Saturday, August 2, 2014

SINGLE? Okay jer (part 2)

Half Our Deen. 


Kalau cakap fasal jodoh ni, takkan habis punya. Especially yg dah masuk 30 series or 40 series nih yg masih hidup membujang. Selagi tak kahwin lagi, selagi tu lah kita akan diasak dgn soalan2 'bila nak kahwin?'. Jumpa sanak saudara yg lama dah tak jumpa di pagi raya, soalan pertama pastilah soalan 'bila nak kahwin?' or 'bila nak rasa makan nasi minyak ko?' atau yg seangkatan dengannya. Kadang2 mahu serabut kepala dgn soalan2 yg sama. Mahu sawan aku nak jawab soalan setiap seorg. Pernah jg aku bagi jawapan sentap atas soalan2 yg dikeluarkan sesedap kerongkong diorang. Tapi rase kejam pulak. Last2 cara terbaik adalah menjawab dgn sebuah senyuman yg sengaja dimaniskan. Terpulanglah pada tafsiran individu. Kejam tak kejam tak...

Dah nak kahwin dgn org Arab,org tanya pula 'Dah tak da lelaki Melayu ke ko nak kahwin?'. Bila dah kahwin org tanya pula 'Bila lagi nak dapat anak?'. Bila dah dapat anak perempuan, org tanya lagi 'Bila nak dapat anak lelaki?'. Soalan yg takkan pernah habis. Kadang2 org berniat baik utk bertanya, tak kurang jg yg saja2 soal dgn tujuan nak kene hempap. Tapi disarankan uolls sensitiflah sedikit dgn keadaan kami yg 30 series neh. Bukan org tak nak kahwin. Tetapi belum masanya mengikut ilmu Allah. Tanya budak tadika pun mesti diorang cakap nak kahwin. Hatta semut skalipun nakkan keturunan. Inikan pula la manusia jahh oiii. Nak buat mcm mana kalau tak ada rezeki lagi. Rezeki Allah yg pegang. Urusan jodoh, ajal, maut ni urusan yg hanya Allah pemegang kuncinya. 

Setakat ni soalan yg blm org berani tanya kat aku adlh 'Bila ko nak mati?'. Mungkin takut kena hempap kot. Kejam tak kejam tak...

"Wahai puteriku... Lelaki yg baik dan soleh akan datang kepadamu, dgn segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yg halal dan terhormat. Dia akan datang meminang dan mengahwinimu. Seorang gadis... betapa tinggi pun kedudukannya, betapa banyak pun hartanya, betapa hebat kebenaran dan pengaruhnya, pasti dia mempunyai cita:
"Mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitu bersuami, menjadi isteri yang solehah lagi terhormat, dan menjadi ibu rumah tangga yang baik." 
 (Imam al-Tantawi)

Benar kata Imam al-Tantawi... menjadi impian setiap wanita utk bersuami, menjadi isteri solehah dan ibu yg baik dlm rumah tangga. Tipulah kalau wanita tiada impian2 spt itu. Itulah namanya fitrah (aku suka guna ayat ni!). Cuma persoalan 'BILA'  dan dengan 'SIAPA' itu masih menjadi misteri dan dalam pengetahuan al-Aliim ( العليم ). 

Mr Google punyer

Ada ramai org mahu berkahwin, ttp cuma berani dgn yg manis2 dan indah2 sahaja. Orang lebih gemar mengelak dari yg pahit2, yg sulit2. Perkahwinan tu bukan setakat "aku" dan "dia" je. Tetapi perkahwinan itu adalah tentang "aku, dia dan Allah" (dah boleh buat drama TV ni). Apabila dlm rumah tangga cuma ada "aku dan dia", bila Allah uji yg pahit2 dan sulit2 rumah tangga jadi goncang kadang ada yg terus roboh menyembah bumi. 

Siapa yg tidak mahu kahwin? Aku mahu. Tapi aku lebih rela hidup single drpd mengahwini lelaki yg berisiko buat agamaku terfitnah. Bukankah dlm hidup ini Allah itu lebih utama drpd seorg suami. It's better to be with no one than to be with the wrong one! (Kelas ko mak jah!)

