan setiap penyelesian... berfikirlah mengikut neraca Islam, bertindaklah mengikut neraca Islam... jangan takut berdiri teguh utk agama kita... bukankah org yg menolong agama Allah itu Allah juga akan menolongnya... Umat Islam sedang sakit, umat sedang COMA... yang coma harus dimasukkan ke Intensive Care Unit - ICU (Unit Rawatan Rapi) dan mereka memerlukan doktor2 yg mampu memberi INTENSIVE THERAPY bagi menyedarkan mereka dari coma. 


Jadikan Islam sebagai priority kita dalam kita menjalankan tugas2 kita sebagai seorang anak, kakak, isteri, ibu, pelajar, kawan, doktor etc... Tak mahu menjadi doktor yang Muslimnya hanya secara kebetulan (A doc who happen to be a Muslim)... sebab dia dilahirkan sebagai seorg Muslim (tanpa diminta?), maka dia tidak bersungguh2 menjadi seorg Muslim atau Muslim ala kadar.  
Tp jadilah Muslim (yg gaya hidup Islamnya berakar umbi dlm hidupnya) dahulu sebelum doktor (A Muslim who happen to be a doc)... insya Allah apabila Islam disanjungnya dia akan menjadi seorang doktor yg baik, tidak kita di mana sahaja dalam keadaan apa sahaja Islam menjadi priority dan disanjungnya lebih dari dia menyanjung tugas seorang doktor.


Take home message: Jadilah FULL TIME MUSLIM (tidak kira samada semasa menjalankan tugas sbg seorang doktor, pelajar, ibu, isteri, kawan etc)... bukan PART TIME MUSLIM... kerana Islam itu adalah OUR WAY of LIFE...