Sabda Rasulullah saw yg mafhumnya,

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka; "Mengapa terjadi demikian? Adakah kerana mereka berzina, atau membunuh anak, atau kafir?" Baginda menjawab: "Tidak. Mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah demi menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." 
(Riwayat Muslim)

Bergetar kepala lutut bila teringat hadis ni. Takut tergolong dlm ciri2 wanita yg Nabi sebutkan. Menyakiti hati suami dan tidak bersyukur atas nikmat yg disediakan olh suami menyebabkan sang isteri menyandang gelaran ahli neraka. Naudzubillah... Bila teringat hadis ni, tetiba rasa takut nak naik pelamin sbb takut jd asbab utk dinobatkan sbg ahli neraka sbb derhaka suami (oh tidak!). Hah baru ko tahu kahwin tu bukan setakat 'Aku Terima Nikahnya...' tapi termasuk sekali 'aku tanggung dosanya...' Naudzubillah... 

Kalau aku cakap “perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" mesti org cakap tu skrip skema. Itu janji Allah dlm surah an-Nur' ayat 26. Aku yakin dgn janji Allah. Allah tu Maha Adil (العدل) dan itu sangkaaan aku kpd keadilan Allah sesuai janji Allah dlm hadis Qudsi riwayat Bukhari,

'Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.'

Jodoh yg baik mestilah dijemput dgn cara yg baik juga. Kita sendirilh yg kena berusaha utk menjadi jodoh yg baik buat seseorg. Jgn nak berangan nak lelaki soleh kalau kita tak solehah. Jgn dok fikir fasal siapa calon imam sedangkan cinta kita kpd Allah entah ke laut. Yakinlah... Jodoh tu sudah sekian lama tertulis utk kita. Cuma Allah masih merahsiakan SIAPA dan BILA. Surprise kata-Nya. Tunggu dgn yakin dan berbaik sangkalah dgn Allah. Kita cuma perlu baiki hubungan cinta kita dgn Allah krn cinta manusia akan datang kemudian. Usaha yg terbaik adlh berusaha sedaya upaya utk memenangi pandangan Pencipta jodoh, berusaha melengkapkan diri dgn pelbagai kualiti dan kemahiran, berusaha menambah ilmu pengetahuan, berusaha memanjat doa di dlm sujud setiap waktu dan byk lagi lah. Skema pula ayat ni! What ever...

Anyway, lepas ni kalau ada org tanya lagi soalan yg sama bakal dihadiahkan dgn jawapan yg sentap. Hehehe... Sekadar luahan hati daripada insan yg dhoif ini. Aiseyy...


Jodoh itu unik....
Seringkali yang dikejar-kejar menjauh.
Yang tak disengaja mendekat.

Yang seakan sudah pasti menjadi ragu.
Yang awalnya diragukan menjadi pasti.
Yang ternilai jadi biasa.
Yang tak dinilai jadi bernilai.
Yang selalu diimpikan, tak berujung pernikahan.
Yang tak pernah terpikirkan, bersanding di pelaminan.

Maka, percayalah..
Jodoh itu bukan masalah seberapa lama kau mengenalnya.
Seberapa akrab kau dengan orang tuanya.
Atau seberapa sering kau komunikasi dengannya.

Tapi,
Seberapa yakin kau pada_Nya.
Seberapa besar kepasrahan kau dengan takdir_Nya.
Seberapa besar kau merayuNya.
Seberapa semangat kau menyempurnakan ikhtiar mendapatkannya.
Seberapa ikhlas saat kau gagal mendapatkannya, lalu digantikan dengan yang lebih baik menurut versiNya.

(Anonymous)



Saturday, July 26, 2014

SOLAT-lah Sayang

Ihsan Facebook

Bertudung tapi tidak solat...
Berpuasa tapi tidak solat...
Muslim hanyalah tinggal sebuah nama yang tidak memiliki erti.
Bagaimana mungkin seseorang mengaku dirinya Muslim sedangkan dia tidak pernah merendahkan wajahnya bersujud dalam ketundukan kepada Tuhannya?

Solatlah sayang... 
Kerana solat itu adalah tiangnya kepada agama.
Tanpa tiang sebuah bangunan tidak akan mampu berdiri tegak. 
Ia akan goyah dan runtuh ke tanah. 
Jika ssrg Muslim tdk menegakkannya, maka bangunan agama dlm dirinya menjadi rosak.

Friday, July 4, 2014

SINGLE? Okay jer

Ihsan Mr Google [Dr Cinta Punye Belog]


'Doktor, bila mau kahwin?', 'Doktor, tak boring ke hidup seorg/membujang?', 'Doktor, umur dah masuk angka 3... cepat2 lah kahwin nanti jadi andartu' atau soalan2 yg sewaktu dengannya kerap meniti di bibir2 kenalan rapat, staf2 tpt bekerja, atau yg sewaktu dengannya. Al-maklumlah, umur 'baru' menginjak angka 30. Bukan sedikit kad2 jemputan kahwin berbau wangi berwarna warni ataupun wedding invitation melalui facebook yg menghiasi wall facebook-ku. Bertali arus memeriahkan wall Facebook-ku dan kotak peti surat ku... Kawan2 seorg demi seorg meninggalkan alam bujang. 'Aku bila lagi bakal 'dijemput' jodoh', statement yg 'tak boleh blah ala2 jiwang' kdg2 dtg ke ruang hatiku. Ada sedikit kerisauan, tapi tidaklah sampai menganggu kerjaku. Kerisauan yg bertempat kata org. Erkkk... betul ke statement tu.

'Kami tahu doktor... Jodoh dan pertemuan tu ditangan Tuhan. Tapi doktor kena usaha juga. Ada org mahu, doktor tolak. Cuba doktor 'cuba2' keluar ka dulu, 'kenal2' ka dulu... kalau nda kenal maka nda cinta', kata staff2 ku saat kami lepak bersama di pantry A&E sambil menikmati karipap putar yg dibeli dari mak cik cleaner. Hmmm...aku cuba memahami maksud 'cuba2'/'kenal2' itu. Sel2 otakku pantas berhubung setelah makan beberapa biji karipap putar. 'Cuba2'/'kenal2' dalam erti kata atau istilah zaman sekarang adlh 'dating'. 'Dating' adalah kependekan bagi istilah 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'... Maka 'Dating' adalah medan berkenal2an dengan lebih 'mesra' mengikut definisi cinta zaman sekarang. Kalau dalam jangka masa 'dating' tu rasa tidak suka, jadi boleh putus. 'No string attached' kata omputih. Kalau dah suka, boleh kahwin. Itulah dia 'cuba2' dan 'kenal2'... Aku terfikir, kalau aku ikut cara 'cuba2'dan 'kenal2' ni, berkemungkinan beratus duit aku habis utk belanja duit minyak, duit tgk movie, duit belanja makan, duit candle light dinner, duit bday present, duit sms, duit calling2 plus menghabiskan masa aku berjiwang2, termenung2, tersenyum sendiri, merajuk2 dan minta dipujuk etc etc. Last2 end up tak berkenan pula dgn org tu. Tak ke nyusahkan namanya...

'Doktor, jgn tunggu lama2. Kalau sudah ada yg berminat dgn doktor tu terima saja. Jgn terlalu memilih... nanti jd andartu. Kalau doktor lambat kawin, dapat anak pun di usia yg lewat. 5 tahun lagi berbaki sblm dpt gelaran 'Elderly Primigravida'', sambung mereka utk melobi aku kawin awal. Aku ketawa bila mereka menyebut 'Elderly Primigravida' iaitu istilah bagi seorg wanita yg pertama kali mengandung pada umur lebih daripada 34 tahun. Perkahwinan bukan perkara yg kecil, bukan juga perkara main2, bukan seperti memilih ikan di pasar [sedangkan ikan pun kita pilih yg baik2 dan yg fresh2,inikan pula utk memilih calon suami]. Mencari calon suami itu seperti mencari tempat letaknya 'syurga' seorg wanita setelah berkahwin. Yg diimpikan adlh syurga bukannya neraka. Sedangkan Rasulullah saw menganjurkan/menyuruh kita memilih...

Rasul s.a.w. bersabda; 'Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Maka utamakanlah yang punya agama supaya kamu beruntung.'
[Muttafaqun'alaih]

Lagi anjuran untuk memilih...

'Apabila kamu didatangi oleh orang yang kamu sukai akhlak dan agamanya maka kahwinkanlah dia [dengan anak perempuanmu]. Sungguh jika kamu tidak lakukan itu [menikahkan anak perempuan dengan lelaki yang baik] nescaya akan terjadi fitnah besar di dunia ini.'

Memilih bukan mengikut neraca nafsu walaupun apa yg nafsu inginkan indah2 belaka. Nafsu inginkan yg cantik, yg seksi, yg kaya, yg berkedudukan dan segala2nya yg indah mengikut pandangan manusia. Islam menggariskan dua elemen terpenting iaitu agama DAN akhlak. Kalau dapat yg baik agama dan akhlak plus cantik/handsome, kaya dan baik keturunanya itu satu bonus dr Allah. Syukur lah nakkk... 

Single? Percayalah... bukan kerana terlalu memilih yg sempurna [kerana manusia diciptakan pun tak sempurna]. Kerana cinta harus memilihlah aku terus memilih. Suami adalah kunci syurga seorang isteri. Memilih 'kunci syurga' tidak semudah yg disangka. Ramai yang menghulur cinta, tetapi tiada yg memiliki 'kunci syurga'. Mana mungkin aku boleh mentaati lelaki yg tidak taat kepada Penciptanya. Mana mungkin 'kunci syurga' bertukar menjadi 'kunci neraka'. Naudzubillah...

Isteri pun kena berdikari dan berinisiatif, berusaha membimbing/memperbaiki diri sendiri juga... Membimbing isteri bukanlah 100 peratus tanggungjawab  si suami 

Seterusnya lagi, kenapa memilih? Islam mengajar untk memilih pasangan yg baik. Ini adlh salah satu hak anak terhadap kedua org tuanya. Benih yg baik jika ditanam di tanah gersang akan tumbuh kurus, kering dan mati sebelum memberikan buahnya. Dalam erti kata lain, the type of person u marry plays a big role in the type of children you have. Proses mendidik anak bukanlah bermula daripada anak dilahirkan tetapi sebenarnya bermula daripada proses memilih ibu/bapa yg beriman utk anak.

Sayidina Umar pernah didatangi olh seorg lelaki yg mengadu anaknya menderhakainya. Maka anak itu tlh dipanggil olh Sayidina Umar dan dinasihati agar tdk menderhakai ibubapa dan melaksanakan tuntutan ke atas mereka spt apa yg Islam anjurkan.
Maka berkata si anak kpd Sayidina Umar, 'Wahai Amirul Mukminin, adakah anak tdk mempunyai hak utk dituntut drpd ayahnya?'
Jawab Sayidina Umar,'Bahkan ada. Iaitu memilih ibu yg baik, memberikan nama yg baik dan mengajarnya al-Quran.'
Maka si anak berkata, 'Wahai Amirul Mukminin, ssghnya bapa saya tdk melaksanakan satu pun drpd ketiga2 tuntutan itu. Ibu saya berbangsa Afrika yg dahulunya isteri kpd seorg yg beragama Majusi. Saya pula diberi nama Khunfusak yg bermaksud lipas, dan sy tdk pernak diajar walau satu huruf pun drpd ayat al-Quran.'

Single? Bukan bermaksud kita tak berusaha. Memperbaiki diri dan berusaha menjadi solehah tu pun berusaha juga. Bukan maksudnya menjadi solehah sbb nak ganjaran dpt suami yg soleh. Sbb nak cinta Allah dan redha Allah paling utama [insya Allah, smg Allah meluruskan niat di hati]. Sbbnya kita tak tahu mana yg datang jemput kita dulu... Mr 'Jodoh' kah yg datang menjemput dulu atau Mr 'Ajal' yg mendahului menjemput kita. Sia2lah kalau niat kita pun dah salah. 



Fasa 'menunggu jodoh' ni gunakan sebaik mungkin. Perbaiki diri, perbanyakkan menuntut ilmu mengenai rumah tangga atau alam parenting, berbakti secara maksimal kpd kedua ibu bapa dan optimumkan pencapaian. Nak sambung Master/PhD silakan. Jgn kecewa jika belum bertemu jodoh atau belum berumah tangga. Bersyukurlah kerana saat ini tidak ada asbab untukmu menjadi isteri derhaka. Eh betul kan... Jadi jgnlh gundah gulana apabila jodoh belum sampai. Kerana jodoh takkan pernah tertukar dan yakinlah perhitungan Allah jauh lebih accurate serta pilihan-Nya jauh lebih indah... Jgn kerana rasa malu dgn kata2/umpatan2 org atau label 'andartu' maka kita mengorbankan prinsip atau martabat kita sbg Muslimah... 

SINGLE? I OKAY je... wink

p/s; New Zealand Scholarships - Malaysia aku melepas la pulop... dah closing date utk postgrad study. Alahai bukan rezeki. Insya Allah, pasti ada rezeki lain. Tunggu je lah panggilan UMS... Amin ya Rabb










Sunday, June 29, 2014

Facebook Sebagai Medan 'Merisik'



Ihsan Google

Bismillah...

Ingin berkongsi tips daripada seorg Ukhti... Tips apabila dirisik. Ya... dirisik oleh seorg lelaki ataupun ada yg nak masuk meminang.

“Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi.” 
( HR Tarmidzi dan Ahmad )
Kuncinya adalah 'kamu REDHA AGAMA DAN AKHLAKnya'... Dalam hadis tu penekanan diberikan kepada dua elemen penting iaitu agama dan akhlak. Bukan salah satu daripadanya, 'kamu redha agama ATAU akhlaknya'. Berkemungkinan agamanya menyenangkan hatimu tetapi akhlaknya tidak engkau redhai yakni tidak selari dgn agamanya. Boleh jadi juga akhlaknya menarik hatimu tetapi agamanya tidak menyenangkan hatimu.
Apabila agamanya menyenangkan mu, tetapi akhlaknya mungkin baik tapi kamu masih meraguinya... Boleh jadi dia 'berlakon' dihadapanmu utk memenangi hati kamu. Siapa tahu kan... Jadi, kitalah yg akan menjadi 'perisik' atau spy. Selalunya org cakap tanyalah org yg mengenalinya e.g. sahabat2nya atau kenalan2nya. Tapi ni pun boleh jadi 'bias'. 
 Jadi 'STALKER' - luruskan niat... Zaman sekarang ni kebanyakkan org memiliki akaun Facebook. Kita boleh menilai personaliti seseorg melalui teknologi ini.  Cuba lihat bagaimana pergaulannya bersama lain jantina di alam maya, lihat status updatenya apakah banyak perkara lagho daripada perkara yg baik2, adakah isinya mendekati Allah ataupun sebaliknya, apakah dia banyak 'like' gambar2 wanita ataupun hijabista2, lihat group photo bersama2 yg bercampur lelaki dan wanita, lihat jg gambar2 'mesra' dgn sepupu2 wanita etc etc. Teknologi ini membuatkan medan merisik dan mengenali lebih mudah. Apakah kamu redha bersuamikan seorg lelaki yg pergaulannya di alam maya bersama lainan jantina tidak seperti akhlak yg dipamerkannya dihadapan kita?... Saya pernah berada dlm situasi ini, dan cara ini sangat berguna bagi medan merisik. Mungkin agamanya menyenangkan hatimu tetapi akhlaknya tidak selari dgn agamanya. Bukan menghukum... Tapi seorg wanita berhak memilih kerana cinta harus memilih! 
Banyak lg tip2 yg dikongsikn oleh Ukhti ini kepada sy. Tetapi tip yg satu ini cukup mudah dan maklumat dihujung jari. Sy tidak melihat cara ini sebagai 100 peratus terbaik. Tapi ini cumalah usaha kita dalam 'merisik' lelaki yg datang merisik kita. Mana tahu Allah ingin menunjukkan kepada kita siapa dia melalui cara ini. Alhamdulillah Allah tunjukkan kat sy. Tidak lupa juga istikharah dan minta Allah petunjuk. Semoga tip sekecil ini bermanfaat utk org lain seperti bermanfaatnya tip ini kpd saya. Wallahu'alam. 

Sunday, June 22, 2014

Hari Pernikahan Bertukar Menjadi Hari Pengkebumian

Ini bukanlah kisah novel, bukan juga kisah drama. Ini kisah realiti, kisah umat yg semakin pincang. Sy kongsikan melalui pengalaman sy sebagai seorg doktor buat iktibar saya dan semua. Bukan utk mengaibkan tetapi ada pelajaran drpd Allah.

Pada suatu malam sy bertugas sbg doktor atas panggilan (oncall). Datang seorg pesakit wanita dalam umur 30an bujang mengadu sakit perut dan belakang dan juga katanya air kencingnya kotor berwarna teh pekat. Dalam fikiran sy berkemungkinan dia mengalami jangkitan kuman disaluran kencing ( UTI istilah mediknya). Sy teruskan memeriksa perutnya. Semasa pemeriksaan sy dapati ketinggian fundusnya dalam kiraan 24 minggu. Secara fizikalnya tidak nampak perutnya yg besar berkemungkinan badannya jenis gempal dan berisi. 
'Tidak mungkinlah mengandung!', hati berbaik sangka. 
Saya minta pembantu sy utk mendapatkan air kencingnya bagi ujian air kencing dan pregnancy test. Semuanya negatif. 

Kata pesakit dia haid cuma sekali dalam masa lima tahun. Dia datang pd malam itu pun sbb sakit perutnya yg disimpan selama lima hari itu sudah tidak lg tertanggung. Katanya lusa dia bakal menikah. Sy rasa tidak sedap hati. 
'Allah berikanlah aku ketajaman akal fikiran dan juga ketajaman firasat dlm aku mengendalikan kes2 pesakitku.' 
Sy meminta pembantu sy menyediakn mesin scan. Allahu akbar... Telahan sy benar. Ada makhluk Allah di dalam rahimnya!! Tetapi tiada degupan jantung dan tiada gerakan, Spalding's sign positive. 

"Kamu mengandung," kata saya. 
"Tidak mungkinlah doktor. Sy datang kotor sekali dalam setahun. Mana mungkin sy boleh pregnant," mukanya menunjukkan rasa tidak percaya. Ingatnya mungkin sy cuma bergurau.
Saya memandang pembantu sy dan membuat signal. Pembantu sy faham lalu meninggalkan kami berdua di bilik scan.
"Bila kali terakhir kamu melakukan sex?", tanya sy agak keras.
Dia masih tidak mengaku. Lantas sy tunjukkan scan gambar bayi dalam perutnya. 
"Sy buat pun 2 minggu yg lepas. Mana sempat jadi baby doktor," katanya mahu menipu seorang doktor. Statementnya teramat menggeramkan sy.
"Kalau 2 minggu lepas tak mungkinlah jadi baby sebesar 24 minggu. Melainkan kamu pernah buat sex 24 minggu yg lepas!," sy membidasnya tanpa berlapik lagi. 
"Jadi doktor macam mana mau buang baby tu? Doktor cakap dah meninggal. Sy mahu nikah lusa ni. Sy tidak mahu bakal suami sy tahu yg saya mengandung," katanya dengan nada kerisauan.
Tanpa sy perlu bertanya lebih, pesakit itu mengaku pernah beberapa kali melakukan hbgn sex dgn org lain dan akan berkahwin dgn lelaki pilihan keluarga. Tambahannya lagi dia benar2 tidak tahu kalau haid sekali dlm lima tahun pun boleh mengandung. (Sy tidak pasti kebodohan apakah ini!)

Sy meneruskn pemeriksaan sy yg terakhir, speculum and vaginal examintaion. Perspeculum memang dah ada pooling of liquor berwarna teh pekat (mungkin ini yg dia maksudkan kencing kotor) dan vaginal examination pintu rahim dah terbuka 4cm dan sy boleh rasakan kepala bayi.

Dalam jam 3.30 pagi dia melahirkan bayi lelaki 1.2kg yg cukup sifat tapi melihat warna dan keadaan bayi tersebut berkemungkinan sudah lama meninggal dlm perut ibunya. 

Sy tidak pasti seterusnya apa yg berlaku kpd pesakit itu. Satu yg pasti, majlis nikah itu digantikan dgn majlis pengkebumian. Allah Maha Kuasa... Allah pasti membalas setiap perbuatan jahat kita, jika tidak di dunia ini pasti di akhirat nanti. Ada hikmah Allah tunjukkan apa yg tersembunyi dalam rahimnya... Siapa tahu Allah ingin menyelamatkan seorg lelaki yg baik/soleh drpd berkahwin dgn perempuan penzina.

Jln dosa nikmatnya sesaat, azabnya sepanjang usia.
Jln pahala nikmatnya berganda, indahnya hingga ke syurga.

Ini cumalah satu daripada banyaknya kes2 mengandung luar nikah. Berdepan dgn kes2 sebegini, kita sbg doktor muslim tidak patut pandang sebelah mata. Sy cukup rasa berdosa bila memikirkan apa sumbangan sy untuk umat... Sy berdosa kerana gembira berada dalam zon selesa sy sedangkan umat semakin pincang... Ya Allah, jadikanlah kami golongan professional yg menyumbang kepada umat! 




Sunday, June 15, 2014

Special Delivery



A special delivery from papa! Alhamdulillah rezeki org oncall back to back... Sgt kebulur. Papa tau2 ja anaknya ni kelaparan. Allahu... Kasih dan sayang ibu bapa tak dapat ditandingi dgn kasih sayang seorg anak. Ibu dan bapa sentiasa ingat anak2nya dlm doa. Tp anak2nya belum tentu dapat mendoakan ibu bapanya dlm setiap solatnya. Maafkan anak mu ini kerana belum menjadi anak yg soleh/solehah yg boleh mama dan papa banggakan...

Thank you papa for that special delivery sampai kat hospital! Sgt sweet... Terharu sgt sbb mmg tgh kebulur. Makan sehingga menjilat jari! Bersih! Kalau boleh pun kotak tu pun nak makan sekali (hahaha sgt sadis!).

Dad; A daughter's first love!

Dugong will always be my 'Secret Recipe'... :)


Saturday, June 14, 2014

Cinta Dalam Diam




Bismillahirrahmanirrahim...

Mencintaimu dlm diam...
Ibarat pungguk rindukn bulan
Diamku tanda aku ingin memuliakan mu
Diamku tanda aku ingin menjaga kesucian hatiku dan hatimu

Mencintaimu dlm diam...
Aku tdk ingin mengusik ketenangan hatimu
Ku jemput rasa,
Ku sapa dirimu,
Ku sebut namamu dlm setiap untaian doa2ku, lewat sujudku, disisa2 sepertiga malamku
Walau jasad terasa jauh tapi sgt dekat dihati
Ku tutup rapat dan ku pendam rindu ini shg sampai masa yg Allah izinkan

Mencintaimu dlm diam...
Walaupun penat
Penat menunggu yg mungkin takkan menjadi kenyataan
Penat menunggu cinta yg mgkn takkan berbalas
Hanya bayangan semata2
Ingin aku khabarkn kpdmu, aku tidak penat menyayangimu walaupn dlm diam

Dan aku terus mencintaimu dlm diam...
Selama Allah memberikan rasa cinta ini
Aku akan bertahan memendam rasa dlm diam

Sungguh...
Mencintaimu dlm diam, 
Menyayangimu dlm diam, 
Merindukanmu dlm diam, 
Membuatkan aku senang dan bahagia
Aku terus bersyukur masih diberi rasa itu walaupun hanya dlm diam

Maafkn aku menyintaimu dlm diam krn aku tdk mahu mengusik ketenangan hatimu
Kerana aku tidak mahu menjd penyebab rosaknya imanmu
Aku ingin mencintaimu dgn cara yg disukaiNya